Mama Papa, masa untuk mula buat persiapan dah tiba! Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 dibuka untuk anak-anak yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021, termasuk juga anak dalam kohort tujuh tahun (2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021).
Pendaftaran ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur lima (5+) dan enam (6+) tahun, selaras dengan keputusan kerajaan yang memberi peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 secara sukarela, tanpa perlu menduduki ujian saringan.
Ini peluang terbaik untuk Mama Papa nilai kesediaan anak dari segi emosi dan rutin harian sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Bila & Bagaimana Cara Pendaftaran?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 akan dibuka secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026. Tempoh ini memberi peluang kepada Mama Papa untuk membuat perancangan awal tanpa perlu panik last minute.
Semua proses pendaftaran dan semakan penempatan sekolah bagi Tahun 1 sesi 2027 dibuat melalui portal Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.
Mama Papa boleh daftar akaun, isi maklumat anak dan pilih sekolah pilihan terus dari rumah. Senang kan, tak payah beratur panjang dekat sekolah.
Macam Mana Nak Daftar?

- Pergi ke portal idMe di https://idme.moe.gov.my/login.
- Klik Pengguna Baru.
- Tekan Daftar Pengguna.
- Klik Daftar dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Setelah berjaya daftar masuk, pilih menu Tahun 1.
- Klik Permohonan Baharu.
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid.
- Lengkapkan maklumat murid, maklumat kesihatan dan maklumat penjaga.
- Tekan butang Simpan dan Seterusnya.
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum perakuan, pergi ke menu Semak Permohonan.
- Setelah selesai kemaskini, pergi ke menu Perakuan.
- Semak semua maklumat dan klik Peraku Benar Dan Hantar.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk simpanan dan rujukan.
Pastikan semua dokumen dah lengkap sebelum mula daftar, supaya tak ada masalah atau kelewatan. Dengan buat awal, Mama Papa boleh semak semua borang dengan tenang tanpa tergesa-gesa.
Lepas klik “Peraku Benar & Hantar”, permohonan dah sah dalam sistem. Buat masa ni, Mama Papa tak perlu pergi ke sekolah untuk hantar borang fizikal, semuanya online je. Mudah kan?
Walaupun Mama Papa daftar secara online, jangan lupa print dan simpan surat permohonan tu. Kalau nanti pihak sekolah perlukan pengesahan dokumen atau nak semak maklumat tambahan, Mama Papa dah sedia dan tak kelam-kabut.
Mama Papa Jangan Risau, Bersedia Ikut Rentak Anak

Kalau ada Mama Papa yang risau nak daftar anak kohort 6 tahun, jangan stress. Perasaan tu memang normal sebab kita sebagai Mama, mana tak risau bila anak nak mula sekolah kan. Ada anak yang dah boleh ikut rutin, berdikari dan fokus, tapi ada juga yang perlukan masa untuk biasakan diri.
Tak apa, tak perlu banding-bandingkan dengan anak lain. Tiada istilah cepat atau lambat dalam soal ini, yang penting anak rasa selesa, selamat dan bersedia dari segi emosi serta perkembangan diri.
Mama Papa ambillah masa dulu untuk tengok keupayaan anak dan buat keputusan dengan tenang tanpa tekanan luar, sebab Mama Papa paling kenal anak sendiri.
Dan dan apa sahaja keputusan yang dibuat pasti ada kebaikannya untuk perkembangan anak ke hadapan.

Pendaftaran online buat semua urusan Tahun 1 sesi 2027 jadi lebih senang dan tersusun. Daftar awal supaya semua maklumat lengkap dan borang diisi dengan betul. Semua boleh selesai dari rumah tanpa perlu panik dekat tarikh tutup.
Dengan adanya sistem pendaftaran online ni, proses kemasukan anak ke sekolah rendah kini jadi lebih mudah, cepat dan teratur.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
