IPC Shopping Centre mempersembahkan The Lagom Life – penjenamaan semula yang diinspirasikan daripada falsafah terkenal Sweden iaitu kehidupan yang seimbang, ringkas, dan bermatlamat.

Berakar umbi daripada idea “just the right amount”, arah tuju pusat beli-belah ini menerapkan gaya hidup yang menggalakkan pengunjung tidak terlalu tergesa-gesa, nikmati setiap detik yang dilalui, dan membeli dengan tujuan.
Kesederhanaan dalam Mencapai Tujuan

Sama ada untuk para pengunjung yang mengutamakan keselesaan setiap ahli keluarganya, ingin mencari barang keperluan rumah dalam suasana yang mesra keluarga di mana terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain dan meneroka; atau mereka yang suka mengemaskini status dengan pencarian makanan baharu yang menarik, merasai pengalaman unik mengikut minat mereka, dan sentiasa teruja dengan penemuan perkara baharu; atau pengunjung kreatif yang mahukan pengalaman membeli-belah dengan selesa di hujung minggu, ingin bersantai dengan tenang, dan meluangkan masa bersama yang tersayang – The Lagom Life direka untuk memenuhi kesemua tujuan ini.

“Kehidupan di zaman ini terasa begitu pantas – perlu membahagikan masa untuk bekerja, masa bersama keluarga, atau keluar membeli barangan keperluan rumah,” kata Cik Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre. “Sebab itulah kami percaya dalam menyediakan alternatif yang lebih seimbang, dan bermatlamat. IPC adalah sebuah destinasi di mana Kesederhanaan dalam Mencapai Tujuan – tempat di mana anda boleh berhubung kembali dengan diri anda, orang tersayang, dan komuniti sekitar anda dengan cara yang istimewa. Di IPC Shopping Centre, kami memberikan pengalaman membeli-belah yang seimbang dan berorientasikan kemampanan – jadi setiap pengunjung yang menjejakkan kaki ke pusat beli-belah ini boleh menikmati pelbagai pilihan yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.”
“Bukan sekadar destinasi membeli-belah, malah di sini adalah tempat pertemuan di mana kesederhanaan juga boleh mencapai tujuan, dalam persekitaran yang mendamaikan, selesa, dan susun-atur yang sempurna. Sama ada pengunjung ingin meluangkan masa bersantai bersama keluarga dan teman-teman atau inginkan masa untuk diri sendiri, IPC memberikan pengalaman yang bermakna dengan tawaran-tawaran istimewa serta ganjaran melalui program loyalti melalui Tack Club dalam Aplikasi IPC yang direka khas untuk menghargai setiap pelanggan kami yang datang berkunjung,” tambahnya lagi.
The Lagom Life, It’s Just Right
Dari pengalaman menikmati sajian lazat hinggalah kepada pelbagai kedai yang ada dan inisiatif yang berorientasikan komuniti, IPC lebih dari sekadar pusat beli-belah — ia adalah sebuah tempat pertemuan di mana kehidupan seharian dilalui berlandaskan tujuan dan kesederhanaan.
Selama bertahun lamanya, IPC Shopping Centre teguh dalam mencapai matlamatnya dengan sentiasa memberikan pengalaman baharu yang menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang semakin berkembang.

Penambahan terbaharu termasuklah seperti Canton Boy, FUIYOH! It’s UNCLE ROGER, Chagee, dan Luckin Coffee yang sedang menjadi trend pilihan masyarakat terkini. Mereka akan menyertai ChaTraMue, Manjoe Taiwanese Dumplings, Taste of Medan dan Llao Llao yang juga menjadi kegemaran ramai sekarang ini.
Foodland di Aras LG turut memberi pelbagai pilihan sajian lazat seperti Daily Bowl, Dunkin’ Donuts, The Grass, Happy Potato dan New Juice. Akan datang, Eka Gastrobar dan Pao Xiang Bak Kut Teh akan turut sama menambah kemeriahan pelbagai pilihan sajian di sana.
Selain menyediakan tempat makan yang menarik, IPC membawa keceriaan ke dalam kehidupan seharian dan memberikan pengalaman membeli-belah era baharu melalui kedai-kedai seperti Träffas Work Pods di Aras 1 Link Bridge, BYD yang bergabung dengan Espresso Lab, MR. DIY Plus, Good Times DIY & Lifestyle Studio dan Play United.
IPC juga sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Brio Social Club, yang dilengkapi oleh tujuh gelanggang tertutup ‘pickleball’ untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengeratkan lagi hubungan antara teman-teman dan keluarga.
Di samping itu, enam pengecas Tesla EV, di mana empat adalah Pengecas Super dan dua Pengecas Destinasi, juga boleh didapati pada suku tahun ketiga, untuk kemudahan pemandu EV ketika mereka datang berkunjung.

Secara keseluruhan, peningkatan ini mencerminkan komitmen IPC untuk menjadi destinasi yang bebas tekanan dan memberi keseimbangan dalam melalui kehidupan di bandar yang serba pantas ini.
Dipadankan dengan campuran rakan-niaga yang “just right” (tepat) dan dipilih secara teliti, pusat tersebut memberikan pengalaman bebas tekanan bagi memenuhi keperluan praktikal dan kehidupan yang mampan untuk para pengunjungnya.
Tampil untuk kekal dengan komitmennya terhadap manusia dan planet, IPC juga menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat hidup yang dapat menjamin kelestarian alam sekitar dengan menyediakan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik – Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) dan penganjuran bengkel artisan & eko secara mingguan semasa musim perayaan dan keraian, bertujuan untuk memudahkan kempen kitar semula serta dapat memberi ganjaran.
Rakan-niaga seperti H&M berkongsi visi yang sama dan turut mengadakan kempen kitar semula pakaian di mana pelanggan boleh meletakkan baju yang tidak lagi dipakai dengan mudah

Bukan sahaja untuk tujuan kemampanan, IPC juga mengutamakan kelancaran dan kemudahan untuk semua para pelanggannya. Kereta sorong bayi, skuter berkuasa bateri, dan kerusi roda sentiasa tersedia di i-Counter yang terletak di Aras G, di samping bilik keluarga yang dibina dengan lantai yang anti-bakteria, sistem penapis udara, dan bilik menguruskan bayi menggambarkan keprihatinan pusat terhadap kebersihan, keselesaan, dan penjagaan yang rapi.
Melangkah ke Hadapan
Dengan konsep The Lagom Life yang diterapkan di setiap ruang dan pengalaman IPC, pusat ini kekal teguh dengan visinya sebagai tempat pertemuan yang lestari dan berteraskan komuniti yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa, namun masih berpaksikan nilai – nilai Sweden yang menjadi inspirasinya.
Perjalanan ini mencermin evolusi IPC dalam mengimbangi kejayaan perniagaan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar serta cara hidup yang lebih bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang The Lagom Life, sila layari ipc.com.my atau ikuti laman rasmi IPC Shopping Centre di Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi terkini, acara dan kemas kini.
Nak tahu lebih banyak info menarik untuk Mama Papa? Klik di SINI.