Ada hari yang bermula dengan baik, tapi perlahan-lahan terasa serba tak kena. Anak bangun pagi meragam tanpa sebab, Mama pula rasa perut penuh dan tak selesa sejak malam tadi. Makan dah, minum pun dah, tapi entah kenapa badan rasa ‘berat’. Dalam banyak kes, puncanya datang daripada satu perkara yang selalu kita anggap kecil, iaitu sembelit.
Sembelit bukan masalah orang dewasa sahaja. Bayi yang sistem pencernaannya masih belajar menyesuaikan diri, kanak-kanak yang terlalu leka bermain, Mama mengandung dan berlaku perubahan hormon, Mama menyusu yang kurang minum air, malah warga emas pun, semuanya boleh mengalaminya.
Bila perut tak lega, rutin harian pun jadi terganggu.
Sembelit Boleh, Berlaku di Semua Peringkat Usia

Sebagai Mama, kita sering nampak perubahan pada orang lain dahulu, sebelum diri sendiri. Anak kecil tiba-tiba jadi mudah marah, kerap menangis atau menolak makanan. Kanak-kanak yang biasanya aktif mula malas bergerak dan kerap mengadu sakit perut. Semua ini mungkin berkait dengan satu perkara yang tak disebut, tapi dirasai pergerakan usus yang tidak lancar.
Mama mengandung pula kerap mengalami sembelit akibat perubahan hormon yang memperlahankan pergerakan usus1, ditambah tekanan rahim kepada usus. Bayi pula boleh mula sembelit ketika bertukar susu atau ketika badan mereka masih belajar memproses makanan. Bagi orang dewasa yang sibuk, rutin makan yang tidak menentu dan pengambilan serat yang rendah2 menjadikan sembelit satu masalah berulang tanpa disedari.
Sembelit tidak memilih usia. Ia boleh datang perlahan-lahan, kemudian menjadi kebiasaan jika tidak ditangani dari awal.
Tabiat Harian yang Diam-Diam Mengganggu Usus
Bila bercakap tentang sembelit, ramai akan terus fikir, “Kurang minum air,” atau “Tak cukup sayur.” Ya, tak dinafikan, itu antara sebab utama. Tetapi dalam kehidupan hari ini, puncanya selalunya dekat daripada yang kita sangka.

Tabiat harian seperti terlalu lama melayari media sosial, menonton, atau bermain permainan sering menyebabkan kita lupa makan dan lupa minum. Anak-anak pula kerap menahan diri daripada ke tandas kerana terlalu seronok bermain. Orang dewasa pula menangguhkan ke tandas kerana mesyuarat, kerja atau kesibukan harian.
Apabila badan kerap “ditahan”, isyarat semula jadi untuk membuang najis boleh menjadi kurang sensitif. Lama-kelamaan, usus jadi malas bergerak, najis semakin keras, dan proses membuang menjadi sukar serta menyakitkan. Inilah kitaran sembelit yang ramai tak sedar sedang berlaku.
Bila Sembelit Berlarutan, Apa Kesan Pada Badan?

Sembelit bukan sekadar perut terasa penuh. Ia boleh menjejaskan seluruh kualiti hidup seharian. Perut kembung dan keras membuatkan badan rasa tak selesa sepanjang hari. Selera makan berkurang kerana perut sudah terasa ‘penuh’. Badan jadi lesu, cepat penat, dan sukar memberi tumpuan.
Bagi kanak-kanak, sembelit boleh menyebabkan mereka meragam, susah tidur dan enggan ke tandas kerana takut sakit. Untuk Mama pula, rasa tak selesa ini boleh menjejaskan emosi. Rutin harian yang sepatutnya berjalan lancar terasa mencabar. Bila badan tak selesa, kesabaran pun mudah teruji.
Mulakan dengan Gaya Hidup, Tapi Jangan Abaikan Isyarat Badan
Kadang-kadang, tubuh kita memberi isyarat yang halus tapi penting seperti usus terasa berat, perut kembung, atau sukar membuang.

Untuk anak-anak, ia boleh membuatkan mereka cepat meragam, untuk orang dewasa pula, perasaan tidak selesa ini boleh mengganggu fokus dan tenaga sepanjang hari. Dalam situasi sebegini, walaupun pengambilan air dan makanan berserat membantu, kadang-kadang tubuh memerlukan sedikit bantuan tambahan.
Bantuan yang lembut dan serasi dengan fungsi semula jadi usus boleh membantu melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus tanpa menekan atau memaksa. Pendekatan sebegini membolehkan tubuh kembali berfungsi dengan selesa, dan rutin harian dapat diteruskan dengan tenang dan harmonis.
Mengawal Pergerakan Usus Anda Secara Lembut Dengan Duphalac®

Apabila sembelit berlarutan, tubuh kadang-kadang memerlukan sedikit bantuan tambahan untuk kembali ke irama semula jadi usus. Duphalac®3 boleh menjadi pilihan yang mengawal pergerakan usus secara lembut.
Duphalac® mengandungi laktulosa yang membantu melembutkan najis dengan meningkatkan kandungan air dalam kolon dan merangsang pergerakan usus. Laktulosa kurang diserap dan sebaliknya dihadam oleh bakteria dalam usus besar. Proses ini akan menghasilkan asid organik rendah molekul lalu meningkatkan kandungan air yang dapat membantu melembutkan dan menggerakkan najis3.
Selain itu, Duphalac® mempunyai kesan prebiotik yang menyokong kesihatan usus dari dalam dengan menyuburkan bakteria baik yang sedia ada, berbeza daripada probiotik yang membekalkan bakteria hidup, sekaligus membantu mengekalkan keseimbangan flora usus3.
Produk ini sesuai digunakan oleh semua peringkat usia daripada bayi, kanak-kanak, orang dewasa, ibu mengandung, ibu menyusu, sehingga warga emas, malah sesuai untuk pesakit kencing manis.
Rasa madu yang menyenangkan memudahkan penerimaan, termasuk untuk kanak-kanak, dan diformulasikan tanpa bahan pengawet tambahan serta tidak menyebabkan ketagihan, memberi ketenangan kepada Mama ketika membantu seisi keluarga menguruskan sembelit dengan selesa.


Bila Usus Lega, Rutin Pun Kembali Tenang
Keselesaan usus adalah asas kepada kesejahteraan harian. Bila usus kembali lega, anak ceria, badan bertenaga, dan Mama sendiri boleh melalui hari dengan tenang dan tersusun.
Sembelit bukan isu kecil, dan ia tidak seharusnya dibiarkan berlarutan. Dengari isyarat badan, mulakan dengan gaya hidup yang sihat, dan jika perlu, pilih solusi yang lembut dan berkesan seperti Duphalac® untuk membantu mengawal irama usus secara semula jadi.
Untuk maklumat lanjut, Mama boleh layari laman laman web rasmi Duphalac atau rujuk ahli farmasi untuk panduan penggunaan di farmasi berhampiran.
Rujukan
- Salari N et al. BMC Pregnancy and Childbirth. 2024;24:836
- Yang J et al. World J Gastroenterol. 2012;18(48): 7378-7383
- Duphalac® Malaysia PI, Aug 2024.
KKLIU 1537 / EXP 31.12.2028
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
