Banyak tempat menarik di Shah Alam yang Mama boleh kunjungi. Aktivitinya pula bermacam-macam, ikut citarasa masing-masing.
Ada aktiviti lasak, alam semula jadi, pameran seni dan banyak lagi. Jom tengok lebih dekat, apa yang ada di Shah Alam, Selangor.
28 Tempat Menarik di Shah Alam, Selangor
#1 Zipline Shah Alam
Zipline di Shah Alam ini merupakan aktiviti flying fox yang berkepanjangan 240 meter dan ketinggian pelantarnya pula ialah 18 meter.
Ianya diinspirasikan oleh DYMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir dan telah pun dibuka kepada orang ramai pada tahun 2021.
Waktu operasi:
Selasa – Ahad (8:30am – 6:30pm)
Isnin (Tutup)
Cuti Sekolah & Cuti Umum (Dibuka setiap hari, 9:00am – 6:30pm)
Harga tiket:
Dewasa dengan MyKad: RM25
Kanak-kanak: RM10
Pelajar: RM10
Warga Shah Alam: RM20
Pelancong: RM40
Media Sosial: Instagram
#2 I-City Shah Alam
Dapatkan pengalaman bermain salji di I-City Shah Alam yang terdapat di kawasan snowalk. Di tempat ini juga terdapat orang salji, ukiran salji dan pelbagai lain permainan menarik.
Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
#3 Setia Alam Community Trail Head
Suka alam semulajadi? Di sini, Mama boleh melakukan aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit walaupun tinggal di tengah bandar Shah Alam.
Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
#4 Kilang Roti Gardenia
“Enak dimakan begitu sahaja”
Apa lagi kalau bukan roti jenama Gardenia. Lawatan ke kilang ini membolehkan Mama melihat sendiri proses menghasilkan roti dari awal hingga ke peringkat pembungkusan.
Alamat: Kilang Roti Gardenia, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor.
Waktu Lawatan:
Isnin – Jumaat: 9.00 am, 11.00 am, 2.00 pm & 3.00 pm
Sabtu: 9.00 am & 10.00 am
Jangkamasa lawatan: Dalam sekitar 1 jam setengah.
#5 Tugu Peringatan Negeri Selangor
Tugu yang berketinggian 120 kaki ini dibina sebagai tanda peringatan dan penghargaan kepada pejuang tanah air yang berjuang menjaga negeri Selangor.
Pancuran air pancut yang ada di sini menambah keindahan tempat dan menjadi tumpuan untuk merakam kenangan.
Alamat: Tugu Peringatan Negeri Selangor, Persiaran Sultan, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
#6 Mudtrekker Paintball Park
Ada lima konsep permainan yang boleh dipilih ketika Mama bermain paintball di sini.
Konsep yang dinyatakan ialah Speedball, Wild Wild West, Angker Hill, Fox Hole Valley atau Camelot Castle.
Kemudahan untuk pengunjung turut disediakan seperti bilik persalinan, restoran tepi kolam, banquet room dan tempat meletak kereta.
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Syksyen U9, Cahaya SPK, Shah Alam, 40150. Selangor, Malaysia
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.00 am – 5.00 pm)
Selasa (Tutup)
Harga Tiket:
Pakej Base: RM85 / Pax / 100 Pellet
Pakej Scavenger: RM95 / Pax / 200 Pellet
Pakej Geronimo: RM135 / Pax / 500 Pellet
Pakej Gatling Gun: RM195 / Pax / 1000 Pellet
Media Sosial: Facebook
#7 Pusat Akuatik Darul Ehsan
Kemudahan yang terdapat di sini cukup lengkap untuk lelaki dan perempuan dan pelbagai peringkat umur.
Ianya termasuklah surau, bilik persalinan pakaian, tandas, bilik mandi, locker, ruang makan, tempat letak kereta dan ruang santai terbuka atau tertutup.
Alamat: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
#8 Denai Alam Riding & Recreational Club
Aktiviti utama di sini ialah berkuda di mana pengunjung boleh menyertai kelas menunggang kuda. Tapi selalunya kalau ada kuda, mesti ada aktiviti memanah. Barulah lengkap aktiviti sunah Nabi Muhammad SAW.
Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, Denai Alam, 40160, Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 5.00 pm) | Isnin (Tutup)
Harga Tiket:
Selasa – Jumaat: RM210 / 6 Sesi
Sabtu, Ahad: RM240 / 6 Sesi
#9 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Dataran kemerdekaan ini selalu menjadi tempat meraikan hari bersejarah iaitu sambutan kemerdekaan negara Malaysia.
Di masa lain, ia juga sering menjadi tempat warga sekitar beriadah atau bersantai meluangkan masa bersama-sama keluarga.
Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
#10 Pasar Malam Setia Alam
Penjual dari pelbagai bangsa turut mengambil peluang menjual barang-barang yang terdiri dari makanan. Minuman, buah-buahan, aksesori, pakaian, barang elektronik dan lain-lain.
Mama tahu tak? Pasar Malam Setia Alam pernah direkodkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai pasar malam terpanjang di Malaysia.
Alamat: Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam
Waktu Operasi: Sabtu (6.00 pm – 12.00 am)
#11 Taman Rekreasi Alam Megah
Bayangkan kalau kita dapat beriadah di tempat yang ada tumbuhan hijau, tasik dan tempat yang bersih. Sungguh menyeronokkan dan nyaman.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berjogging, bermain badminton atau bola sepak.
Alamat: Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor
#12 Shah Alam Royal Theater
Ianya siap dibina pada tahun 2008 dengan perbelanjaan mencecah RM 43 juta. Reka bentuk bangunan ini mendapat ilham daripada konsep bina Melayu-Bugis dengan olahan citarasa moden.
Alamat: Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
#13 Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam
Lokasi ini lebih privasi berbanding Taman Tasik Shah Alam yang agak popular.
Nak jadikan tempat fotografi pra-perkahwinan atau sempena konvokesyen pun cantik juga tau.
#14 Perpustakaan Raja Tun Uda
Menjadi idaman setiap pembaca buku untuk datang sekurang-kurangnya sekali di Perpustakaan Raja Tun Uda. Perpustakaan ini menyediakan banyak kelengkapan berteknologi tinggi untuk kegunaan pelawat.
Menariknya, di sini pun terdapat ruang menonton 3D dan 6D buat mereka yang teringin merasai pengalaman maksimum semasa menonton filem.
Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.30am – 9.00pm)
#15 Muzium Sultan Alam Shah
Ada 4000 artifak yang disimpan dan terdapat lima buah balai pameran seperti Balai Islam, Balai Sukan, Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Pameran Luar.
Setiap barang pameran turut disertakan maklumat berkaitan untuk pendedahan holistik kepada para pengunjung.
Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.30 pm)
#16 Laman Seni 7, Shah Alam
Hasil seni di sini memaparkan karya-karya yang pernah memenangi Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dalam kategori masing-masing iaitu ‘Painting on Site’, ‘Street Furniture’, ‘3D Painting’ dan ‘3D Installation’.
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
#17 Uptown Shah Alam Seksyen 24
Jam tangan, barangan bundle, topi, hijab, aksesori telefon bimbit dan makanan antara barangan yang dijual di sini.
Uptown Shah Alam ini berbumbung, jadi ianya memudahkan peniaga dan pembeli menjalankan urusan jual beli dengan lebih selesa.
Alamat: Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30pm – 3.00am)
#18 Taman Botani Shah Alam
Penduduk dari negara tidak bermusim macam negara Malaysia ni mestilah ada keinginan nak rasa pengalaman empat musim kan.
Mama boleh mendapatkan pengalaman itu semua di sini. Ditambah lagi dengan tarikan-tarikan lain seperti zoo mini, kawasan sawah padi, taman kaktus, taman buah-buahan tropika, taman herba, tasik dan kolam.
Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi:
- Taman: Selasa – Ahad (7:30am – 4:30pm) | Isnin (Tutup kecuali Cuti Umum, Cuti Sekolah)
- Rumah Iklim Sederhana Empat Musim: 7:30am – 4:30pm
Harga Tiket Taman Botani:
- Caj Konservasi: Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM1
- Harga Tiket Rumah Iklim Empat Musim:
- Dewasa: Musim Salji RM5 | Musim Lain RM3
- Kanak-Kanak (6 – 11 Tahun): Musim Salji RM3 | Musim Lain RM1
#19 Taman Tema Air Wet World
Jom bawa anak-anak ke taman tema air untuk berseronok bermain air dan bermandi-manda.
