Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita sudah masuk ke tahun baru, 2021. Walaupun terdapat pelbagai dugaan yang harus diharungi orang ramai di setiap pelosok dunia, namun, Sunway Pyramid ingin menaikkan semangat para pengunjungnya dengan menganjurkan sambutan Happy ‘Niu’ Year sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.
Bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2021, para pengunjung berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran dan promosi menarik apabila anda membeli belah di Sunway Pyramid. Lebih menarik lagi, tema ‘Happy ‘Niu’ Year’ diilhamkan oleh zodiak tahun Lembu bagi tahun 2021. ‘Niu’ juga membawa maksud ‘Ox’ atau Lembu. Anda jangan terkejut pula dengan replika lembu emas yang akan menyambut anda di kempen Happy ‘Niu’ Year ini ya.

Sama seperti perayaan-perayaan yang lain, Sunway Pyramid dihias indah bersesuaian dengan temanya. Bagi kempen Happy ‘Niu’ Year ini, anda bakal terpegun dengan hiasan warna-warna serba emas dan merah di LG2 Orange Concourse. Ruang ‘Kota Emas’ ini juga diserikan lagi dengan pokok tangerin dan tanglung merah menjadikannya sangat sesuai untuk bergambar dengan seisi keluarga.


Jom kita lihat pelbagai aktiviti dan tawaran menarik yang dijalankan sepanjang kempen ini:
Oxpicious Wishing Well
Dari 8 hingga 31 Januari 2021, para pengunjung berpeluang untuk kongsikan hajat anda di Oxpixious Wishing Well, dengan hanya sumbangan minimum RM5 atau RM10.

Sumbangan ini bagi membantu keluarga yang memerlukan serta memperoleh syiling hajat. Ia kemudiannya akan disalurkan melalui kolaborasi dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Subang Jaya & Ahli Majlis Zon 2 untuk membantu 200 keluarga dengan barangan keperluan Tahun Baharu Cina.
Fleurs Flower Market
Selain itu, di ruang LG2 Blue Concourse pula, anda boleh mengunjungi sebuah taman bunga yang dihoskan oleh ‘Fleurs Flower Market’ bermula 14 Januari hingga 10 Februari 2021 ini. Anda boleh membeli pelbagai aneka pilihan bunga-bungaan sebagai hiasan atau hadiah untuk yang tersayang. Anda juga boleh mengunjungi Oriental Noble Booth untuk melengkapkan Tahun Baharu Cina anda disamping menikmati pelbagai tawaran menarik.
Raikan Tahun Lembu Ini di Pelbagai Rangkaian Restoran & Kedai-kedai Menarik
Selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, para pengunjung juga boleh meraikan Tahun Lembu anda dengan menjamah hidangan yee sang di restoran seperti Putien, Din Tai Fung, Dragon-I, Grand Imperial, Haidilao, Village Roast Duck dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendapatkan Hamper-hamper Khas Tahun Baharu Cina (untuk diri sendiri atau hadiah buat saudara-mara dan rakan-rakan) dari Yan Sang, Lo Hong Ka, Bee Cheng Hiang, Loong Kee, Marks & Spencer, L’occitane dan Legend of Tea.

Untuk barangan perhiasan diri, anda boleh membeli-belah di Oriental Noble, Christy Ng, Padini, Sephora dan outlet-outlet yang lain. Poh Kong, Gold Boutique, Tomei, Wah Chan, Diamond Boutique dan lain-lain pula menyediakan pelbagai tawaran barangan kemas menarik sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Jangan lupa untuk mencantikkan rumah anda dengan pelbagai barangan dekor kediaman yang boleh didapati di Fleurs, Muji, Hooga dan Kaison.
Lebih Banyak Belian, Lebih Istimewa Hadiah Penebusan!
Dua tips khas Mama Siti ingin kongsikan sebelum anda membeli-belah di Sunway Pyramid – yang pertama adalah untuk menyusun jumlah pembelian anda secara teratur supaya anda dapat menebus hadiah-hadiah menarik seperti di bawah ini!


- Setiap pembelian RM300 dalam dua resit (RM200 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC), anda berpeluang untuk menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’ oleh Sunway Malls.
- Bagi pembelian bernilai RM1,500 dalam dua resit RM1,400 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC), anda boleh menebus Set Teh ‘Prosperity’ bermaterialkan seramik yang lengkap dengan beg khas, sesuai untuk sesi yumcha anda.
Hadiah-hadiah ini boleh ditebus di kiosk penebusan yang terletak di LG2 Orange Concourse.


Tip yang kedua pula adalah, anda boleh plan aktiviti membeli-belah anda dengan memuat turun aplikasi Sunway Pyramid di telefon pintar anda.
Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut adalah, ia akan menyenaraikan semua maklumat yang diperlukan sama ada anda ingin mencari senarai pilihan restoran untuk ‘Reunion Dinner’ dan pilihan Yee Sang yang sesuai dengan citarasa anda. Aplikasi Sunway Pyramid ini juga lengkap dengan direktori dan informasi kedai-kedai yang terdapat di dalam pusat membeli-belah tersebut.
Apa-apa pun, jangan lupa untuk mengikut segala SOP yang telah ditetapkan untuk memutuskan rangkaian COVID-19. Pastikan anda memakai face mask dan jaga jarak anda semasa membeli-belah.
Layari laman rasmi Sunway Pyramid untuk mendapatkan pelbagai info dan promosi menarik sempena kempen Happy ‘Niu’ Year ini.
Jangan lupa untuk mengikuti Facebook & Instagram Sunway Pyramid untuk menyertai peraduan-peraduan menarik yang akan berlangsung ketika musim Tahun Baharu Cina bagi memenangi baucar beli-belah, hiburan, kecantikan, dan banyak lagi.