Seawal pagi dah bersiap untuk keluar bekerja. Dalam masa sama perlu menyiapkan keperluan anak-anak sama ada untuk ke taska atau anak yang bersekolah.
Pulang ke rumah pula tatkala langit makin gelap. Lepas dinner bersama keluarga, busy mengemas dapur, siapkan pakaian kerja dan makanan untuk sarapan esok.
Pendek kata, para ibu bapa yang bekerja seolah macam tiada masa bersama anak. Lantaran itu, kebanyakkan ibu bapa yang bekerja terpaksa meletakkan tugas mendidik di bahu para guru, pengasuh dan tak kurang juga memberikan amanah itu terhadap anak sulung mereka.
Ish, tak boleh macam tu Mama dan Papa!
Walau sesibuk mana pun, luangkan masa yang sesuai untuk mendidik dan memantau tahap penguasaan ilmu anak.
“Mengapa penting mendapat didikan daripada kami berdua walhal di rumah pengasuh/ di sekolah dah banyak perkembangan dan pengetahuan dipelajari?”
Ini sebabnya Mama dan Papa:
Mengapa Penting Didikan Ibu Bapa?
1. Lebih berkualiti
“Saya dan suami bukannya bukan cikgu, jadi tak pandai sangat nak mengajar mereka. Cukup sekadar pantau homework mereka siap. Tapi kalau tak faham tu biasanya saya tengok kaedah kadang lebih mudah berikan terus jawapan untuk anak.”
Jangan jadikan alasan tak mendidik anak sebab anda bukan pengajar. Mendidik anak turut termasuk dalam tanggungjawab ibu bapa.
Tak kira sama ada pembelajaran di sekolah mahupun akhlak mereka. Bila ibu bapa sendiri yang mengajar anak, bukankah ilmu tu lebih berkualiti.
Dalam semua agama pun, darjat ibu bapa itu diangkat mulia. Maka setiap pengorbanan dan layanan ibu bapa kepada anak-anak itu pastinya ia adalah sikap yang lebih mulia dan Mama Siti yakin, ilmu itu lebih sampai dan mudah diserap anak-anak kerana berkatnya daripada ibu bapa itu tadi.
2. Dapat memantau sendiri perkembangan anak-anak
Bila guru beritahu Mama atau Papa yang anak anda ada masalah lewat dalam pembelajaran dan sukar faham, mungkin ia dianggap pengakuan berat diterima.
Silap-silap Mama Papa rasa sangsi dengan tohmahan demikian. Tapi bila anda biasa meluangkan masa mengajar sendiri anak-anak, Mama dan Papa lebih tahu kebolehan mereka.
Anda berdua boleh nilai minat mereka bila tengok anak lemah dalam subjek matematik, tapi cemerlang dalam bab-bab seni lukis.
Di sini Mama Papa boleh tentukan masa depan yang sesuai untuk mereka. Beri galakkan pada benda yang diminati seperti menghadiahkan set mewarna dan sebagainya.
Inilah sebab mengapa penting untuk ibu bapa sendiri melibatkan diri dalam hal mendidik anak.
3. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Bila luangkan masa bersama anak mengajar mereka, pastinya ia lebih mengeratkan hubungan Mama Papa bersama anak-anak kan?
Lagi pula anda selalu kurang masa untuk bersantai dengan anak. Jadi, ambil kesempatan dengan mengajar anak-anak tak kira sama ada buat homework, ajak anak-anak membaca buku atau menerapkan sahsiah diri ketika menonton kartun berbentuk teladan bersama-sama.
4. Membentuk peribadi anak lebih baik
Adakalanya anak-anak lebih mendengar kata bila belajar bersama parents. Ada anak-anak yang suka protes dan berani menonjolkan sikap biadap bila bersama guru.
Jadi, bila Mama dan Papa take over dalam mendidik anak, pasti ia waktu sesuai untuk menegur sikap anak jika ada kekurangan.
Ini sekaligus membentuk keperibadian anak yang lebih baik.
Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
1. Tidak menyusun jadual dengan baik
Pastikan hal kerja habis di tempat kerja. Semaksimum yang boleh, selesaikan hal kerja di tempat kerja sahaja kecuali terdesak. Mama Papa harus bertegas yang waktu kerja untuk buat kerja dan bila pulang ke rumah, anda adalah milik anak-anak.
Rancang masa anda untuk menguruskan hal rumahtangga dan jika boleh buat bersama-sama. Jadikan aktiviti menguruskan rumahtangga itu sesuatu yang menyeronokkan. Jika anak sudah besar sedikit, ajak mereka membantu bersama-sama.
Sambil itu boleh berbual-bual. Bayangkan sambil memasak, sambil melipat pakaian, dan mengemas rumah, Mama boleh berinteraksi dengan mereka at least untuk satu ke dua jam pun memadai. Ikatan kekeluargaan pun bertambah erat.
Waktu itulah anda bersembang dari hati ke hati, bacakan anak buku, dan macam-macam lagi. Berbanding dengan mengadap anak 24 jam tapi sibuk. Waktu yang berkualiti itu tersangatlah berharga buat anak-anak.
2. Sibuk melayani media sosial
Dah seharian busy bekerja, balik rumah layan WhatsApp group rakan sekerja bergosip, plan nak lunch mana dan sebagainya.
Itu semua membazirkan masa sepatutnya dijadikan sebagai quality time bersama anak berbanding melayani media sosial atau WhatsApp group.
“Tapi saya tak ada masa nak tengok Instagram atau Facebook sepanjang bekerja. Balik rumah ni lah nak scroll socmed.”
First thing, Mama dan Papa tanya pada hati penting ke terlepas info di media sosial atau terlepas masa bersama anak-anak? Mana lebih rugi?
Sesekali tak mengapa, tapi kalau hari-hari balik, setiap malam Mama Papa busy layan phone, anak buat homework, kesannya sesi pembelajaran yang berlaku tadi rasa acuh tak acuh pula.
3. Mendidik tanpa mengamalkan
Dah ajar, tapi dibiarkan sepi pula. Bukankah ia merugikan? Ilmu yang diajar adalah lebih jika diamalkan.
Ini kesilapan parents tatkala mengajar anak khususnya dalam soal sahsiah, kemudian perkara itu tak dipraktikkan.
Kesudahannya, ilmu itu ibarat terbang bersama angin lalu.
4. High expectation pada anak
Mama Siti tak nafikan ada sesetengah ibu bapa yang sangat tegas dan komited mendidik anak. Nmaun awas, jangan sampai meletakkan tanggapan yang tinggi.
Setiap pencapaian anak berbeza. Bila Mama Papa terlalu meletakkan ‘tanggungjawab’ itu pada anak walhal mereka tak mampu, ia boleh menyebabkan anak tertekan.
Didiklah mereka dengan berhemah dan berusaha sehabis baik. Minta bantuan pada Allah agar mudah pelajaran yang diterimanya bermanfaat dan mudah difahami.
Tips Mendidik Anak Walaupun Sibuk Dengan Urusan Harian
Berikut antara tips mendidik anak yang dikongsikan oleh angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar. Mama Siti harap, ia memberikan manfaat untuk para ibu bapa di luar sana.
- Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.
- Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.
- Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.
- Strict with your rules at the same time full of love.
- Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.
- Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.
- Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.
- Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.
- Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.
- Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.
- Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.
- Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.
- Identify signs of stress & reschedule.
- EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk ketahui pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!