Kalau Mama tengah mengandung dan rasa macam “Eh, banyaknya benda yang aku tak tahu” — percayalah, Mama tak keseorangan.
Rasa keliru dan tak pasti ni memang normal, lagi-lagi bila kita tengah bersedia nak sambut orang baru dalam hidup.
Sebab tu la Kelas Parentcraft yang dianjurkan oleh Motherhood.com.my menjadi satu ruang yang sangat berharga untuk Mama dan Papa — tempat kita boleh belajar, tanya soalan, dan dapat bimbingan yang real dan praktikal, bukan sekadar baca secara dalam talian.
Dengan sokongan daripada Tourism Malaysia, baru-baru ni telah berlangsung satu kelas Parentcraft di Bukit Kiara — program sehari penuh yang memang khas untuk bantu bakal ibu bapa rasa lebih bersedia, dari segi fizikal, emosi dan mental, sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidup.

Seharian Yang Penuh Ilmu & Persediaan
Kelas ni bermula dengan pendaftaran dan jamuan ringan — bagi Mama Papa sempat ‘warm up’ dan selesa dahulu sebelum sesi bermula.
Setiap slot dalam kelas ni disusun ikut fasa kehamilan dan penjagaan bayi, dan semuanya disampaikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman.
Antara topik yang dibincangkan:
- Pemakanan semasa hamil
- Pengurusan sakit ketika bersalin
- Peranan tali pusat
- Penyusuan ibu
- Keselamatan bayi baru lahir
- Senaman yang sesuai untuk persediaan bersalin
Apa yang Mama Siti suka, semua info ni disampaikan dengan cara yang mesra dan mudah faham. Peserta pun digalakkan tanya soalan on-the-spot — jadi semua orang lebih yakin dan terbuka nak belajar.

Kelas ni juga fokuskan kepada info penting mengenai proses bersalin dan isu biasa bayi baru lahir seperti jaundis.
Sepanjang hari, peserta boleh catat nota, tanya soalan, dan dapatkan tips-tips berguna yang boleh terus praktikkan nanti.
Inisiatif ni seiring dengan usaha Tourism Malaysia nak jadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancongan kesihatan — termasuklah kesihatan ibu dan keluarga.
Bukan sahaja membantu rakyat tempatan, tetapi secara tak langsung, ia dapat menonjolkan kualiti penjagaan kesihatan dan sokongan menyeluruh untuk ibu bapa dari pelbagai latar belakang.
Bermula Dengan Ilmu, Terus Jadi Lebih Yakin!
Salah satu sesi paling best? Sesi praktikal mandikan dan bedung bayi!

Ramai ibu bapa baru rasa gugup bila fikir nak mandikan bayi buat kali pertama. Tapi dengan tunjuk ajar jururawat bertauliah, pasangan boleh cuba sendiri dalam suasana yang tenang dan santai.
Boleh tanya, boleh salah, dan boleh belajar balik — itulah yang buat keyakinan tu datang.
Sesi macam ni memang berkesan dan menjadi bukti yang Malaysia bukan je hebat dari segi perkhidmatan kesihatan, tapi juga pendekatan pendidikan awal keibubapaan yang mesra keluarga dan sensitif budaya.
Dengan sokongan Tourism Malaysia, kelas-kelas macam ni bantu bina imej positif sistem kesihatan negara kita.
Menyokong Kekeluargaan, Memperkasakan Komuniti

Penyertaan Tourism Malaysia dalam Kelas Parentcraft ni tunjukkan komitmen yang lebih luas — bukan setakat pelancongan, tapi kesihatan komuniti dan pembelajaran sepanjang hayat.
Bila bengkel berkualiti tinggi dan dikendalikan oleh pakar-pakar jadi lebih mudah diakses oleh rakyat, ia bantu kurangkan kebimbangan tentang proses bersalin, dan naikkan lagi standard penjagaan untuk ibu ayah baru.
Gabungan kekuatan Malaysia dalam bidang kesihatan, hospitaliti, dan pendidikan memang terserlah dalam program macam ni.
Dan ini bukan untuk rakyat tempatan je tau — pelancong dari luar yang cari sokongan kehamilan pun boleh rasa selamat dan yakin nak datang ke Malaysia.
Ruang Selamat Untuk Bakal Mama dan Papa
Kelas Parencraft tersebut diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi santai untuk peserta berkongsi pengalaman dan perasaan masing-masing.

Ramai yang rasa bersyukur dapat hadir — terutama Mama yang dah masuk trimester terakhir, sebab hari itu telah berikan mereka semangat dan pencerahan yang sangat diperlukan sebagai seorang bakal Mama dan Papa.
Dengan permintaan yang makin meningkat, Kelas Parentcraft ni terbukti menjadi salah satu persediaan penting sebelum tempoh bersalin — membantu bakal ibu dan ayah melangkah ke fasa baharu dengan lebih tenang, yakin, dan bersedia.
Dan dengan sokongan berterusan daripada Tourism Malaysia, Mama Siti percaya kelas-kelas seperti ini akan terus berkembang dan menjangkau lebih ramai keluarga. Malaysia pun makin kukuh sebagai peneraju kesejahteraan ibu dan anak di Asia Tenggara dan seluruh dunia.
Jom Sertai Parentcraft Summit Malaysia 2025!

Tak kisah la Mama baru beberapa minggu mengandung, atau dah kira hari nak bersalin — Parentcraft Summit Malaysia 2025 ni peluang terbaik untuk Mama Papa dapatkan bimbingan pakar, kenal bakal ibu bapa lain, dan rasa benar-benar disokong dalam perjalanan keibubapaan ni.
Psst… Ni antara yang Mama Siti dengar akan ada:
- Bengkel praktikal
- Sesi bimbingan pakar
- Goodies percuma, cabutan bertuah, dan Pilates untuk ibu mengandung
- Diskaun early bird untuk pasangan
Jangan lepaskan peluang ni, Mama Papa! Scan je kod QR kat visual atas tu dan daftar sekarang!
Disokong oleh Tourism Malaysia – Visit Malaysia 2026: Malaysia Truly Asia.