Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC), yang diperkenalkan pada tahun 1997, kembali untuk edisi ke-29 dan kini berkembang sebagai sebuah platform pembangunan generasi muda yang disokong di peringkat nasional.
Mulai tahun ini,MAGGI®dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan MSSCC secara bersama menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), sekaligus memperluaskan capaian serta impak pendidikannya di kesemua 16 negeri diseluruh negara.
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Memasuki Tahun Ke-29 Dengan Jalinan Kerjasama Strategik Pertama Bersama Kementerian Pendidikan MSSCC melangkah ke fasa baharu sebagai platform pembangunan murid bertaraf nasional dengan memperkenalkan elemen literasi kewangan sebagai kemahiran hidup praktikal baharu selain memasak dan pemakanan seimbang.

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC), yang diperkenalkan pada tahun 1997, kembali untuk edisi ke-29 dan kini berkembang sebagai sebuah platform pembangunan generasi muda yang disokong di peringkat nasional. Mulai tahun ini, MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan MSSCC secara bersama menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), sekaligus memperluaskan capaian serta impak pendidikannya di kesemua 16 negeri diseluruh negara.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan MAGGI® untuk membangunkan generasi muda Malaysia yang bersedia menghadapi masa hadapan dengan kemahiranhidup praktikal, MSSCC 2026 memperkenalkan literasi kewangan sebagai komponen pembelajaran baharu, di samping kemahiran memasak dan pemakanan seimbang. Penambahan ini mencerminkan satu pengajaran mudah tetapi penting yang sememangnya diterapkan melalui aktiviti memasak, iaitu merancang lebih awal, membuat pilihan yang teliti dan mengurus bajet secara bertanggungjawab.
Selaras dengan Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan 2026–2030 (NS2.0), elemen ini mengukuhkan amalan praktikal yang boleh diterapkan oleh murid dalam kehidupan seharian, daripada merancang dan membeli barangan dapur hinggalah membuat keputusan kewangan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.

Menerusi MSSCC, MAGGI® telah melatih lebih 350,000 bakat muda Malaysia dariseluruh negara dan menyediakan platform untuk mereka membangunkan kemahiran hidup praktikal melalui aktiviti memasak. Program ini terus mendapat sambutan apabila jumlah penyertaan meningkat lebih dua kali ganda daripada 2,088 murid pada tahun 2025 kepada 4,606 murid pada tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 120% yang mencerminkan relevansinya yang semakin berkembang dalam kalangan sekolah di Malaysia.
Jalinan kerjasama penting bersama Kementerian Pendidikan Malaysia ini menandakan satu lembaran baharu dalam kerjasama antara MSSCC dan MAGGI®, serta komitmen bersama untuk memperluaskan lagi impak positif program ini.
Terbuka kepada semua murid sekolah menengah di Malaysia, pertandingan edisi 2026 memperkenalkan dua kategori berasingan, iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas, bagi membolehkan murid bersaing bersama rakan sebaya dalam kumpulan umur masing-masing. Pertandingan peringkat negeri akan berlangsung di kesemua 16 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, sebelum pasukan terbaik daripada setiap kategori mara ke pertandingan akhir kebangsaan.
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysiaberkata, “Selama hampir tiga dekad, MAGGI® berbangga dapat mendidik dan melengkapkan generasi muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membantu mereka membina keyakinan diri serta kemahiran hidup yang bernilai melalui aktiviti memasak. Jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menandakan satu lembaran baharu yang penting dalam perjalanan ini, sekali gus membolehkan MAGGI® memperluaskan capaian program kepada lebih ramai murid di seluruh negara, selaras dengan komitmen kami untuk terus membantu keluarga memasak, menikmati makanan dan menjalani kehidupan yang lebih baik bersama. Di sebalik penyediaan hidangan, murid turut membangunkan kemahiran praktikal, daripada kerja berpasukan dan disiplin hinggalah kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kemahiran ini penting untuk membantu mereka berjaya di sekolah, di alam pekerjaan dan dalam kehidupan.”
Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura berkata, “Di MAGGI®, kami sentiasa percaya bahawa memasak bukan sekadar menyediakan hidangan. Memasak merupakan satu kemahiran hidup praktikal yang mengajar perancangan, kreativiti, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain. Nilai-nilai inilah yang telah membentuk MSSCC sejak ia diperkenalkan dan terus menjadi panduan kepada perkembangan program ini hingga ke hari ini.”

Bertemakan “Penerus Legasi Citarasa Moden”, pertandingan peringkat negeri tahun ini meraikan murid sebagai generasi pelapis dalam dunia masakan Malaysia yang akan meneruskan kekayaan warisan kulinari negara, sambil mentafsirnya semula agar selari dengan gaya hidup moden.
Pemakanan seimbang kekal menjadi tunjang utama pertandingan. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang MAGGI® untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat, pertandingan ini terus menerapkan konsep Suku-Suku-Separuh yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada kriteria penilaiannya.
Berpandukan prinsip Pinggan Sihat Malaysia, murid mempelajari cara menyediakan hidangan seimbang sambil mengaplikasikan pengetahuan pemakanan melalui pengalaman memasak secara praktikal. Menerusi inisiatif seperti MSSCC, MAGGI® terus menggalakkan amalan memasak dan pemakanan yang lebih sihat untuk dibawa pulang dan diamalkan oleh murid bersama keluarga mereka.
Selain pemakanan, pertandingan ini turut membangunkan asas kemahiran memasak yang praktikal, termasuk teknik penyediaan makanan, keselamatan makanan dan pengetahuan tentang bahan masakan, di samping memupuk kemahiran sepanjang hayat seperti kerja berpasukan, disiplin, daya tahan, kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kemahiran ini membantu murid berkembang bukan sahaja di dapur, tetapi juga di sekolah, di alam pekerjaan dan dalam kehidupan seharian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/pertandingan-memasak-sekolah-menengah-kebangsaan-maggi/
Ketahui lebih banyak acara terkini dan berita yang sedang trending untuk Mama Papa DI SINI!