Tak usah risau dengan barang-barang berharga kerana di sini ada loker untuk menyimpan barang peribadi.
Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Rabu (10.00am – 6.00pm)
Tutup pada hari Rabu kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum
Harga Tiket:
Dewasa (>130 cm) RM37
Kanak-Kanak (90 – 130 cm) RM32
Kanak-Kanak (<90cm) Percuma
#20 Taman Tasik Shah Alam
Tempatnya menyejukkan mata dan boleh menenangkan fikiran bagi setiap pengunjung yang datang.
Taman tasik ini antara yang terawal dibuka di Shah Alam iaitu pada tahun 1985 oleh arkitek landskap Jepun.
Alamat: Persiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
#21 Dataran Bunga Raya
Pelbagai spesies Bunga Raya ditanam di Dataran Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara kita.
Bunga Raya dari banyak warna dan berbagai-bagai bentuk juga ada di sini. Lokasi nya pula terletak di bahagian timur Taman Tasik Shah Alam.
Alamat: Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
#22 Kompleks Taman Seni Islam
Salah satu barang pameran yang menjadi perhatian pengunjung ialah manuskrip asli al-Quran yang dianggarkan berharga RM20 juta.
Ia juga menempatkan beberapa galeri seni seperti Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Rekaan, Pewarnaan, Grafik dan Penerapan Emas.
Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9.30am – 5.30pm)
#23 Laman Budaya, Galeri Shah Alam
Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, di Laman Budaya menjadi hab dimana karya tempatan dipamerkan seperti persembahan, pertandingan, pameran dan majlis diadakan.
Alamat: Laman Budaya Shah Alam, Persiaran Tasik, 40000 Shah Alam.
Waktu Operasi: Setiap hari (9.00am – 6.00pm)
#24 Litar Go Kart
Pada yang ada jiwa berlumba tu, elok sangat datang ke litar go kart ini kerana terdapat 15 selekoh mencabar untuk dicuba.
Alamat: Level 1, Quadrant C, Shah Alam Stadium, Section 13, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm)
Sabtu – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)
Harga Tiket:
Double Seater Kart: RM50 / Kart / Sesi
Cadet Kart: RM40 / Kart / Sesi
Regular Kart: RM40 / Kart / Sesi
Pro Kart: RM80 / Kart / Sesi
125cc Kart: RM120 / Kart / Sesi
Nota: Setiap Sesi Berdurasi 10 Minit
#25 Shah Alam Extreme Park
Sepadan dengan namanya, Mama boleh bermain basikal BMX, skateboard, wall climbing, futsal dan paintball.
Sekali-sekala dapat buat aktiviti macam ni kan seronok. Boleh ‘enjoy’ tanpa ada orang marah.
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (10.00am – 11.00pm)
Sabtu – Ahad (9.00am – 11.00pm)
#26 Setia City Mall
Bukan kita tak tahu, cuaca di Malaysia ni panas sampai buat badan tak selesa dan berisiko dapat strok haba.
Selain membeli-belah, di sini juga terdapat tempat untuk bermain bowling, karaoke dan juga di taman yang terletak berhadapan dengan shopping mall ini.
Alamat: 59, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
#27 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Juga dikenali dengan nama masjid negeri dan Masjid Biru kerana kubahnya yang berwarna biru.
Masjid ini menjadi masjid kedua terbesar selepas Masjid Istiqlal, Jakarta Indonesia.
Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
#28 Bukit Jelutong Eco Community Park
Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari, 7:30am – 7:00pm
Media Sosial: Facebook
Walaupun terletak di tengah ibu negeri Selangor, Shah Alam masih menawarkan keindahan alam semulajadi di samping elemen-elemen moden.
Pilih saja mana-mana tempat menarik yang telah pun Mama Siti kongsikan, lebih seronok kalau kita pergi bersama-sama rakan dan ahli keluarga.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.