Ada hari-hari yang rasa macam marathon, kan?
Bangun awal pagi, kejar to-do list, dan malamnya terus tumbang atas katil sebab terlalu penat.
Sama ada anda seorang ibu, wanita bekerjaya, atau tengah cuba bertahan menjalani kehidupan dewasa sepanjang hari — nak cari masa untuk “pause” dan tarik nafas tu memang tak senang.
Tapi kat sinilah TANAMERA mainkan peranan.
Dengan warisan lebih 600 tahun menempa kesempurnaan tradisi Asia, TANAMERA tampil dengan produk-produk semula jadi yang bantu kita rasa lebih baik — dari luar dan dalam.
Dari minyak pati ke minyak urut, sampailah ke penjagaan bayi, produk TANAMERA memang dicipta untuk kehidupan sebenar.
Jom tengok macam mana rakyat Malaysia yang sibuk ni menggunakan TANAMERA sebagai sokongan semula jadi dalam rutin penjagaan diri harian mereka.
Sharifah Rose: Aroma Wangian Inspirasi Harian
Pelakon dan usahawan Sharifah Rose mulakan dan akhiri harinya dengan rutin haruman yang bantu dia rasa tenang dan fokus.
Dengan menggunakan TANAMERA Essential Oils, Sharifah Rose menetapkan mood harian dari pagi hingga ke malam.
Dia memulakan harinya dengan Sweet Orange Essential Oil yang membantu menaikkan semangatnya. Aroma sitrus yang segar memberikan suntikan positif dan membuatkan dia rasa lebih bertenaga.
Dan bila tiba masa untuk berehat, Lavender Essential Oil memberikan rasa tenang yang membantu dia rileks dan lepaskan segala tekanan sepanjang hari.
Minyak-minyak pati ni bukan je wangi — tapi jadi peringatan harian untuk Sharifah berhenti sekejap, tarik nafas, dan reset secara semula jadi.
Yvonne Chua: Urutan Tradisional untuk Melegakan Badan
Bagi Yvonne Chua, ibu kepada dua orang anak, self-care bukanlah tentang sesuatu yang rumit, tetapi tentang kualiti.
Peneman setia Yvonne selepas seharian yang panjang ialah TANAMERA Ginger Blend Massage Oil.
Formula yang telah terbukti berkesan ni berasaskan warisan lebih 600 tahun kepakaran herba tradisional.
Ia mengandungi pati halia, lemon, lavender dan bahan semula jadi lain yang terkenal dengan kebaikan untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan badan.
Yvonne gunakan bersama alat gua sha untuk urut perlahan-lahan bahagian badan yang tegang dan lepaskan stres yang terkumpul.
Minyak ni disahkan Halal dan bebas daripada bahan kimia toksik atau pewangi sintetik.
Dengan formulasi semula jadi, ia juga sesuai untuk ibu mengandung.
Bagi Yvonne, ritual urutan ni lebih daripada sekadar penjagaan kulit — ia adalah momen tenang yang bantu dia reconnect dengan diri sendiri.
Ikmal Amry: Penjagaan Diri untuk Ayah dan Anak
Antara kerja, keluarga, dan segala yang lain — Ikmal Amry (pelakon, suami dan ayah) faham betapa susahnya nak cari keseimbangan. Sebab tu dia sendiri amalkan urutan dengan menggunakan TANAMERA Ginger Blend Massage Oil setiap kali badan rasa letih atau lesu.
Gabungan halia, lemon dan lavender dalam minyak ni bantu dia rasa lebih ringan, lancarkan darah dan kurangkan stres — terutama lepas hari yang panjang depan kamera.
Untuk anaknya, Gibran, Ikmal gunakan TANAMERA Kidz Baby Spot Oil yang diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara Organik.
Kombinasi lembut dan semula jadi ni bantu kurangkan kembung, menghangatkan tubuh si kecil, dan buat waktu tidur lebih lena serta nyenyak.
Bagi Ikmal, ini cara mudah dan selamat untuk jaga diri dan anak — dengan produk semula jadi yang dia sendiri yakin dan percaya.
Menghayati Tradisi dengan Cara Semula Jadi

Daripada semua kisah ni, jelas kenapa TANAMERA jadi pilihan ramai. Jenama ni kekal setia dengan tradisi dalam kesihatan holistik, sambil hanya menggunakan bahan semula jadi yang dipilih dengan teliti.
Kalau Mama tengah cari cara untuk tambahkan elemen tenang, penjagaan diri, dan keselesaan semula jadi dalam rutin harian — TANAMERA memang pilihan yang sesuai untuk mula.
Sama ada Mama nak segarkan ruang dengan aroma minyak pati yang menenangkan, tukar ke sabun semula jadi yang berkesan, atau manjakan diri dengan minyak urut yang bantu kurangkan keletihan, TANAMERA mudahkan semuanya.
Mama boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua produk mereka di laman web rasmi www.tanameraofficial.com.
Selain tu, TANAMERA juga boleh didapati di TikTok Shop, serta kedai Rasmi di Shopee dan Lazada.
Tak kira Mama berada di mana dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan diri, TANAMERA sentiasa ada untuk sokong rutin harian Mama; secara semula jadi, selamat dan penuh kasih.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.