Sebagai Mama Papa baru, Mama Siti faham menjadi salah satu cabaran terbesar kepada Mama Papa yang menghadapi masalah tidur bayi.
Bagi bayi yang sukar tidur atau sering terjaga di tengah malam boleh menyebabkan keletihan dan tekanan kepada Mama Papa juga.
Puan Uswatun, seorang Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi yang berpengalaman, akan kongsikan beberapa tips praktikal yang boleh membantu Mama Papa untuk mengatasi masalah tidurkan bayi Mama Papa
Dengan kepakaran beliau, Mama Papa boleh memahami lebih baik tentang bahasa tubuh dan isyarat tangisan bayi, serta cara-cara untuk membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.
Setiap bayi mempunyai corak tidur yang berbeza, dan sering kali bayi mengalami kesukaran untuk tidur lena sepanjang malam. Jom baca perkongsian Puan Uswatun apakah tips yang boleh Mama Papa lakukan.
1. Apakah pola tidur biasa yang boleh dijangka pada bayi baru lahir berbanding bayi yang lebih besar?
Perbezaan pola tidur terbesar diantara bayi newborn dan bayi besar adalah bayi newborn tak perlukan susunan jadual waktu tidur yang spesifik.
Bayi newborn (0-3 bulan) hanya perlu ulang corak: tidur > berjaga tak lebih 90 minit > tidur semula, dari pagi sampai ke malam. Ini kerana sistem badan bayi newborn belum mampu hasilkan hormon tidurnya sendiri.
Ini menjadikan mereka tiada jam biologi atau Circadian Rhythm yang stabil, maka tak sesuai untuk Mama Papa secara rigid mensasarkan bayi untuk ikut jadual waktu tidur dan bangun pada waktu-waktu spesifik.
Bayi mula hasilkan hormon tidurnya sendiri mulai usia 12 minggu (tiga bulan) maka jam biologi makin stabil mulai akhir tiga bulan dan ke atas. Itu punca, jadual atau pola tidur yang lebih tersusun dan spesifik sesuai disasar buat bayi lebih besar.
2. Apa masalah tidur yang paling kerap dihadapi oleh bayi, dan apa penyebab utama masalah-masalah ini?
Secara ringkas, masalah tidur terbesar dikalangan bayi newborn adalah sukar ditenangkan ketika mereka menangis akibat letih mahu tidur.
Mama Papa ambil masa lama untuk dapat tenangkan anak dan setelah tenang, tidur anak pula tidak lama terutama sekali bila diletak (dialih dari badan).
Ini berpunca dari Mama Papa tak mahir teknik tenangkan dan tidurkan bayi newborn yang perlukan kaedah spesifik iaitu yang meniru cara rahim.
Buat bayi yang lebih besar pula, isu-isu seperti melawan tidur, susah untuk lelap dan masih terjaga banyak kali pada waktu malam walaupun sudah besar.
Ini berpunca dari sleep hygiene atau kebersihan amalan tidur yang lemah serta tiada skill tidur secara berdikari: terlalu bergantung kepada bantuan Mama Papa atau alat.
3. Kenapa sesetengah bayi sukar tidur sepanjang malam, dan apa yang boleh Mama Papa lakukan untuk membantu?
Buat bayi newborn, Mama Papa perlu mahirkan teknik tenangkan dan tidurkan bayi newborn yang perlukan kaedah spesifik iaitu yang meniru cara rahim untuk atasi anak newborn yang sukar bertenang dan tak lena.
Untuk bayi lebih besar pula, Mama Papa boleh atasi masalah tidur anak dengan ilmu sleep training.
Ilmu sleep training ini merangkumi ilmu-ilmu teknikal tidur seperti susunan jadual tidur, membuang tabiat sleep dependency (bergantung kepada bantuan Mama Papa atau alat yang menyusahkan untuk dapat lelap) serta sedikit ilmu seni menggendalikan kelakuan anak sekitar waktu tidur.
