“Dah seminggu tak poop… normal ke ni?”
Percayalah Mama, bila anak mula meneran lama dalam tandas, muka merah tahan sakit, atau asyik cakap perut tak selesa, memang kita pun jadi tak senang duduk. Ada anak yang sampai takut nak membuang sebab pernah rasa sakit sebelum ni. Lagi kita tengok dia tak selesa, lagi kita rasa serba salah nak bantu macam mana.
Sebenarnya, masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak umur 1 hingga 3 tahun memang agak biasa berlaku. Kadang-kadang berpunca daripada kurang minum air, kurang serat, terlalu aktif bermain sampai lupa nak ke tandas, atau pemilihan nutrisi harian yang kurang sesuai dengan sistem penghadaman mereka.
Sebab tu penting untuk Mama faham beberapa langkah mudah yang boleh bantu si manja rasa lebih selesa dan membuang dengan lebih lancar tanpa meneran terlalu kuat.
Bila Anak Tak “Poop” Berhari-Hari, Apa yang Sebenarnya Berlaku?

Bila najis berada terlalu lama dalam usus, ia akan menjadi semakin keras dan kering. Inilah yang menyebabkan anak rasa sakit semasa membuang dan mula takut untuk ke tandas. Ada juga anak yang terlalu aktif bermain sampai lupa minum air atau tahan membuang terlalu lama.
Lama-kelamaan, rutin membuang mereka jadi tidak teratur dan setiap kali nak ke tandas pun mula jadi satu “drama” kecil di rumah.
Kalau dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan anak jadi cepat meragam, kurang selera makan dan rasa tidak selesa sepanjang hari. Sebab itu Mama perlu bantu dari awal sebelum masalah sembelit jadi lebih teruk.
3 Cara Mudah Bantu Anak Lebih Selesa Membuat “Business”
1. Air & Serat Memang ‘Best Friend’ untuk Sistem Penghadaman

Bila anak terlalu aktif bermain, mereka memang mudah lupa nak minum air. Sedangkan air sangat penting untuk bantu melembutkan najis supaya lebih mudah dikeluarkan.
Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun biasanya memerlukan sekitar 4 cawan cecair sehari. Bila badan cukup hidrat, proses penghadaman pun jadi lebih lancar dan anak tak perlu meneran terlalu kuat ketika membuang.
Selain memastikan mereka minum air secukupnya, Mama juga boleh tambah lebih banyak makanan tinggi serat dalam menu harian. Antara pilihan yang mudah dan mesra kanak-kanak ialah pisang, betik, oat, bayam, brokoli dan labu.
Serat membantu makanan bergerak dengan lebih baik dalam sistem penghadaman. Ada serat yang membantu menambah isi najis dan ada juga yang membantu menyerap air supaya najis menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan.
Kadang nampak simple macam inilah yang ramai Mama terlepas pandang.
2. Lagi Aktif Anak Bermain, Lagi Lancar Sistem Penghadaman Mereka

Anak yang aktif bergerak biasanya mempunyai sistem penghadaman yang lebih aktif juga. Bila anak banyak duduk atau terlalu lama dengan screen time, pergerakan usus boleh jadi lebih perlahan dan menyebabkan najis “tersimpan” lebih lama dalam kolon.
Sebab itu Mama digalakkan untuk pastikan anak lebih kerap melakukan aktiviti fizikal setiap hari. Tak perlu aktiviti yang berat pun cukup sekadar bermain bola, menari, berjalan santai atau kejar-kejar dalam rumah. Aktiviti simple macam ini pun dah cukup untuk bantu badan anak kekal aktif.
Bila anak banyak bergerak, sistem penghadaman mereka juga jadi lebih responsive. Pergerakan badan ini membantu usus bekerja dengan lebih baik, jadi makanan dapat bergerak dengan lebih lancar tanpa ‘terperangkap’ terlalu lama dalam sistem pencernaan.
Dalam masa yang sama, pergerakan badan juga membantu melancarkan aliran darah ke sistem penghadaman. Bila aliran darah lebih baik, fungsi usus pun jadi lebih efisien dalam menguruskan sisa makanan dalam badan.
Bila diamalkan secara konsisten, Mama akan nampak perubahan kecil tapi bermakna dengan anak lebih selesa dan rutin membuang pun jadi lebih teratur.
3. Pilihan Nutrisi yang Mesra Penghadaman

