Bersempena Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kumpulan Sunway Malls (Sunway Malls) memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian dan amalan perniagaan bertanggungjawab dengan menyokong gaya hidup berteraskan konsep ‘kitar semula, guna semula dan bayang semula’, serta meningkatkan kesedaran terhadap Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Bertemakan ‘From This to That’, Sunway Malls menganjurkan satu siri bengkel mesra alam di Sunway Velocity Mall, Sunway Pyramid, Sunway Big Box dan Sunway Kluang Mall dari 22 Oktober hingga 9 November 2025.
Seiring dengan pelancaran ini, kumpulan pusat beli-belah tersebut turut mengumumkan pelaburan terbaharu dalam mesin ‘Food Digester’ dan pelbagai pensijilan antarabangsa daripada SIRIM.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan, berkata: “ESG merupakan bahagian yang amat penting dan teras dalam perniagaan masa kini. Komitmen kami terhadap ESG adalah suatu ikatan kepercayaan dengan para pekerja, pelanggan dan komuniti. Inilah cara kami untuk memastikan pertumbuhan yang inklusif, beretika dan mampan untuk setiap pihak kepentingan. Justeru itu, Sunway Malls teguh dalam melaksanakan inisiatif kelestarian.”

Mesin ‘Food Digester’Baharu
Sisa makanan telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama dalam pengurusan sisa. Justeru, Sunway Malls telah memulakan perjalanan pengurusan sisa makanan dengan pelancaran mesin ‘food composter’ pertamanya pada tahun 2019. Kemudahan itu membolehkan para penyewa bergiat aktif dalam pengurusan sisa, serta memacu kelestarian sebagai satu gerakan bersama.
Kini, Sunway Malls melangkah lebih jauh dengan melabur dalam mesin ‘Food Digester’ — mesin yang menukar sisa makanan menjadi cecair kelabu.
Mesin baharu ini menghasilkan cecair pelepasan yang mesra alam, berbeza daripada ‘food composter’ yang menukar sisa kepada baja tanah. Selain itu, kumpulan tersebut juga merancang bekerjasama dengan pelbagai pakar bagi memanfaatkan semula cecair kelabu tersebut sebagai baja cecair.
Mesin ‘Food Digester’ pertama di Malaysia kini telah beroperasi di Sunway Velocity Mall, dan bakal diperluas ke Sunway Pyramid menjelang akhir tahun 2025, serta pusat beli-belah lain pada masa depan.
Pensijilan SIRIM: Memacu Insiatif Kelestarian Sunway Malls
Sunway Malls terus memimpin pelbagai inisiatif kelestarian dengan membina asas serta momentum kukuh dalam memacu kesedaran dan tindakan kolektif merentasi semua rangkaian pusat beli-belahnya.
Antara pensijilan terkini yang diterimanya termasuk ISO 14001 (Pengurusan Alam Sekitar), ISO 45001 (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), ISO 9001 (Pengurusan Kualiti) dan SIRIM 55 (Pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus – ESG).
Sunway Pyramid telah mencipta sejarah sebagai pusat beli-belah pertama dan syarikat ke-16 di Malaysia yang menerima pensijilan SIRIM 55 yang berprestij, sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk kelestarian dalam industri peruncitan.
SIRIM QAS International, penyedia perkhidmatan ujian dan pensijilan bertaraf global, turut menegaskan komitmen Sunway Malls dalam mengekalkan piawaian antarabangsa di seluruh operasinya.
Selain memperkenalkan ‘Food Digester’ pertama di Malaysia, Sunway Malls turut menjadi perintis kepada pelaksanaan Sistem Tandas Pintar bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air, serta Sistem Parkir Pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon dan menghapuskan penggunaan tiket fizikal — mengelakkan kira-kira 0.5 tan sisa kertas daripada berakhir di tapak pelupusan setiap tahun.
Inisiatif penambahbaikan infrastruktur lain seperti basikal EV, eskalator dengan sensor pergerakan, sistem tadahan air hujan, dan panel solar bumbung turut berperanan penting dalam memelihara sumber semula jadi serta memperkukuh inovasi hijau.
Sunway Malls turut bekerjasama dengan Kloth Cares dalam penyediaan tong kitar semula tekstil bagi mengurangkan sisa fabrik. Di samping itu, kumpulan tersebut telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pusat beli semula dan vendor kitar semula bagi memupuk budaya guna semula dan kitar semula dalam kalangan penyewa dan pengunjung.
Inisiatif-insiatif komuniti lain turut dijalankan bagi memupuk nilai kelestarian dalam kehidupan seharian. Di Sunway Putra, misalnya, Peti Sumbangan Buku dan Sudut Bacaan menggalakkan amalan membaca sambil memanjangkan hayat buku terpakai.
Di Sunway Velocity pula, V-Library dan Share Your Bags Station memberi ruang kepada pengunjung untuk berkongsi buku dan beg guna semula. Acara tahunan Earth Hour di pusat beli-belah itu turut mengubah ruang legarnya menjadi hab hijau dengan pelbagai aktiviti dan stesen interaktif bagi meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim.
Dari segi seni dan kreativiti, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Putra dan Sunway Giza menampilkan mural yang dihasilkan daripada bahan terpakai — bukti bahawa sisa juga boleh diberi kehidupan baharu dan diubah menjadi karya seni yang menginspirasikan, serta mencetuskan kesedaran tentang penggunaan bertanggungjawab.
Kempen ‘From This to That’ (22 Oktober – 9 November)

