Malaysia akan menjadi tuan rumah buat julung kalinya bagi Disney’s The Lion King Live in Concert, satu kerjasama bersejarah bersama Istana Budaya Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (NSO), bersempena “Visit Malaysia 2026”, yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026 di Dewan Plenari KLCC.
Acara spektakulur yang dibawakan oleh Milestone Production ini menghidupkan semula mahakarya animasi Disney tahun 1994 yang begitu digemari, dalam sebuah pengalaman konsert “film-to-live” yang memukau.

Sidang media telah diadakan di Istana Budaya pada petang tadi bagi mengumumkan secara rasmi bahawa produksi bertaraf dunia ini akan dipersembahkan oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Konduktor Residen, Eric Lee—yang diiktiraf dan diluluskan oleh Disney Concerts kerana ketepatan teknikal, kecemerlangan muzik, serta keupayaan memenuhi standard persembahan bertaraf antarabangsa.
Para peminat Disney di Malaysia bakal mengimbau semula keajaiban Pride Lands apabila keseluruhan filem dipaparkan di skrin besar, diiringi alunan skor muzik ikonik yang dipersembahkan secara langsung dan seiring oleh orkestra penuh 72 pemuzik — menjadikan sebuah pengalaman sinematik imersif yang tiada tandingan.
Konsert ini akan menghidupkan skor ikonik daripada barisan pemenang Oscar® dan Grammy® ternama, termasuk komposer Hans Zimmer, penulis lagu Elton John dan Tim Rice, serta suara dan roh The Lion King — komposer muzik kelahiran Afrika Selatan, Lebo M.

Pengarah Urusan Milestone Production, dan Pn. Hanida binti Mohamed Yusof, Pengarah Bahagian Produksi merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Artistik) Istana Budaya.
(Kredit gambar: Persembahan ini dilesenkan oleh Disney Concerts. © Hak cipta terpelihara.)
Eric Lee, Konduktor Residen NSO, berkata: “Ini akan memberikan penonton pengalaman yang berbeza daripada sekadar mendengar rakaman—di mana mereka dapat benar-benar merasai tenaga dan emosi orkestra secara langsung di pentas, serta menikmati sepenuhnya impak, resonans dan keindahan bunyinya. Dengan skor ikonik karya Hans Zimmer, penonton dapat menghayati kekayaan orkestrasi serta keharmonian yang mantap, yang telah menjadikannya antara runut bunyi filem terlaris sepanjang zaman.”
Pada masa yang sama, Pn. Hanida, Pengarah Bahagian Produksi Istana Budaya, menekankan, “Selain menyokong Disney’s The Lion King Live in Concert, Istana Budaya terus memainkan peranan penting dalam membangunkan dan memupuk seni persembahan Malaysia ke tahap antarabangsa, sekali gus memastikan ekosistem budaya negara kekal mampan dalam jangka panjang.”

Pengarah Urusan Milestone Production.
(Kredit gambar: Persembahan ini dilesenkan oleh Disney Concerts. © Hak cipta terpelihara.)
Sejak tayangan pertama pada tahun 1994 oleh Walt Disney Animation Studios, The Lion King telah memukau jutaan penonton di seluruh dunia dengan kisah tentang keberanian, kasih sayang dan takdir.
Dari pembukaan hebat “Circle of Life”, ke keriangan “Hakuna Matata” dan keindahan romantis “Can You Feel the Love Tonight”, runut bunyi yang tidak dapat dilupakan ini apabila dipersembahkan secara langsung akan membawa penonton di Malaysia menyelami suasana savana Afrika, menjadikannya pengalaman yang wajib ditonton oleh seisi keluarga, rakan-rakan dan peminat Disney dari semua peringkat usia.
Persembahan ini dilesenkan oleh Disney Concerts. © Hak cipta terpelihara.
“Bersempena dengan Visit Malaysia 2026, dan selaras dengan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi hiburan keluarga bertaraf antarabangsa, Disney’s The Lion King Live in Concert amat bertepatan dengan inisiatif ini. Konsert ini juga dipromosikan merentasi pelbagai platform untuk menarik penonton tempatan dan dari negara-negara dalam rantau ini, seperti Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia,” kata Dato’ Grace Lee, Pengarah Urusan Milestone Production.
Tiket kini mula dijual dengan harga bermula dari RM168. Pemegang Kad UOB menikmati diskaun sehingga 20% untuk pembelian tiket dengan kad UOB anda (tertakluk kepada terma dan syarat).
Untuk maklumat lanjut, layari www.milestone-entertainment.com.
