Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak. Namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Oleh itu, Mama Siti cadangkan Mama cuba sendiri snek homemade di rumah untuk anak-anak.
Bagi Mama Papa yang mementingkan kualiti rasa dan nutrisi makanan yang dihidangkan kepada anak-anak, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Jangan risau, mudah je sebenarnya! Jom Mama Siti ajarkan.
7 Resipi Snek Homemade
Nugget Ayam Tempura
Bahan:
- 700gm isi dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz sederhana
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- Sedikit mentega
Langkah-Langkah :
1. Kisar semua bahan hingga halus (boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.
9. Sedia untuk dinikmati.
Resipi daripada: Rasa.my
Kerepek Pisang
Bahan:
- 2 sisir pisang mentah
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit ajinamoto
- Setengah cawan air
Langkah-Langkah:
1. Cuci pisang, kupas buang kulit. Cuci lagi pisang yang sudah dikupas dan kemudian toskan.
2. Ambil setengah cawan air. Letakkan garam, serbuk kunyit, ajinamoto dan larutkan.
3. Panaskan minyak dan sagat pisang dalam kuali yang berisi minyak panas. Boleh juga sagat dalam bekas lain siap-siap.
4. Goreng menggunakan api perlahan supaya kerepak garing merata. Setelah bahagian bawang garing, terbalikkan dan siram air perasa dalam 2 sudu.
5. Tunggu sehingga minyak tiada percikan dan buih minyak berkurang. Ia bermakna kerepek sudah garing sepenuhnya, dah boleh angkat dan toskan.
6. Kerepek yang dah siap boleh disimpan dalam balang atau bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Resipi daripada: MyResipi.com
Sosej Ayam
Bahan:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
* Saiz gelas plastik untuk menyukat air/stok ayam.
Langkah-Langkah:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim.
3. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
4. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
5. Tos dan buka balutan cling flim tadi.
6. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Resipi daripada: Rasa.my
French Fries
Bahan-bahan:
- Kentang (5 biji)
- Sedikit garam / gula
Langkah-Langkah:
1. Sediakan air gula
Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/ biasa + 2 sudu makan gula. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen/ mangkuk besar dan ketepikan sebentar.
Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila rendam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.
2. Hirikan kentang
Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jngan nipis sangat ya. Agak-agak saiznya macam french fries yang kita biasa makan.
3. Rendam dan sejukkan dalam air gula
Setelah dihiris panjang-panjang, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.
Sejukkan selama 15-30 minit dalam peti ais.
*Kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak.
4. Rebus
Selepas disejukkan 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan hingga mendidih. Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang
Masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu makan minyak masak.
5. Tos
Selepas direbus 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku.
Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku, baru goreng.
6. Goreng
Beginilah hasilnya. Tapi ini sebenarnya tak sempat tunggu 3 jam. Rasanya tetap super sedap!
Resipi daripada: SirapLimau .com
Cheesy Wedges
Bahan:
- 4 biji kentang
- Lada sulah
- Garam
- Tepung
- 3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.
Langkah-Langkah:
1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap. Siap untuk dimakan!
Resipi daripada: MyResipi.com
Bar Snek
Bahan:
- Rolled oat – boleh dibeli di pasaraya
- Aneka kekacang (badam, gajus atau walnut)
(semua bahan diatas dibakar sekejap di dalam ketuhar)
Bahan Lain:
- 1/2 buku buttercup – boleh juga guna mentega asli
- Gula perang secukupnya – ikut kemanisan yang dikehendaki
- Madu secukupnya
- Secubit garam
- Buah-buahan kering – dicincang atau didadu
Langkah-Langkah:
1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.
2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.
3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
5. Sedia untuk dinikmati.
Resipi daripada: Rasa.my
Popcorn Karamel
Bahan:
- 1/3 cawan popcorn
- 3 sb minyak popcorn
- ATAU
- 2 sb minyak masak
- 1 sb mentega
Bahan-Bahan Caramel:
- 1/2 cwn + 1 tbsp gula
- 1/4 cwn air
- 2 sb mentega
- 1/4 sk baking soda
- 1/4 sk garam
Langkah-Langkah:
- Masukkan minyak masak dan mentega.
- Masukkan popcorn dan kacau sampai popcorn meletup.
- Tutup tudung periuk dan perlahankan api takut popcorn hangit.
- Masak sampai habis bunyi meletup.
Gula Karamel
- Masukkan gula putih dan air dalam kuali.
- Masak sampai air gula cair dan bertukar perang. Tak perlu kacau, hanya goyang-goyang kuali saja.
- Bila air gula bertukar perang muda (light brown) masukkan butter dan tutup api (untuk elak caramel gelap dan pahit). Kacau sampai pekat
- Masukkan garam. Kacau sebati.
- Masukkan baking soda dan kacau cepat-cepat.
- Cepat-cepat tuang masuk karamel dalam popcorn.
- Gaul popcorn cepat-cepat sementara karamel masih panas.
- Pindah masuk popcorn dalam tray dan relaikan popcorn yang melekat.
Tips:
- Gunakan periuk yang besar dan tinggi biar cukup ruang untuk popcorn meletup.
- Bila popcorn mula meletup, perlahankan api takut popcorn cepat hangit.
- Kita tak boleh guna semua mentega untuk masak popcorn, campur sedikit minyak masak, sebab mentega cepat hangus dan popcorn akan jadi tak sedap.
- Masa masak caramel pastikan bahan dah bersedia (stand by) sebab proses masak caramel cepat, kalau terlambat gula jadi hangus atau sejuk kalau biar lama.
Selain snek homemade di atas, Mama Siti ada kongsikan lebih banyak resipi enak di SINI.