“Kek ni paling mudah sebab tak perlukan mixer,”
Mama Siti suka kalau ada resepi yang tak pakai alat menguli ni. Ya lah, satu hal pulak nak kena bersihkan alatan.
Dengan resipi kek coklat bakar dari Norlailanazira Mohd Agos ini, makin mudah kita nak buat kek coklat. Tinggal lagi nak buat topping nya sahaja.
Ayuh kita lihat cara buat kek coklat kukus yang mudah.
Resipi Kek Coklat Bakar
Resipi oleh: Norlailanazira Mohd Agos
Bahan-bahan
- Serbuk koko
- Gula pasir halus
- Minyak masak/ minyak jagung
- Susu pekat
- Susu cair
- Telur
- Tepung gandum
- Soda bikarbonat
- Serbuk penaik (baking powder)
- Loyang saiz 8×8
Cara-cara
#1 Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan serbuk koko bersama-sama dengan gula dan susu cair. Selepas itu, tambahkan pula susu pekat dan minyak masak.
#2 Gunakan pemukul adunan (whisk) dan gaul semua bahan-bahan tadi hingga sebati.
#3 Pecahkan telur dalam satu mangkuk. Pukul hingga kembang dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan kek coklat bakar.
#4 Kemudian, kita akan masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan kek. Gaul semua bahan-bahan hingga ianya sebati.
#5 Letakkan baking paper di dalam loyang sebagai alas adunan kek dan tuang adunan kek ke dalam loyang. Sementara itu panaskan ketuhar dengan suhu 160℃.
#6 Masukkan ke dalam ketuhar dengan tetapan api atas dan bawah selama 1 jam. Cucuk kek dengan lidi untuk menilai sama ada ianya sudah dibakar sempurna atau belum.
Tips Menyediakan Resipi Kek Coklat Bakar
- Langkah keselamatan semasa pecahkan telur adalah dengan memecahkan telur dalam mangkuk berbeza untuk mengelakkan ia bercampur dengan telur busuk jika ada.
Wah, tanpa mixer pun kita boleh buat kek coklat bakar. Lepas ni tak ada alasan lagi untuk tak buat kek di rumah.
Resipi kek coklat bakar boleh disediakan sebagai kek hari ibu atau kek hari bapa. Jadi lebih bermakna sebab dibuat dari hati.
Untuk lebih banyak lagi resepi menarik, klik SINI.