“Balik kampung dah plan? Baju Raya dah beli? Kuih tunjuk siapa tahun ni?”
Kalau soalan-soalan ni dah mula berlegar dalam kepala Mama, maksudnya memang dah tiba masa untuk masuk ke dunia Seindah Corak Aidilfitri di Sunway Pyramid!
Bermula 27 Februari hingga 29 Mac 2026, LG2 Blue Concourse akan bertukar menjadi pentas perayaan yang menggabungkan tradisi dan sentuhan moden.

Inspirasi daripada songket, batik, tenun dan tekat diolah dengan gaya kontemporari nampak elegan, tapi tetap dekat di hati.
Dan paling best? Semua persiapan Raya Mama boleh settle dalam satu tempat je!
Mission Raya: Satu Mall, Semua Settled

Bila hati Mama dah rasa “mode Raya active”, barulah misi sebenar bermula.
Mama nak cari telekung Raya yang sopan tapi elegan, Mama boleh singgah di Siti Khadijah. Ada banyak design telekung yang Mama boleh, confirm rambang mata!
Kalau Mama nak gaya elegan dan sopan, singgah butik macam Rimba atau Bonia memang tak mengecewakan. Nak kasut atau beg yang matching dengan outfit? Boleh cari di Charles & Keith atau Christy Ng. Banyak pilihan yang moden tapi masih sesuai untuk pagi Syawal.
Nak upgrade pinggan mangkuk atau tambah dekorasi meja untuk tetamu Raya nanti? Boleh cuci mata di Objet.
Masuk pula ke Sephora konon nak “beli lipstick je”, tapi biasalah, mesti ada tambah sikit untuk cukupkan look pagi Raya nanti.
Untuk Papa dan anak-anak pun memang mudah. Tak perlu lompat mall lain, semua dah ada dalam satu tempat je. Memang praktikal dan jimat masa!
Shopping Sambil Kumpul Ganjaran

Lebih menyeronokkan lagi, setiap pembelian (dengan pembelian minima) boleh sertai Spend & Redeem. Mama boleh kumpul untuk tebus enamel pin edisi terhad Leo dan Leona (eksklusif di Sunway Pyramid!), memang comel untuk tambah dalam koleksi Mama.
- Dengan pembelian minima RM250 dan ke atas (maksima dalam 3 resit dalam hari yang sama), Mama boleh memiliki Sampul Seindah Corak dan Enamel Pin Blind Packet.
- Dengan pembelian minima RM1,000 dan ke atas (maksima dalam 3 resit dalam hari yang sama), Mama boleh memiliki Sampul Seindah Corak dan point Sunway Super App bernilai RM35 serta 1kg Beras Jasmine Sunwhite!
- Dengan pembelian minima RM2,500 dan ke atas (maksima dalam 3 resit dalam hari yang sama), anda boleh menebus Sampul Seindah Corak dan Picnic Blanket eksklusif serta 1kg Beras Jasmine Sunwhite!

Dan yang lebih menarik, sebelum balik, jangan lupa untuk complete Stamp Journey! Mama hanya perlu selesaikan beberapa misi untuk mendapatkan cop, lengkapkan, dan Mama boleh tebus sampul Raya batik handmade daripada SURI, sebuah perusahaan sosial Malaysia yang komited dalam memperkasakan ibu tunggal dan para ibu daripada golongan yang kurang berkemampuan.

Memang unik sangat! Bila beri duit raya dalam sampul batik tu, rasa lain macam, ada nilai seni dan budaya.
Selain tu, sepanjang 1 hingga 29 Mac, ada Raya Market by Sukaseni di LG1 Oasis. Kalau Mama sukakan barangan unik, kraftangan atau nak cari deco lain dari yang lain, jangan lepaskan peluang untuk singgah Raya Market. Memang rugi kalau Mama tak singgah.

Concourse Fun: Main, Snap & Bergembira

Sambil cuci mata dan cari lengkapan Raya, jangan lupa singgah ke LG2, Blue Concourse sebab memang meriah dengan macam-macam aktiviti!

Ada photobooth Raya yang comel sangat, wajib Mama snap gambar bersama keluarga untuk buat digital kad Raya, lepas tu terus boleh share dengan family dan kawan-kawan.
Bukan tu je, ada juga permainan tradisional macam Congkak dan Batu Seremban. Haa… memang terus throwback zaman childhood kita dulu!!
Nikmati Saat Berbuka Bersama Keluarga

Penat shopping, mestilah nak recharge balik tenaga. Tak perlu rushing gerak pulang ke rumah. Mama seisi keluarga boleh berbuka puasa di pelbagai restoran yang ada di Sunway Pyramid seperti Cili Kampung untuk penggemar menu Melayu kampung style, atau cuba Bebek Goreng Pak Ndut kalau tekak teringin selera Indonesia.
Nak suasana santai untuk semua peringkat umur? The Chicken Rice Shop atau Nandos memang pilihan selamat.
Makan ramai-ramai ni sebenarnya satu kenangan yang manis. Kadang bukan menu tu yang paling diingati, tapi gelak ketawa dan borak panjang sambil menikmati hidangan.
Shopping Raya Bersama di Sunway Pyramid!
Di Sunway Pyramid, Raya bukan cuma tentang shopping – setiap langkah dari mall ke concourse, snap gambar sampai redeem hadiah, semuanya jadi pengalaman Raya yang stylish, ceria dan penuh vibe.
Jadi, tunggu apa lagi, ajak keluarga dan kawan Mama rasai sendiri Raya yang penuh kegembiraan di Sunway Pyramid!
Selamat shopping Raya Mama!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
