Ramai Mama rasa bersyukur bila ada susu banyak, tapi dalam masa yang sama payudara besar pun boleh jadi satu cabaran bila nak susukan bayi. Betul tak, Mama?
Kadang-kadang risau bayi lemas, atau susah nak cari posisi yang selesa sampai bahu dan tangan pun lenguh. Tapi jangan risau payudara besar bukan penghalang untuk berjaya dalam penyusuan.
Mama hanya perlu tahu cara dan posisi yang betul untuk menyusukan bayi dengan lebih mudah dan selesa.
Panduan untuk Mama yang Payudara Besar Susukan Bayi
1. Cari Posisi yang Betul dan Selesa
Mama yang mempunyai payudara besar, pemilihan posisi menyusu sangat penting supaya bayi boleh melekap dengan betul dan Mama pun tak rasa sakit atau lenguh. Kadang-kadang bila payudara berat, susah nak nampak mulut bayi, kan?
Jadi, posisi yang betul boleh bantu banyak bukan saja untuk keselesaan, tapi juga untuk elak masalah seperti puting melecet atau bengkak susu.
Laid-back Breastfeeding

Ini antara posisi paling selesa untuk Mama yang payudaranya besar. Mama cuma perlu baring separa menegak, bersandar atas beberapa bantal. Letakkan bayi atas dada Mama biar dia melekap secara semula jadi.
Dalam posisi ni, graviti akan bantu susu mengalir dengan lancar tanpa perlu Mama menekan payudara. Mama pun boleh bernafas dengan tenang dan rehat sambil menyusu.
Football Hold

Kalau Mama rasa tak selesa menyusu di depan badan, boleh cuba posisi ni. Pegang bayi di sisi badan, kepala bayi sejajar dengan payudara, dan kaki dia menghala ke belakang. Mama boleh gunakan bantal penyusuan untuk sokong bayi supaya tak perlu menampung berat badan dia dengan tangan.
Posisi ni juga sangat sesuai untuk Mama yang bersalin secara C-section sebab tak tekan bahagian perut dan mudah nak kawal arah puting bila payudara besar.
Atau Mama boleh guna posisi lain yang Mama selesa untuk menyusu. Pastikan Mama selesa apabila menyusu dan tidak terlalu membongkok atau menegangkan bahu supaya badan Mama tak cepat letih dan bayi pun selesa untuk menyusu.
2. Pastikan Hidung Bayi Tak Tertutup

Bila payudara besar dan lembut, kadang-kadang payudara boleh “menutupi” hidung bayi tanpa Mama sedar. Bila ini berlaku, bayi mungkin cepat berhenti menyusu atau tak selesa.
Untuk elak situasi ni, Mama boleh guna jari untuk angkat sedikit bahagian atas payudara semasa bayi sedang menyusu. Pastikan dagu bayi menekan payudara, tapi hidungnya bebas untuk bernafas.
Kalau Mama nampak hidung bayi tersembunyi, Mama jangan panik ya ubah posisi dengan perlahan dan pastikan bayi masih lekap dengan betul sebelum teruskan penyusuan.
3. Perhatikan Lekapan (Latching) dengan Betul

Tak kira besar atau kecil payudara, lekapan yang betul tetap jadi kunci utama kejayaan penyusuan. Bila lekapan tak betul, bayi mungkin tak dapat susu dengan cukup walaupun susu banyak. Akibatnya, puting boleh luka dan Mama mula rasa stres.
Antara tanda-tanda lekapan betul:
- Mulut bayi terbuka luas, bibir bawah terlipat keluar.
- Lebih banyak bahagian areola (bahagian gelap sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi.
- Dagu bayi menyentuh payudara, dan hidung bebas.
- Mama boleh dengar bunyi “telan” perlahan — tanda bayi sedang menyusu dengan baik.
Kalau bayi nampak asyik “menggigit” atau puting terasa sakit, hentikan sekejap dan cuba lekapkan semula.
4. Gunakan Sokongan untuk Badan Badan

Payudara besar kadang-kadang buat Mama perlu guna lebih tenaga untuk pegang atau laras posisi bayi.
Jadi, Mama boleh gunakan nursing pillow atau bantal biasa untuk letak di bawah lengan. Dengan cara ni, berat bayi tak sepenuhnya ditanggung oleh tangan Mama.
Kalau Mama duduk, pilih tempat yang stabil contohnya kerusi dengan penyandar dan armrest. Pastikan kaki Mama pun disokong dengan stool kecil supaya lutut tak menegang.
5. Jangan Segan Minta Bantuan Kaunselor Laktasi

Kalau Mama dah cuba pelbagai posisi tapi masih jugak rasa susah, jadi Mama Siti nasihatkan Mama untuk dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi. Kadang-kadang, mereka boleh tunjukkan cara-cara yang kita tak perasan contohnya cara pegang payudara atau ubah sudut lekapan bayi.
Sesi dengan kaunselor ni biasanya tak lama, tapi sangat membantu dalam jangka masa panjang. Mama akan rasa lebih yakin, dan sesi penyusuan pun jadi lebih tenang.
Setiap Mama berbeza bentuk badan dan saiz payudara. Jangan stres kalau awalnya Mama terasa susah. Semua ni boleh dipelajari dengan masa dan kesabaran. Yang penting, Mama dan bayi sama-sama selesa dan tenang setiap kali menyusu.
Ingat, tujuan utama bukan sempurna tapi bahagia. Bila bayi kenyang dan Mama gembira, itulah tanda penyusuan Mama berjaya.
Bersedia Dari Sekarang! Jom Sertai Kelas Antenatal KelabMama!

Menyusu boleh jadi struggle kalau tak tahu cara yang betul. Dalam Kelas Antenatal KelabMama, Mama akan belajar cara lekapkan baby dengan betul, urus bengkak susu, dan tahu apa nak buat bila susu “mogok.” Semuanya akan dikongsi supaya Mama dapat enjoy tempoh penyusuan dengan relax tanpa stres.
Klik di SINI untuk daftar kelas antenatal sekarang, tempat terhad tau!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama nak tahu lebih banyak lagi tentang ilmu penyususan? Klik di SINI.