OncoCare Cancer Centre (OncoCare), salah satu penyedia perkidmatan onkologi swasta terkemuka di Singapura, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan fasiliti antarabangsa pertamanya di Thomson Hospital, Kota Damansara.
Langkah ini merupakan pencapaian penting dalam usaha OncoCare untuk menjadikan rawatan kanser berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh pesakit di seluruh Asia Tenggara.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Dr Tay Miah Hiang dan Dr Peter Ang, OncoCare telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai dalam bidang onkologi, dengan tujuh pusat di Singapura yang menerima lebih daripada 36, 000 kunjungan pesakit setiap tahun.
Pusat ini terkenal dengan pendekatan pelbagai disiplin, menawarkan rawatan inovatif seperti onkologi ketepatan, imunoterapi, dan terapi sasaran, serta sokongan yang penuh prihatin.
“Kami menubuhkan OncoCare dengan visi untuk menyediakan rawatan kanser yang komprehensif dan memberikan keutamaan kepada pesakit. Melebarkan sayap kami ke Malaysia merupakan detik yang amat membanggakan bagi kami, kerana ia membolehkan kami membawa tahap rawatan berkualiti yang sama kepada komuniti yang lebih luas. Kerjasama dengan Hospital Thomson menyediakan platform yang kukuh untuk menawarkan rawatan inovatif dan skongan holistik, memastikan pesakit di Malaysia menerima hasil rawatan yang terbaik,” ujar Dr Tay Miah Hiang, Pengasas OncoCare Cancer Centre Singapura.
Kanser merupakan punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, meningkat daripada 10.5 peratus pada tahun 2021 kepada 12.6 peratus pada tahun 2022, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2023.
Oncocare Malaysia berhasrat untuk merapatkan jurang ini dengan menawarkan rawatan terkini dan program saringan yang menyeluruh, terutamanya untuk kanser payudara, kolorektal, dan paru-paru yang merupakan antara jenis kanser paling lazim di negara ini.
“Majlis pelancaran awal hari ini menandakan satu pencapaian bersejarah, di mana OncoCare membawa kepakarannya ke Malaysia. Misi kami adalah untuk menjadikan rawatan kanser berkualiti tinggi lebih mudah diakses, dengan menggabungkan rawatan inovatif bersama penjagaan berbilang disiplin yang penuh keperihatinan bagi memasktikan hasil terbaik untuk pesakit di Malaysia. Namun, ini hanyalah permulaan, dan kamu teruja untuk terus mencorak masa depan penjagaan onkologi di rantau ini,” kata Dr John Low Seng Hooi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Kanan Klinikal Onkologi OncoCare Cancer Centre Malaysia.
OncoCare komited untuk memanfaatkan teknologi perubatan terkini, termasuk diagnostik molekul generasi baharu dan perancangan rawatan radioterapi berasaskan AI, untuk meningkatkan ketepatan rawatan serta mengurangkan tempoh pemulihan.
Inovasi-inovasi, apabila digabungkan dengan pelan rawatan yang diperibadikan, bertujuan untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit dengan ketara.
Selain itu, pusat ini memberi penekanan kepada pertukaran pengetahuan global dan penyeragaman penjagaan. Mesyuarat lembaga tumor secara berkala menghimpunkan pakar untuk membincangkan kes-kes kompleks, menyemak data diagnostik, dan meneroka pilihan rawatan terbaik.
Pendekatan kolaboratif ini memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang paling berkesan berdasarkan bukti perubatan terkini.
Sempena berlangsungnya pelancaran awal tersebut, satu sesi panel bertajuk ‘Meningkatkan Penjagaan Kanser: Kerjasama Berbilang Disiplin dan Rawatan Inovatif’ telah diadakan, menampilkan pakar onkologi terkemuka OncoCare Malaysia. Perbincangan tersebut memberi penekanan kepada bagaimana kerjasama antara disiplin dan integrasi rawatan inovatif adalah kunci dalam menyediakan penjagaan yang lebih berkesan dan menyeluruh untuk pesakit kanser.
Dr Matin Mellor bin Abdullah, Perunding Kanan Klinikal Onkologi dengan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam merawat pelbagai jenis kanser, berkongsi, “Perancangan rawatan yang diperibadikan dan penjagaan pasca rawatan dapat memberi sokongan yang diperlukan kepada pesakit dan keluarga mereka sepanjang perjalanan rawatan kanser. Dengan perancangan rawatan yang diperibadikan dan penjagaan pasca rawatan, kami dapat memastikan hasil terbaik sambil mengutamakan kualiti hidup pesakit.”
Tambahan lagi, Dr Nur Adila Mokhtar, Perunding Klinikal Onkologi yang pakar dalam kanser payudara pula menekankan, “Pengesanan awal melalui saringan boleh memberi impak besar dalam kejayaan rawatan. Dengan mengesan kanser payudara pada peringkat awal, kami dapat menawarkan pesakit pilihan rawatan yang lebih berkesan dan kurang invasif.”
Pada masa yang sama, Dr Yugarajah Asokumaran, Perunding Onkologi Perubatan yang pakar dalam kanser paru-paru, menambah, “Dengan menggabungkan terapi terkini dan menggalakkan kerjasama erat antara pakar, kami berusaha untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup serta kualiti hidup untuk pesakit kanser paru-paru.”
Manakala itu, Dr Ben Yap Beng Khiong, Perunding Kanan Klinikal Onkologi, menekankan betapa pentingnya ujian klinikal.
“Ujian klinikal membuka peluang kepada kemungkinan baharu, memberi harapan kepada pesakit yang mungkin telah kehabisan pilihan rawatan lain. Ia membolehkan kami untuk terus meneroka saluran rawatan baharu dan meningkatkan hasil rawatan pesakit.”
OncoCare Malaysia bukan sekadar pusat rawatan; ia adalah tempat perlindungan bagi pesakit dan keluarga mereka. Pusat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk kaunseling psikologi, pengurusan kesakitan, dan penjagaan paliatif.
Perkhidmatan ini memastikan setiap pesakit menerima sokongan emosi dan praktikal yang diperlukan untuk meneruskan perjalanan kanser mereka dengan kuat dan berharga.
Pusat baharu ini kini sedang menjalani pengubahsuaian untuk meningkatkan perjalanan rawatan dan pengalaman pesakit, sambil beroperasi sepenuhnya.
Setelah siap, OncoCare Malaysia akan dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini serta suasana yang mesra, direka untuk menyokong pesakit di setiap peringkat perjalanan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari http://oncocare.my/
Apa lagi acara dan berita yang trending sekarang di KelabMama? Klik di SINI.