Setiap tahun, Hari Ibu menjadi hari istimewa untuk kita raikan insan paling penting dalam hidup Mama. Dialah yang menjaga anak-anak tanpa mengira masa, yang mengurus rumah walaupun penat, dan yang sentiasa letak keluarga di tempat pertama.
Sebagai Papa, mungkin kita tak selalu pandai nak tunjukkan rasa sayang secara terang-terangan. Tapi dengan memilih hadiah yang berguna dan penuh makna, Papa boleh tunjukkan bahawa pengorbanan mama dihargai sepenuh hati.
Jom tengok 10 idea hadiah Hari Ibu yang bukan sekadar cantik di mata, tapi juga praktikal dan membantu kehidupan harian Mama.
10 Pilihan Hadiah untuk Hari Ibu
1. Robot Vacuum Cleaner

Mama sibuk setiap hari, dari pagi sampai malam kadang nak duduk pun tak sempat. Salah satu cara paling mudah untuk meringankan beban kerja mama di rumah adalah dengan menghadiahkan robot vacuum.
Dengan hanya satu butang, lantai rumah boleh bersih tanpa perlu Mama menyapu atau mengemop setiap hari. Ada juga model yang boleh dikawal dari telefon pintar sangat sesuai untuk Mama gunakan dan lebih praktikal.
2. Air Fryer

Bagi Mama yang suka eksperimen di dapur atau nak cuba cara masakan yang lebih sihat, air fryer adalah pilihan yang sangat bijak.
Tanpa minyak atau hanya dengan sedikit minyak, Mama boleh masak ayam goreng, kentang wedges, apa-apa menu pun Mama boleh masak dengan senang hati lepas ni.
Ia juga jimat masa dan tak perlu lagi Mama jaga api macam masak guna kuali biasa. Papa pun boleh sama tolong di dapur plus dapat bonding time bersama Mama walaupun di dapur.
3. Set Blender Serbaguna

Mama yang rajin buat smoothies untuk anak-anak, kisar sambal, puri bayi atau sup pasti akan menghargai blender berkualiti. Pilih model yang boleh kisar ais, ada fungsi auto-cleaning, dan tahan lama.
Kalau Papa nak beli, tak perlu pening-pening fikir nak cari kat mana. Di Motherhood.com.my pun ada jual tau! Papa boleh terus beli secara online, jadi tak payah keluar rumah atau bersesak di kedai.
Benda kecil macam ni nampak biasa, tapi bagi Mama yang selalu di dapur, ini adalah pelaburan jangka panjang yang sangat membantu.
4. Jam Pintar (Smartwatch)

Mama kadang terlalu fokus pada keluarga sampai lupa nak jaga diri sendiri. Dengan smartwatch, Mama boleh pantau kadar degupan jantung, jumlah langkah sehari, kitaran haid, dan juga kualiti tidur.
Ada juga jam yang boleh digunakan semasa bersenam atau waktu jogging pagi. Selain berguna, ia juga nampak bergaya dan moden sesuai untuk Mama aktif masa kini.
5. Bantal & Tilam

Tidur yang berkualiti sangat penting untuk mama yang sentiasa sibuk dan mudah letih. Hadiahkan bantal memory foam atau topper tilam yang empuk ia bukan sekadar hadiah biasa, tapi peluang untuk Mama berehat dengan betul.
Kalau Mama cukup tidur, mood pun lebih baik dan tenaga pun bertambah. Papa pun boleh rasa kesannya bila Mama happy dan bertenaga.
6. Pembersih Udara (Air Purifier)

Udara dalam rumah pun penting untuk kesihatan. Dengan air purifier, mama dan anak-anak boleh bernafas dengan lebih selesa, terutamanya kalau ada yang mudah selsema, alergik atau tinggal di kawasan berdebu.
Hadiah ini menunjukkan bahawa Papa ambil berat tentang kesihatan keluarga, bukan hanya keperluan fizikal harian.
7. Periuk Tekanan Elektrik (Instant Pot)

Periuk ni macam magic boleh masak sup tulang, rendang, kek, nasi, dan macam-macam lagi dalam satu alat. Sesuai sangat untuk Mama yang sibuk tapi masih nak masak sendiri untuk keluarga.
Masukkan semua bahan, tekan butang, tunggu, dan siap! Hadiah ini bukan saja membantu Mama, tapi juga boleh galakkan Papa cuba masak sekali-sekala mana tahu lepas ni Mama dapat day off dari dapur.
8. Belanja Urutan Spa Sempena Hari Ibu

Tubuh Mama bekerja keras setiap hari dukung anak, berdiri lama di dapur, lipat kain baju. Hadiahkan Mama baucar spa untuk sesi urutan tradisional, foot spa atau facial di spa pilihan.
Inilah masa untuk Mama manjakan diri tanpa rasa bersalah. Kalau Papa tambah bonus babysit anak masa Mama keluar pun lagi terbaik.
9. Set Meja Makan Baru

Hadiahkan set meja makan yang elegan dan selesa. Sama ada gaya moden, klasik atau minimalis, set meja makan baru ini bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi juga memberi suasana baru dalam rumah.
Mama boleh berkumpul dengan keluarga untuk makan malam dengan lebih seronok, dan ia pasti menjadi focal point dalam ruang makan.
10. Barang Kemas Hadiah Hari Ibu

Sudah pasti hadiah ini yang paling Mama suka, Mama Siti confirm! Kalau Papa ada bajet lebih, bolehlah Papa hadiahkan barang kemas yang berkualiti tinggi, seperti emas atau berlian.
Tak hanya cantik dan elegan, ia pasti akan menjadi simbol cinta yang tak ternilai. Selain itu, barang kemas yang lebih eksklusif pasti membuat mama rasa sangat dihargai dan istimewa.
Alang-alang Papa ada ada bajet lebih, tak salahkan Papa beri kejutan yang memukai hati Mama dengan hadiah yang berharga ini.

Hadiah Hari Ibu adalah cara untuk kita menghargai pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai daripada Mama. Sama ada hadiah kecil atau besar, yang penting adalah ketulusan hati dalam memberi.
Hari Ibu adalah masa untuk menunjukkan rasa terima kasih dan membuat Mama rasa istimewa. Pilihlah hadiah yang mampu memberi senyuman dan kenangan indah, kerana Mama layak menerima yang terbaik pada hari yang penuh makna ini.
Mama nak tahu cara mudah untuk pilih langsir yang sesuai? Klik di SINI.