Selain jaga makan dan pastikan si manja aktif bermain, pemilihan nutrisi pun sebenarnya penting untuk bantu perut mereka rasa lebih selesa.
Kalau Mama sedang mencari susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang diformulasikan khas untuk masalah sembelit, boleh cuba New Friso Gold Comfort Next yang baru dilancarkan di pasaran tahun ini khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun yang mengalami sembelit.

Friso Gold Comfort Next hadir dengan Beta-Palmitin, Probiotik dan Campuran Prebiotik. Beta-Palmitin membantu pembentukan najis yang lebih lembut1 supaya si manja lebih selesa semasa membuang.
Selain itu, Probiotik membantu menyokong kesihatan penghadaman dan membantu melegakan masalah pencernaan termasuk sembelit2. Campuran Prebiotik yang terdiri daripada CBG, GOS dan FOS pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus serta membantu memperbaiki konsistensi najis3-6.
Apa yang menarik perhatian dalam Friso Gold Comfort Next juga mempunyai nutrien penting seperti DHA, Nukleotida, Taurin, Kolina, Zat Besi, Zink dan Vitamin D untuk menyokong tumbesaran si manja yang sedang aktif membesar.
Lagi melegakan bila secara klinikal terbukti 9 daripada 10 kanak-kanak mengalami pembuangan yang lebih lancar tanpa perlu meneran7**. Malah, kajian juga menunjukkan 40% kurang kes sembelit serta peningkatan ketara pada kelembutan najis dalam masa hanya 1 minggu7**.
Memang lega bila tengok si manja kembali ceria, selesa dan tak lagi takut nak ke tandas, kan Mama?
Bila Anak Kembali Selesa, Mama Pun Rasa Lega

Sebagai Mama, saat paling membahagiakan adalah bila tengok anak-anak kembali ceria, aktif bermain dan tak lagi rasa risau setiap kali ke tandas.
Bila rutin membuang jadi lebih lancar, mereka pun nampak lebih selesa, mood lebih stabil dan hari-hari pun jadi lebih mudah serta tenang.
Untuk Mama yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Friso Gold Comfort Next, boleh layari laman rasmi Friso Gold. Selain itu, Friso Gold Comfort Next juga boleh didapati di AEON, Manjaku Baby Centre, rangkaian farmasi terpilih seperti Caring, Big Pharmacy, Health Lane, Alpro, serta stor rasmi di Shopee dan Lazada.
Bila anak selesa, hari-hari pun jadi lebih indah untuk Mama dan si manja.
*Sumber susu semula jadi.
**Formula digunakan selama 8 minggu dengan pengurangan rawatan farmakologi dalam tempoh 4 minggu pertama.
Rujukan:
- Manios Y, et al. BMC Nutr. 2020;6:46.
- Waller PA, et al, Scand J Gastroenterol. 2011; 46(9):1057–1064.
- Georgieva M. World J Clin Pediatr. 2016;5(1):118-27.
- Vivatvakin B, et al. Asia Pac J Clin Nutr. 2003;12(2):193-7.
- Moro G, et al. J Pediatr Gastroenterol Nutr. 2002;34:291-5.
- Ben XM, et al. World J Gastroenterol. 2008;14:6564–8.
- Sevilla DAC, et al. BMC Pediatr. 2022;22(1):672.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Terokai lebih banyak lagi tips keibubapaan untuk Mama Papa di SINI.
