Hari Ibu dah hampir tiba.
Dan kalau Mama macam kebanyakan ibu lain, Mama mungkin dah terlalu sibuk bermula dengan menghantar anak ke sekolah sampai pelukan sebelum tidur bersama mereka, daripada kejar tarikh akhir kerja sehingga timbunan pakaian yang tak pernah habis sampai tak sempat nak tarik nafas; apatah lagi nak betul-betul nikmati semuanya.
Hari Ibu kali ini, Mama tarik nafas dalam-dalam dan lihatlah kehidupan yang Mama sendiri bina sebab dalam kesibukan rutin harian sebagai seorang ibu, kadang-kadang terlupa yang Mama bukan sekadar ‘bertahan’.
Yang Mama bukan sekadar ‘survive’ hari demi hari.
Mama sebenarnya sedang jadi tempat bergantung seseorang, menjadi wira pertama dalam hidup mereka dan kisah cinta yang abadi selamanya.
Dan apa cara yang lebih indah untuk meraikan semua itu kalau bukan dengan mencipta detik-detik ajaib bersama?
Hari Ibu kali ini, lupakan tekanan untuk merancang sesuatu yang gah dan mewah.
Sinsing lengan baju, ajak si kecil masuk dapur – sebab kenangan paling manis tercipta bila tepung ‘berterbangan’ dan kita sama-sama rasa hasil air tangan sendiri sambil ketawa.
Daripada Bahan Biasa, Tercipta Kenangan Luar Biasa

Tapi, kalau rasa nak masak lebih daripada nasi goreng dengan si kecil pun dah cukup mencabar, jangan risau!
Dengan sedikit kreativiti dan beberapa bahan kegemaran yang memang sudah tersedia di dalam peti ais, saat paling ringkas pun boleh jadi sesuatu yang istimewa.
Bayangkan lemak berkrimnya Bega Cream Cheese, keenakan Farmers Union Natural Greek Yogurt dengan rasa masam yang menyegarkan, kemewahan Dairy Farmers Thick and Creamy Yogurt, atau kegembiraan si manja dengan Petit Miam – semuanya membawa sentuhan magis tersendiri dalam apa jua hidangan yang Mama dan si kecil hasilkan bersama.
Pernah terfikir kenapa bahan-bahan asas dalam peti sejuk ni boleh buat semua jadi lebih sedap?
Tak perlu tertanya-tanya lagi, sebab ini rahsianya:

Bega Cream Cheese ni lembut, ringan dan sangatlah serba boleh.
Ia rahsia di sebalik kek keju tanpa renyah, sos pasta yang berkrim, atau pun sapuan ringkas atas roti bakar dengan madu atau jem bila Mama perlukan sesuatu yang sedap dalam masa yang singkat.

Farmers Union Natural Greek Style Yogurt pula memberikan tekstur yang pekat dan memuaskan dengan rasa masam yang lembut sesuai untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.
Mama boleh lapiskannya dalam parfait, kisar bersama smoothie, atau jadikan perapan daging untuk hidangan keluarga – fungsinya pelbagai, rasanya pun memang terbaik!

Dairy Farmers Thick and Creamy Yogurt pula adalah pilihan terbaik apabila Mama nak manjakan diri.
Teksturnya yang lemak berkrim, sesuai dimakan terus dari sudu, dibekukan menjadi aiskrim popsikel ringkas atau dijadikan celupan berkrim yang pasti licin habis sebelum Mama sempat sebut “masa snek!”

Dan sudah tentu, Petit Miam – kegemaran si kecil!
Walaupun sedap dimakan begitu saja, ia juga sesuai dijadikan bahan tambahan dalam adunan mufin, inti lempeng atau snek sejuk beku yang si kecil pun boleh tolong buat (dan makan!).
snek sejuk beku yang boleh dibuat (dan dimakan!) bersama tangan-tangan kecil si.
Jadi, kalau Mama rancang nak beraksi di dapur sempena Hari Ibu kali ini, biarlah pilihan kegemaran ini bantu mudahkan kerja Mama supaya Mama dan chef cilik boleh fokus pada perkara yang paling bermakna.
Jadikan Lagi Manis: Sertai Peraduan Bega-Licious Hari Ibu

Jadi, Mama – sambil-sambil ni, apa kata kongsi kegembiraan dengan resipi sedap dan rebut peluang menang hadiah menarik dalam Peraduan Bega-Licious Hari Ibu?
Ini cara Mama dan si kecil boleh sertai:

Langkah 1: Bersama dengan anak-anak, cipta resipi Hari Ibu yang penuh makna menggunakan mana-mana produk dari Bega, Farmers Union, Dairy Farmers, atau Petit Miam.
Langkah 2: Muat naik gambar atau video pendek hasil masakan sedap Mama di Instagram atau Facebook.
Langkah 3: Sertakan hashtag #begaliciousmothersday dalam kapsyen, tag tiga (3) rakan dan komen ‘Done share recipe’ di post rasmi peraduan.
Langkah 4: Pastikan profil Instagram atau Facebook Mama dalam keadaan umum supaya kami boleh lihat penyertaan cantik Mama!
Seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Ninja CREAMi Ice Cream Maker bernilai RM1,299 – alat sempurna untuk lebih banyak pengembaraan dapur bersama keluarga di masa hadapan.
Selain itu, lima pemenang lain akan menerima Set 2 Pinggan Bunga Le Creuset Miffy bernilai RM569 setiap satu – cenderamata indah untuk kenangan yang manis.
Peraduan Bega-Licious Hari Ibu akan berlangsung dari 1 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025. Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan sekarang!
Meraikan Hari Ibu dan Setiap Hari Selepasnya

Untuk semua ibu di luar sana, Hari Ibu bukan sekadar tarikh di kalendar.
Ia adalah peringatan tentang siapa anda sebenarnya, dan segala yang anda lakukan.
Jadi, ambil peluang ini – kacau adunan, sepahkan dapur sikit, dan raikan bukan saja siapa anda sebagai seorang ibu, tapi juga semua yang anda dah usahakan dan jayakan!
Kerana suatu hari nanti, apabila mereka sudah membesar kenangan-kenangan kecil inilah yang paling bermakna.
Dan mungkin, cuma mungkin, mereka akan berkata: “Saya ingat lagi Hari Ibu yang kita buat kek keju sama-sama. Itu yang paling best!
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Mama dapatkan lebih banyak info tentang tips pemakanan dan bernutrisi di SINI.