SAFI, jenama kecantikan halal No.1 Malaysia, hari ini mengumumkan para penerima Biasiswa Siswi SAFI bagi tahun kedua penganjurannya, dengan peruntukan sehingga RM1,000,000* disalurkan kepada 25 pelajar wanita Malaysia yang cemerlang akademik. Setiap penerima akan menerima bantuan kewangan sehingga RM40,000* bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Program ini diwujudkan dengan kesedaran bahawa ramai wanita Malaysia berbakat berdepan pelbagai cabaran, termasuk kekangan kewangan, tanggungjawab keluarga dan tekanan sosial, yang berpotensi menjejaskan aspirasi akademik mereka. Melalui Program Biasiswa Siswi SAFI, SAFI menegaskan semula komitmennya untuk memastikan pelajar yang layak tidak terhalang daripada meneruskan matlamat pendidikan mereka.
Tahun ini, program tersebut menerima lebih 20,700 permohonan — kira-kira 21 kali ganda peningkatan berbanding tahun lalu — sekali gus mencerminkan keperluan yang besar dan semakin meningkat terhadap sokongan pendidikan dalam kalangan wanita Malaysia.
“Bagi SAFI, kecantikan sebenar bukan sekadar apa yang dapat dilihat, tetapi lahir daripada keyakinan, ilmu serta peluang yang membentuk masa depan seorang wanita. Kami komited terhadap pembangunan wanita kerana kami telah berkali-kali menyaksikan bahawa apabila seorang wanita diberi peluang memperkasakan diri, bukan sahaja kehidupannya berubah — malah keluarga dan komuniti di sekelilingnya turut dinaikkan taraf,” kata Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI.
“Melihat wanita muda ini mencapai impian mereka menjadikan setiap usaha berbaloi. Biasiswa Siswi SAFI bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan terhadap potensi serta pembukaan laluan baharu di mana sebelum ini tiada. Setiap daripada 25 penerima ini telah mempamerkan ketabahan dan cita-cita luar biasa. Mereka telah membuktikan keupayaan untuk berjaya, dan kami berbangga untuk berdiri bersama mereka ketika mereka melakar bab seterusnya dalam perjalanan hidup masing-masing.”
Dilancarkan pada Mac 2025 menerusi filem Raya SAFI yang menyentuh emosi, program ini menerima ribuan permohonan daripada pelajar wanita Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun dengan PNGK minimum 3.0. Setiap permohonan dinilai secara teliti berdasarkan kelayakan serta kesesuaian dengan misi SAFI untuk memperkasa dan menginspirasikan wanita muda.
Calon yang disenarai pendek kemudiannya dikehendaki menghantar video pengenalan diri bagi menjelaskan motivasi, aspirasi dan sebab mereka layak menerima biasiswa ini. Seramai 40 finalis terbaik seterusnya menyertai bootcamp dalam talian yang komprehensif untuk menilai personaliti, kemahiran komunikasi, kualiti kepimpinan, kebolehan menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal. Daripada kumpulan ini, 25 pelajar cemerlang dipilih sebagai penerima Biasiswa Siswi SAFI 2025.
Hari ini, SAFI bukan sekadar mengumumkan penerima biasiswa, tetapi meraikan kejayaan merealisasikan impian 25 wanita muda Malaysia — selaras dengan komitmen jenama ini untuk memberi kembali kepada masyarakat yang telah mempercayai SAFI sebagai jenama kecantikan halal No.1 Malaysia selama lebih 35 tahun, dengan melabur semula demi masa depan generasi wanita seterusnya.

