Baru-baru ini, makin ramai pula mula panik pasal isu tukar IC atau MyKad baharu ni. Dekat Facebook penuh orang kongsi posting, dekat WhatsApp family pun mula forward mesej yang sama.
Ada yang kata semua rakyat Malaysia kena tukar IC baharu bermula 1 Jun, ada juga yang siap pesan suruh cepat pergi Jabatan Pendaftaran Negara sebelum orang terlalu ramai.
Panic time!

Sabar dulu…
Bila baca benda macam ni memang automatik terus rasa risau kan? Lagi-lagi bila melibatkan dokumen penting yang kita pegang hampir setiap hari.
Nak buat urusan bank guna IC, pergi klinik guna IC, urusan pejabat kerajaan pun semuanya perlukan MyKad. Sebab itulah ramai terus jadi cuak bila terdengar kononnya “IC lama dah tak boleh guna”.
Tapi sebenarnya Mama tak perlu panik sangat pun sebab MyKad lama masih boleh digunakan seperti biasa selagi kad masih elok dan cip masih boleh dibaca.
Setakat ini belum ada pengumuman rasmi yang menyatakan semua rakyat Malaysia wajib tukar MyKad hanya sebab ada sistem atau kad baharu.
Kalau IC Masih Elok, Tak Perlu Kelam-Kabut Tukar IC Baharu!

Sebenarnya kalau MyKad Mama masih okay, tak rosak, tak retak, dan masih boleh digunakan untuk urusan harian, memang tak perlu rushing pergi tukar semata-mata sebab berita viral.
Kad lama masih sah digunakan seperti biasa. Jadi tak perlulah terus panik tengok ramai orang mula bercakap pasal “IC baru” dekat media sosial.
Biasanya penukaran MyKad ni dibuat kalau ada masalah tertentu saja. Contohnya macam kad rosak, cip tak boleh baca, IC hilang ataupun gambar dah terlalu lama sampai susah nak kenal muka sendiri. Haa yang itu memang digalakkan untuk tukar supaya urusan nanti lebih mudah.
Jangan Terus Percaya Semua Benda Dekat Media Sosial
Mama Siti faham, bila nampak ramai orang share benda yang sama memang kita pun automatik rasa benda tu betul. Tapi sekarang ni memang terlalu banyak berita yang tersebar tanpa penjelasan penuh.

Sebab itu sebelum terus percaya, lebih baik semak dulu dekat saluran rasmi macam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Facebook rasmi mereka. Sekurang-kurangnya taklah kita stres sendiri sebab benda yang sebenarnya belum tentu betul.
Kadang-kadang media sosial ni memang boleh buat orang overthinking. Baru baca satu posting, terus rasa macam esok juga kena pergi tukar IC.
Bila benda melibatkan dokumen penting memang normal kalau rasa risau. Tapi buat masa sekarang, Mama tak perlu terlalu panik kalau MyKad masih dalam keadaan baik dan semua urusan masih berjalan lancar macam biasa.
Yang penting, simpan IC elok-elok, pastikan kad tak rosak dan sentiasa semak maklumat daripada sumber rasmi. Tak perlu rushing ikut panik orang lain sampai sanggup beratur panjang kalau sebenarnya IC sendiri masih okay
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
