Morinaga Milk Industry Co., Ltd. (Morinaga), syarikat pemakanan dari Jepun dan pengeluar produk tenusu terkemuka negara itu, hari ini melancarkan Mori-Mama, susu formulasi khas untuk ibu yang dirumus bagi menyokong keperluan nutrisi wanita bermula dari fasa pra-kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan sehingga ke peringkat penyusuan.
Dengan lebih 100 tahun kepakaran dalam bidang sains pemakanan, Morinaga komited dalam membangunkan penyelesaian nutrisi yang memenuhi keperluan serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

Pengenalan Mori-Mama mencerminkan evolusi pendekatan terhadap pemakanan ibu dan fasa awal perkembangan anak yang kini memberi penekanan bukan sahaja kepada pengambilan nutrien penting, tetapi juga keupayaan tubuh untuk menyerap dan memanfaatkan nutrien tersebut secara lebih efektif.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan ibu, isu anemia semasa kehamilan dan kekurangan zat besi masih kekal sebagai antara cabaran utama.
Di Malaysia, kira-kira 28.8% wanita hamil dilaporkan mengalami anemia setakat tahun 2023 berdasarkan data Bank Dunia. Kajian tempatan turut menunjukkan kadar prevalens yang berbeza-beza, antara sekitar 19% hingga melebihi 50%, bergantung kepada demografi dan kelompok kajian.
Keadaan ini menjadikan aspek pemakanan semasa hamil semakin penting, terutamanya apabila keperluan nutrisi meningkat dan penerimaan tubuh terhadap suplemen tertentu berbeza bagi setiap individu.
Kekurangan zat besi masih menjadi antara punca utama, manakala perhatian kini turut tertumpu kepada tahap keselesaan dan toleransi terhadap pengambilan suplemen kerana sesetengah wanita mengalami ketidakselesaan dengan formulasi konvensional.
Justeru, tumpuan kini semakin terarah kepada pendekatan nutrisi yang bukan sahaja menyokong keberkesanan pengambilan nutrien, malah turut mengutamakan keselesaan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Mori-Mama dirumus khas untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu dengan menggabungkan nutrien penting bersama bahan berfungsi seperti lactoferrin — protein semula jadi yang kaya dengan zat besi dan banyak terdapat dalam susu ibu — serta gabungan sinbiotik Bifidobacterium longum BB536 dan FOS (serat prebiotik) yang membantu menyokong penyerapan zat besi serta kesihatan usus.
“Pemakanan ibu hari ini dilihat dari perspektif yang lebih menyeluruh, seiring dengan peningkatan kesedaran tentang kepentingan bagaimana tubuh menyerap dan memanfaatkan nutrien yang diambil,” kata Ms. Brenda Liew, Pengarah Urusan OZ Marketing.
“Perkembangan ini turut mempengaruhi pembangunan solusi pemakanan yang bukan sahaja menumpukan kepada kandungan nutrisi, tetapi juga aspek penyerapan, keselesaan dan kesejahteraan ibu secara keseluruhan.


Berbeza dengan pendekatan konvensional yang memberi sokongan nutrisi mengikut fasa tertentu, Mori-Mama dirumus sebagai formulasi menyeluruh untuk menyokong keperluan wanita bermula dari persediaan kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan hinggalah ke fasa penyusuan.
Pendekatan ini selari dengan gaya hidup wanita moden yang mencari solusi nutrisi yang lebih praktikal dan mudah disesuaikan dengan keperluan harian mereka.
Selaras dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan ibu, sokongan nutrisi kini dilihat penting sejak fasa persediaan kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan dan juga selepas kelahiran.
Pengenalan Mori-Mama mencerminkan usaha Morinaga dalam menyediakan solusi pemakanan ibu yang lebih menyeluruh, praktikal dan relevan dengan keperluan wanita masa kini.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