Penerima Biasiswa Siswi SAFI 2025 adalah seperti berikut:
- Alya Maisarah Binti Zaharin – Universiti Teknologi MARA
- Annis Natassha Binti Baharudin – Universiti Malaysia Terengganu
- Dinie Safiah Binti Shahren Anuwar – Universiti Kebangsaan Malaysia
- Fatin Nuralya Binti Mohamad – Universiti Malaysia Perlis
- Maisarah Solehah Binti Mohd Shukri – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Nadia Natasha Binti Adnan – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Nadiah Husna Binti Hasim – Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Natasha Nabila Binti Osman – Universiti Sains Islam Malaysia
- Nik Najjwa Najaq Binti Nik Rusmadi – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Nur Afrina Binti Nur’adzan Fadzil Akbar – Universiti Sains Malaysia
- Nur Aina Natasya Binti Hamzah – Universiti Putra Malaysia
- Nur Aliah Binti Ahmad Rudin – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Nur Anis Suraya Binti Mohd Dom – Universiti Malaya
- Nur Izatul Syahira Binti Mat Alias – Universiti Utara Malaysia
- Nur Maisarah Binti Noor Azhar Shah – International Islamic University Malaysia
- Nur Qaidatul Anira Binti Abdullah Suwandy – Universiti Malaysia Sarawak
- Nurin Syazani Binti Mohammad Shahray – Universiti Teknologi MARA
- Nurrasyidah Binti Mohd – Universiti Kebangsaan Malaysia
- Nurul Aishah Binti Abdul Kadir – Universiti Putra Malaysia
- Nurul Asyiqin Salimi Binti Mohd Zaki – Universiti Putra Malaysia
- Nurul Iffah Amirah Binti Ali – Universiti Putra Malaysia
- Raja Nordania Azyan Binti Raja Nor Azmi – Universiti Sains Islam Malaysia
- Suwaibatul Aslamiyah Binti Johari – Universiti Teknologi MARA
- Syarfa Aliah Binti Syaiful Azhar – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Ummul Khumaira Nadriesya Bt Rozman – Universiti Teknologi MARA
“Biasiswa ini amat bermakna buat saya dan keluarga. Bantuan kewangan ini membolehkan saya meneruskan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain menjadi bukti bahawa impian kami dihargai dan potensi wanita muda Malaysia diiktiraf,” kongsi Nur Qaidatul Anira Binti Abdullah Suwandy dari Universiti Malaysia Sarawak.
“Melalui Program Biasiswa Siswi SAFI, saya kini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian tanpa dibebani tekanan kewangan. Saya bertekad untuk memanfaatkan peluang istimewa ini sebaik mungkin.”
Apa yang membezakan Biasiswa Siswi SAFI ialah pendekatannya yang holistik dan berfokuskan pelajar. Berbeza dengan pinjaman pendidikan, biasiswa ini tidak memerlukan bayaran balik, sekali gus membolehkan penerima menamatkan pengajian tanpa beban kewangan jangka panjang. Para penerima juga tidak terikat secara kontrak dengan SAFI selepas tamat pengajian. Sebaliknya, mereka disokong melalui peluang pembangunan kerjaya nilai tambah seperti latihan industri serta pertimbangan keutamaan untuk Program Pengurusan Pelatih SAFI, membolehkan mereka membina masa depan dengan keyakinan dan kebebasan.
Bagi memastikan capaian yang lebih meluas dan inklusif, SAFI telah menjalankan penglibatan lapangan secara aktif sepanjang April dan Mei 2025 menerusi roadshow dua hari di lima universiti utama, serta aktivasi sehari di 15 kampus lain merangkumi Lembah Klang hingga ke Perlis dan Sabah. Usaha ini kemudiannya diperkukuhkan menerusi SAFI Raya Roadshow, yang berjaya meningkatkan kesedaran terhadap program ini dalam kalangan bakal pemohon.
“Sambutan yang kami terima amat luar biasa dan menyentuh hati,” tambah Kazlina. “Setiap permohonan membawa kisah aspirasi, cabaran dan keazaman yang mengagumkan. Walaupun hanya 25 penerima dipilih tahun ini, SAFI komited untuk memperluaskan impak kami dan menyokong lebih ramai pelajar yang layak pada masa akan datang.”
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama tengah fikir menu apa untuk masak malam nanti? Jom tengok resipi-resipi di SINI.
