“Baby tidur okay tak?” “Menyusu dengan baik?” “Berat badan dah naik?”
Mama mesti pernah dengar soalan-soalan macam ni, kan?
Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, memang tak dinafikan kebanyakan perhatian akan tertumpu kepada si kecil. Daripada waktu menyusu, tidur, berat badan hinggalah perkembangan bayi, semuanya terasa seperti perkara yang perlu sentiasa diperhatikan.
Tapi dalam kesibukan menguruskan si kecil, ada seorang lagi yang sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu — iaitu Mama sendiri.
Badan Mama baru sahaja melalui fasa kehamilan dan proses bersalin, rutin harian pula tiba-tiba banyak berkisar tentang keperluan si kecil. Malah, perkara semudah mandi pun kadang-kadang memerlukan sedikit perancangan berbanding sebelum ini.
Bagi Mama Angi dan Athillia, menjaga diri dalam fasa ini bukanlah tentang mempunyai rutin self-care yang panjang atau rumit. Sebaliknya, ia tentang menghargai saat-saat kecil yang memang sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian.
Lapan Minggu Bergelar Mama, Angi Tetap Cari Masa untuk Diri Sendiri
Bergelar Mama kepada dua cahaya mata, Angi (@angi.l_gengchaojie) berkongsi bahawa sejak kelahiran si kecil, “hari-harinya kini banyak diisi bersama si kecil”.
Biarpun sudah melalui pengalaman menjadi Mama buat kali kedua, Angi sedar betapa mudahnya seorang Mama mengutamakan keperluan si kecil sehingga terlupa untuk memberi sedikit perhatian kepada diri sendiri.
Antara perubahan yang dirasai Angi selepas bersalin ialah keadaan kulitnya yang menjadi lebih kasar dan mengalami pigmentasi, terutamanya di bahagian ketiak dan celah paha.
Peneman mandiannya sekarang, TANAMERA Clarifying Hibiscus Body Soap yang membantu membersihkan kulit sambil mengelupaskan sel kulit mati secara lembut.
Apa yang menarik, ia tidak memerlukan Angi mengubah rutin hariannya secara keseluruhan. Sebaliknya, ia menjadikan waktu mandi yang sememangnya perlu dilakukan terasa sedikit lebih bermakna.
Dan apabila Louie akhirnya sudah lena tidur, Angi pula menggunakan TANAMERA Sleep Essential Oil Roll-On sebagai sebahagian daripada rutin sebelum tidur.
Menurut Angi, saat-saat kecil ini membuatkan dia rasa seperti “baru keluar dari spa di Bali”.
Kami tak boleh jamin tiba-tiba Mama akan dengar bunyi ombak menghempas di belakang, tapi kami faham kenapa saat-saat kecil sebegini terasa begitu menenangkan.
Athillia Melihat Perubahan Tubuhnya dengan Perspektif Berbeza
Bagi Athillia (@athillia), penjagaan diri bermula dengan belajar menghargai diri sendiri.
“When you learn how to appreciate yourself, you will see how much you worth,” kongsi Athillia.
Sambil menyaksikan perubahan pada badannya sepanjang kehamilan, Athillia mencipta versi spa sendiri di rumah dengan TANAMERA Clarifying Hibiscus Body Soap, menjadikannya sebahagian daripada rutin yang sememangnya dilakukan setiap hari.
Dalam fasa yang penuh dengan perubahan pada tubuh, ia juga menjadi satu cara yang lebih positif untuk wanita melihat dan menghargai perubahan yang sedang dilalui.
Kerana Mama Pun Layak Dijaga
Selepas si kecil hadir dalam hidup Mama, mungkin memang sukar untuk mencari masa yang benar-benar sesuai untuk menjaga diri sendiri.
Ada hari Mama mungkin ada masa sejam untuk diri sendiri. Ada hari lain, waktu mandi pun sudah cukup untuk menjadi ruang Mama berehat seketika dan itu pun sudah okay.

TANAMERA mendapat inspirasi daripada tradisi wellness Asia yang telah diamalkan sejak berabad lamanya, lalu diterjemahkan ke dalam rangkaian produk yang lebih mudah disesuaikan dengan rutin harian daripada sabun badan, essential oil roll-on, massage oil dan banyak lagi.

Sama seperti Angi dan Athillia, menjaga diri sendiri tak semestinya perlu menjadi satu lagi tugasan dalam senarai perkara yang perlu dilakukan.
Kadang-kadang, ia boleh menjadi sebahagian daripada rutin yang Mama memang sudah lakukan setiap hari.

Sudah bersedia untuk beri sedikit ruang buat diri sendiri? Terokai rangkaian produk wellness dan self-care TANAMERA yang sesuai untuk rutin harian Mama dalam penjagaan diri.
Rangkaian TANAMERA boleh didapati di laman web rasmi, Tanamera TikTok Shop, serta Official Store di Shopee dan Lazada.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
