Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) akan menganjurkan acara sempena Hari Jantung Sedunia 2025 pada Sabtu, 27 September 2025, dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di Pusat Konvensyen Pusat Perubatan Sunway, Aras 4, Menara A. Program ini menghimpunkan pakar kesihatan, pesakit dan komuniti setempat bagi meningkatkan kefahaman mengenai kesihatan kardiovaskular, langkah pencegahan serta intervensi awal.
Penyakit kardiovaskular (CVD) kekal sebagai punca utama kematian di seluruh dunia. Penyakit seperti arteri koronari, hipertensi dan kegagalan jantung – semua CVD – lazimnya tidak menunjukkan gejala sehingga berada pada tahap yang mengancam nyawa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 19.8 juta kematian direkodkan akibat CVD pada tahun 2022, mewakili 32 peratus daripada jumlah kematian global, dengan serangan jantung dan strok sebagai penyumbang majoriti1.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 66,779 kematian berkaitan CVD pada tahun 20212, menekankan keperluan mendesak terhadap peningkatan kesedaran awam mengenai faktor risiko, pencegahan serta pengesanan awal.

Selaras dengan Hari Jantung Sedunia, SMC membuka peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pendidikan, pemeriksaan saringan serta mendengar pengalaman sebenar daripada pesakit sebenar. Pakar Perubatan Kardiologi, Dr Richard Chan Tze Ming, serta Pakar Perubatan Kardiologi dan Elektrofisiologi, Dr Gary Lee Chin Keong, yang pakar dalam pengurusan arteri koronari, hipertensi dan kegagalan jantung akan mengetuai sesi perkongsian pencegahan, perubahan gaya hidup dan pemantauan indikator kesihatan vaskular seperti tekanan darah, kadar denyutan jantung dan tahap oksigen.
Program ini turut menampilkan perkongsian testimoni pesakit benefisiari Skim Jantung Negeri Selangor tentang pengalaman rawatan dan pemulihan mereka di SMC. Selain itu, bengkel Automated External Defibrillator (AED) dan respons kecemasan, menekankan kemahiran penting bagi menghadapi situasi kecemasan jantung.
Juga sebahagian daripada acara adalah reruai interaktif kesihatan, saringan kesihatan, serta demonstrasi oleh Samsung Malaysia Electronics mengenai peranan teknologi boleh pakai dalam pemantauan jantung turut ada untuk melengkapi program. Aktiviti-aktiviti bertujuan memperkukuh kefahaman pengunjung mengenai faktor risiko kardiovaskular serta menggalakkan pemantauan kendiri secara praktikal dalam kehidupan seharian.

“Penyakit jantung bukan sekadar angka statistik, ia adalah realiti yang dihadapi oleh banyak keluarga di Malaysia dan seluruh dunia. Dengan kesedaran dan tindakan pencegahan yang sewajarnya, nyawa boleh dilindungi. Hari Jantung Sedunia berperanan mengingatkan kita untuk lebih peka terhadap kesihatan jantung — baik dari segi fizikal dan mental — serta menjadikan kesihatan sebagai keutamaan,” kata Tan Mei Shin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway.
SMC telah diiktiraf sebagai antara 250 hospital terbaik dunia dalam Newsweek World’s Best Hospitals dan tersenarai dalam kelompok 75 terbaik bagi bidang kardiologi dan pembedahan jantung dalam senarai Newsweek’s Best Specialized Hospitals Asia Pacific tahun 2024 dan 2025, sekali gus mencerminkan kecemerlangan berterusan dalam penjagaan kesihatan kardiovaskular.
Rujukan
- WHO, 2025. Cardiovascular diseases (CVDs) https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cardiovascular-diseases-(cvds)
- 2 World Heart Federation. World Heart Observatory: Malaysia https://world-heart-federation.org/world-heart-observatory/countries/malaysia/
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan Mama Papa dan anak-anak di SINI.