Kerap stress dengan masalah kecil, fikiran sentiasa berkecamuk, selalu kecewa dengan diri sendiri. Nah, ini antara tanda depression.
Meskipun kebanyakan berpendapat ia adalah gejala biasa yang kerap dialami, namun jika fikiran negatif itu terus dibiarkan bermain di minda, ia sebenarnya boleh menjerumus kepada kesihatan mental.
Malah, lebih buruk buruk lagi apabila wujudnya kecenderungan untuk membunuh diri.
Namun, tahukah Mama, sebenarnya gejala depression ringan ini masih boleh dikawal dan dicegah melalui teknik tekanan. Jika ia kerap dilakukan, Mama dan Papa akan tahu kaedah yang betul.
Mungkin pada awalnya, ia mungkin kekok dan tidak merasakan hasil, tetapi teknik ini terbukti berkesan melalui kaedah tepukan di beberapa titik tenaga tubuh atau juga dikenali sebagai emotional freedom technique (EFT).
“Maksudnya, boleh buat sendiri, tak payah cari therapist ke?”
Ya Mama dan Papa, terapi ini sebenarnya boleh dilakukan secara sendiri. Tapi yang Mama Siti tahu, ada beberapa individu yang menjalankan perkhidmatan ini.
Terpulang kepada anda sama ada mahu mencuba sendiri atau mencari individu yang mahir untuk hasil lebih berkesan. Yang pasti, ia terbukti selamat dan mampu meredakan tekanan dan kekusutan di minda.
ApakahEmotional Freedom Technique (EFT)?
Ya, teknik tepukan ini dikenali sebagai EFT atau Emotional Freedom Technique. Memetik artikel oleh laman web Healthline, EFT ialah rawatan alternatif untuk sakit fizikal dan tekanan emosi.
Ia dirujuk sebagai mengetuk atau acupressure psikologi. Kaedahnya hampir sama seperti akupunktur iaitu ketukan di sembilan daripada 12 titik meridian utama (titik tekanan), namun bezanya EFT tak gunakan jarum halus, hanya ketukan dua jari jerr.
Sebab itulah Mama Siti katakan ia boleh dilakukan oleh Mama dan Papa sendiri, cuma mungkin memerlukan latihan yang kerap bagi memperoleh hasil berkesan.
“Tapi apa kaitannya dengan merawat depression?”
Teknik ini sebenarnya dipercayai mampu memulihkan keseimbangan tenaga ini boleh melegakan gejala yang mungkin disebabkan oleh pengalaman atau emosi negatif.
Berdasarkan perubatan Cina, titik meridian ini dianggap sebagai kawasan tenaga badan yang mengalir.
Laluan ini membantu mengimbangi aliran tenaga untuk mengekalkan kesihatan seseorang. Sebarang ketidakseimbangan boleh mempengaruhi penyakit dan kesakitan.
Jadi mungkin ada logiknya dalam kaedah perubatan Cina kerana ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan emosi seseorang itu tak stabil sekaligus menyumbang kepada stress dan tekanan kan?
Walaupun masih dalam kajian, namun mereka yang telah mengamalkan teknik ini memberitahu, ia boleh membantu seseorang itu mengakses tenaga badan dan menghantar isyarat ke bahagian otak yang mengawal tekanan.
Ia juga dikatakan dapat merangsang titik meridian bagi mengurangkan tekanan atau emosi negatif, akhirnya memulihkan keseimbangan kepada tenaga.
Kaedah Emotional Freedom Technique (EFT) Yang Boleh Dilakukan
Dah tahu kelebihan mengamalkan teknik EFT kan, apa kata kita pelajari pula kaedah untuk melakukannya.
Teknik ini agak mudah dan boleh dilakukan sendiri atau minta bantuan pasangan.
Pastikan Mama dan Papa mengikuti urutan lima langkah ini untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
1. Kenal pasti isu
Ini paling penting Mama dan Papa. Sebelum memulakan tepukan, adalah perlu untuk mengetahui isu yang dialami sehingga membuat anda stress.
Jika terdapat lebih satu isu, fokus dengan satu isu utama dahulu kerana setiap tepukan lengkap akan melegakan satu masalah yang bersarang di minda.
Masalah itulah yang akan menjadi titik fokus semasa anda membuat ketukan EFT. Beri tumpuan sepenuhnya dengan isu yang satu itu semasa tepukan dilakukan.
2. Buat ujian awal
Eh, belum mula ketuk lagi! Lepas dah tahu masalah, buat level of difficulty dengan masalah yang anda nak fokus tadi.
Contohnya stress selepas berlaku penceraian. Nilaikan skor antara 0 hingga 10 tahap stress anda tanggung akibat bercerai.
Jika Mama rasa terlampau berat dan tak mampu ditanggung, nilaikan masalah itu pada angka 10 bermaksud tekanan terlalu melampau.
Skala ini bertujuan menilai kesakitan emosi dan ketidakselesaan yang anda rasai.
Mengetahui kedudukan level of pain tadi membantu Mama memantau tahap keberkesanan selepas membuat EFT tapping yang lengkap.
Jika pada awalnya pada skala 10, kemungkinan besar lepas selesai sesi lengkap EFT ini, Mama dapat rasa skala beban yang ditanggung sedikit ringan iaitu pada skala 5.
Ia sekaligus bermaksud Mama boleh tahu minda Mama dah ringan sehingga 50 peratus dalam menanggung satu masalah tekanan tadi.
3. Persediaan
Sebelum mengetuk, sediakan satu kata-kata semangat lengkap yang menerangkan perkara yang cuba diatasi.
Kata-kata semangat tadi mesti mengandungi dua matlamat utama:
- Mengakui isu atau masalah tersebut
- Menerima diri anda seadanya
Contoh frasa persediaan seperti berikut:
“Walaupun saya kini (contoh: ibu tunggal), saya menerima diri saya dan perasaan saya.”
4. Buat EFT tapping mengikut urutan
Mama perlu melakukan tepukan EFT mengikut urutan yang ditetapkan seperti di bawah sambil mengulangi kata-kata semangat yang Mama cipta tadi atau ayat positif.
Gunakan dua atau lebih jari untuk menepuk di setiap titik sebanyak lima hingga tujuh kali:
- Sisi tangan atau karate chop (pilih tangan dominan)
- Bahagian atas kepala (ubun-ubun)
- Kening
- Sisi mata (tulang berdekatan sudut mata
- Tulang bawah mata
- Hidung (pilih salah satu bahagian)
- Dagu
- Tulang selangka
- Bawah ketiak
5. Semak keputusan
Selepas melakukan tepukan Emotional Freedom Technique mengikut urutan, nilaikan kembali skala stres bagi satu masalah tadi.
Bandingkan keputusan sebelum dan selepas membuat EFT. Jika belum mencapai skala 0, ulangi proses ini sebanyak mungkin yang Mama mampu.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk pelbagai info dan tips KESIHATAN, Mama dan Papa boleh klik di SINI!