Sunway Malls bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Kloth Cares dan Fipper, serta penyewa mesra alam termasuk Uniqlo, The Body Shop dan Timberland, bagi memperluas impak kelestarian melalui inisiatif kitar semula, penggunaan semula (upcycling) dan pilihan peruncitan yang lebih hijau. Kolaborasi ini membuktikan bahawa sinergi antara pusat beli-belah, rakan kongsi dan penyewa mampu menjadikan gaya hidup lestari lebih mudah dicapai dan lebih menginspirasikan.
Pengunjung di Sunway Velocity Mall turut berpeluang menikmati bazar hujung minggu mesra alam yang menawarkan pengalaman beli-belah bebas sisa, disertai pelbagai persembahan menarik sepanjang hujung minggu.
Bagi menambah keterujaan, pelanggan boleh menebus barangan edisi khas yang direka khusus bagi mereka yang mencintai dan mengamalkan gaya hidup lestari.
Penebusan ‘Wasteless Wonder’
| Pusat Beli-belah | Mekanisme Perbelanjaan | Item Penebusan* |
| Sunway Pyramid | Belanja RM300 untuk tebus 2 item | • The Handy Holder (pemegang telefon dan gantungan kunci yang diperbuat daripada plastik kitar semula) • ‘Farm Starter Kit’ mesra alam |
| Sunway Velocity Mall | Belanja RM300 dalam 3 resit | • The Handy Holder |
| Sunway Carnival Mall | Belanja RM300 dalam 2 resit untuk tebus 2 item | • The Handy Holder • Baucar beli-belah |
| Sunway Putra Mall | Belanja RM200 dalam sekurang-kurangnya minimum 2 resit untuk tebus 2 item | • The Handy Holder • Sunway Malls SDG Tumbler |
| Sunway Big Box Retail Park | Belanja RM150 dalam 2 resit (kecuali NSK) | • The Handy Holder |
| Sunway Kluang | Belanja RM200 dalam 2 resit | • The Handy Holder |
| Sunway 163 Mall | Belanja RM300 dalam 2 resit (kecuali Jaya Grocer) | • The Handy Holder |
Selain itu, pelanggan juga boleh menyertai Cabutan Bertuah Treasures & Treats yang berlangsung di semua pusat beli-belah Sunway (kecuali Sunway Square Mall, Sunway Giza Mall dan Sunway Citrine Hub).
Mereka berpeluang memenangi beg tangan pre-loved mewah bernilai RM16,000 serta pelbagai hadiah lain dengan nilai keseluruhan mencecah RM30,000. Setiap penebusan melayakkan satu penyertaan cabutan bertuah — semakin banyak berbelanja, semakin tinggi peluang untuk menang!

Kempen ‘From This to That’ mengalu-alukan penyertaan semua dan menawarkan pengalaman beli-belah yang selaras dengan komitmen Sunway Malls terhadap gaya hidup lestari. Dengan menyatukan inovasi dan inisiatif berasaskan komuniti, Sunway Malls mengubah pengalaman beli-belah menjadi tindakan kecil yang menyokong gerakan kelestarian global.
Kunjungi pusat beli-belah Sunway Malls berhampiran hari ini, dan mari kita sama-sama membina masa depan yang lebih lestari untuk semua!


