KDK Malaysia meraikan satu detik bersejarah apabila genap 115 tahun menjadi peneraju dalam inovasi teknologi pengudaraan. Lebih dari satu abad KDK terus komited dalam mempertingkatkan kualiti harian melalui penyelesaian kipas yang canggih dan menjimatkan tenaga.
Sempena ulang tahun ini, KDK dengan bangganya memperkenalkan inovasi terbarunya – Siri RYOU, rangkaian kipas siling berteknologi motor DC yang bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah tampil dengan reka bentuk elegan yang sesuai untuk kediaman moden.
Ditubuhkan di Jepun sejak tahun 1909, KDK (Kawakita Denki Kigyosha) diiktiraf sebagai pelopor dalam bidang teknologi kipas dan sistem pengudaraan. Dengan lebih 100 tahun kepakaran kejuruteraan, KDK terus mendahului dalam aspek keselesaan, kelestarian dan mampu milik.
Siri RYOU hadir dalam dua pilihan – 4 bilah dan 5 bilah – dengan kemasan mewah Elegant Grey dan Brown yang mampu menaikkan ruang bentuk dalaman. Dikuasakan oleh teknologi motor DC yang jimat tenaga, siri ini menjanjikan aliran angin yang kuat dengan penggunaan elektrik yang minimum – pilihan ideal untuk pengguna yang mementingkan penjimatan tenaga dan kelestarian alam.
Majlis pelancaran ini turut menampilkan rangkaian kipas motor DC sedia ada yang menjadi kegemaran ramai seperti Siri Sensa dan Siri Nodoka, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan KDK sebagai peneraju dalam teknologi kipas DC di pasaran.
Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia, KDK menganjurkan acara pelancaran produk pertamanya pada 20hb – 25hb Mei 2025 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya yang penuh interaksi – dengan aktiviti menarik, demonstrasi kipas, dan hadiah eksklusif daripada KDK untuk para pengunjung. Lebih istimewa, setiap pengunjung juga akan menerima kopi secara percuma.
Majlis perasmian khas telah berlangsung pada 20hb Mei yang dijayakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KDK, Encik Kazumichi Kawasaki. Majlis ini bukan sahaja menghargai legasi gemilang KDK, malah turut melangkah ke hadapan dalam menyediakan penyelesaian dan keselesaan dengan penyejukan yang pintar dan lestari untuk semua rakyat Malaysia.
Sertai kami dalam meraikan 115 tahun kepercayaan, inovasi dan keselesaan – dan alami masa depan pengudaraan kediaman bersama KDK.