Mama atau Papa nak resipi balik dari kerja yang mudah dan sedap? Perasan tak bila Mama nak sediakan makan malam mesti sekali sekala Mama rasa buntu?
Nak cari idea memasak pun makan masa dan ditambah pula dengan pelbagai proses penyediaan bahan perlu dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak.
Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan makan malam memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Masalah ini khususnya dihadapi oleh ibu yang bekerja; balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana sempat untuk menyediakan hidangan makan malam.
Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai. Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Jadi Mama Siti nak kongsikan lima resipi simple dan sedap! Supaya lepasni Mama boleh try dan taklah buntu nak masak apa.
5 Resipi Simple Balik dari Kerja!
#1 Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai
Kita mulakan resipi kita dengan yang paling mudah sekali! Siapa je tak pandai masak ayam goreng kunyit. Tapi! yang ni Mama Siti nak ajar cara kedai masak ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan
- 2 ketul dada ayam – potong kecil
- 1 sudu makan tepung bestari – boleh tambah 1 sudu lagi jika nak garing
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh garam
- 1 biji bawang merah – hiris tebal
- 1 inci halia – hiris halus
- Lada merah – hiris halus
- Lobak merah – potong kecil
- Bunga kubis secukupnya
- Kacang panjang secukupnya
Langkah-Langkah
- Satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama isi ayam yang telah di potong kecil tadi. Gaul rata.
- Panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
- Bila ayam kelihatan garing, terbalikkan. Jika ada isi ayam yang melekat, leraikan supaya semuanya masak sekata.
- Bila ayam telah garing, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak merah dan bunga kubis.
- Kemudian masukkan sayur-sayur lain. Goreng sehingga semuanya masak.
- Angkat ayam dan toskan minyaknya terlebih dahulu.
- Sedia untuk dihidangkan.
#2 Tortilla Chicken Wrap
Kadang-kadang dah bosan makan nasi, so rasa nak makan ala-ala Mexico. Jom cuma resipi balik dari kerja yang lain daripada yang lain ni!
Bahan-Bahan
- Roti tortilla
- Nuget tempura secukupnya (boleh ganti dengan isi ayam panggang atau apa-apa isi)
- Sos cili/tomato secukupnya
- Mayonis
- Sos cheesy nachos
- Sos lada hitam
- Sos thousand island (optional. jika suka rasa sedikit masam, boleh letak)
- Salad, tomato, timun, lobak merah & bawang holland secukupnya
Langkah-Langkah
- Panaskan roti tortilla atas kuali non-stick atau masukkan ke dalam ketuhar pun boleh. Bakar sekejap dalam 2-3 minit sahaja. Jangan sampai roti garing nanti susah untuk dibalut.
- Goreng nuget sampai garing. Kemudian potong kecil seperti dalam gambar.
- Potong atau sagat lobak merah dan timun menjadi hirisan panjang. Bawang holland pula dipotong nipis.
- Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, lobak merah, tomato dan nuget. Kemudian letakkan sos mengikut cita rasa masing-masing.
- Balut tortilla dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
TIPS: Untuk mengemaskan wrap, boleh cucuk guna lidi kecil supaya lipatannya tidak terbuka.
Resipi dari: Rasa.my
#3 Ayam Kam Heong
Masakan Melayu sudah, Mexico pun sudah, ini dia resipi ayam kam heong yang sempat viral baru-baru ni! Sebenarnya tak susah pun nak masak masakan cina yang sedap dan murah! mari baca lebih lanjut
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam yang sudah diperap dengan kunyit
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai daun kari (ini wajib ada)
- 10 tangkai cili padi di belah dua
- 2 sudu rempak kari yang telah dibancuh
- 2-3 sudu sos tiram
- 2-3 sudu sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
Langkah Langkah
- Goreng ayam sehingga kekuningan. Ketepikan sekejap.
- Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan culi padi sehingga naik bau dan kekuningan.
- Daun kari ini akan mewanginakn masakan anda.
- Masukkan rempah kari sehingga masak dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap.
- Bila semua dah sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Gaul sebati dan siap.
- Hidangkan dengan nasi panas-panas.
Resipi dari: Jurnalresepi.my
#4 Ayam Paprik
Ini menu kegemaran Mama Siti kalau makan di kedai masakan ala thai! Mama Siti ingatkan susah, rupanya mudah sebenarnya! Macam ni caranya:
Bahan-Bahan
- 2 keping dada ayam -dihiris nipis
- 4 biji cili padi -dihiris
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 3 helai daun limau purut
- 2 ulas bawang merah – dihiris
- 1 bawang besar -dihiris memanjang
- 2 ulas bawang putih -dihiris
- 1 biji cili merah -dihiris serong
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 inci halia -dihiris halus
- 1/2 cawan air
- Sedikit garam
- Sedikit kicap manis
- 2 biji putik jagung -dihiris
- 2 tangkai kacang panjang -dihiris pendek
- Sedikit bunga kobis -dipotong kecil
- 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
- Sebatang serai yang diketuk
Langkah-Langkah
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan ayam hingga warnanya bertukar menjadi keputihan. Angkat dan toskan.
- Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian kacau rata.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Masukkan juga cili padi, cili merah, serai, air dan daun limau purut. Gaul sebati.
- Masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
- Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dihiris tadi ke dalam kuali serta bawang besar. Masak sehingga sayur agak empuk.
- Akhir sekali, bila dah masak. Angkat dan hidangkan bersama-sama nasi panas.
Resipi dari: Rasa.my
#5 Mee Goreng Ala Mamak
Memang tak lengkap makanan Malaysia tanpa masakan dari golongan India Muslim. Masakan yang berempah dan pedas amat sesuai dengan tekak kita sebagai orang Malaysia!
Antara menu yang popular di gerai-gerai mamak adalah mee goreng mamak. Lepasni kalau craving, tak perlu pergi kedai Mamak, Mari Mama Siti Bagitau Cara-caranya.
Bahan-bahan
- Mee kuning 1 bungkus.
- Udang sederhana (buang kulit).
- Bawang putih (hiris).
- Bawang merah (hiris).
- Kicap cair dan pekat.
- Sos cili.
- Sos tiram.
- Cili boh.
- Tauhu (digoreng dahulu).
- Kentang (potong dadu dan goreng).
- Taugeh.
- Kubis (Potong kecil)
- Tomato.
- 3 biji telur (pecah & kacau).
- Fish cake (hiris).
- Cili (hiris).
- Serbuk perasa Maggi.
Langkah-langkah
- Tumis bawang putih, bawang merah, cili boh sehingga naik minyak.
- Tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap.
- Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan kubis.
- Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit.
- Kemudian masukkan mee, gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tomato, taugeh dan cili.
- Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu.
- Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng. Selamat Mencuba!
Resipi dari: Bidadari.my
Macam mana? Tak susah pun kan sebenarnya untuk masak menu yang sedap dengan kualiti dan kebersihan terjamin! Lepas ni, lagi mudahlah untuk Mama sediakan resipi balik dari kerja yang mudah ini. Tak perlu susah payah fikir nak sediakan makan malam apa untuk keluarga.
Mama Siti kongsikan banyak resipi-resipi di SINI.