4. Adakah peranan persekitaran tidur (seperti suhu bilik, pencahayaan, dan bunyi) boleh membantu bayi untuk mendapatkan tidur lebih baik?
Ya! Semestinya. Persekitaran bantu merangsang deria manusia untuk merasa lebih rileks dimana ia cetus mood tidur yang diperlukan untuk hadir bagi membantu proses tidur berlaku.
5. Mungkin ada Mama Papa di luar sana belum faham tentang sleeping training lagi-lagi untuk first time’ Mama Papa, boleh Puan terangkan secara ringkas?
Ilmu sleep training ini merangkumi ilmu-ilmu teknikal tidur seperti susunan jadual tidur, langkah demi langkah cara membuang tabiat sleep dependency (bergantung kepada bantuan Mama Papa atau alat yang menyusahkan untuk dapat lelap) serta sedikit ilmu seni menggendalikan kelakuan anak sekitar waktu tidur.
Sleep training tidak akan berjaya jika tak datang bersama ilmu psikologi dan memahami kelakuan anak besar. Ini kerana anak-anak yang telah layak di sleep training adalah anak-anak yang lebih besar dan telah masuk usia toddler.
6. Di usia berapakah Mama Papa boleh mempertimbangkan untuk memulakan latihan tidur ini kepada bayi mereka?
Latihan tidur atau dipanggil sleep training ini boleh dibuat seawal usia empat bulan, jika Mama mahu. Atau, Mama boleh bermula pada bila-bila masa (mulai 4 bulan dan ke atas) bila Mama rasa perlu melakukannya.
7. Adakah latihan tidur adalah idea yang bagus/selamat/disyorkan untuk dilakukan?
Ya, bagus, selamat dan amat disyorkan terutama bila masalah tidur anak mula membuat Mama Papa, anak dan keluarga tak gembira. Ada banyak kaedah sleep training yang terbukti gentle kepada psikologi Mama Papa dan anak.
8. Ada berapakah jenis cara untuk lakukan sleeping training? Apakah perbezaan antara jenis cara tersebut dan mana satu yang lebih sesuai untuk Mama Papa mencubanya dahulu?
Ada banyak kaedah sleep training di dunia. Namun secara umum, ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang gentle dan yang lebih keras.
Gentle atau ‘keras’ itu dibezakan dari sudut seperti Mama Papa dibolehkan mendatangi bayi yang menangis dan bergelut untuk tidur, atau, apakah ada limitasi dalam membolehkan Mama Papa mendatangi bayi misalnya had masa menunggu yang perlu dipatuhi sebelum boleh datang bantu anak ataupun boleh dinilai dari corak tangisan anak.
Mama Papa boleh kaji kaedah yang sesuai dengan jiwa Mama Papa, sendiri kerana Mama Papa lah yang bakal bertindak sebagai pelatih dalam proses sleep training.
Dapatkan maklumat lanjut setiap teknik yang dipertimbangkan dari pelatih tidur kaedah tersebut.
9. Bagaimana cara untuk Mama memulakan sleeping training kepada bayi yang suka mengempeng supaya dia boleh tidur sendiri?
Saya nasihatkan Mama Papa dapatkan ilmu lengkap sleep training kerana ada banyak perincian cara membuat latihan ini yang amat panjang jika mahu dibincangkan disini.
Namun secara ringkas proses sleep training kaedah Sleepsmart iaitu Mama Papa pastikan bantu anak siapkan diri untuk acara tidur seperti menukar lampin dan memastikan anak kenyang.
Jika memastikan anak kenyang itu bermaksud Mama Papa mahu menyusukan anak secara langsung dari dada, pastikan tak benarkan anak menyusu sehingga terlelap.
Segera cabut puting dada sebelum anak masuk fasa mamai. Lebih baik untuk Mama Papa jadikan acara menyusu sebagai acara paling awal dilakukan selepas masuk ke bilik, kemudian diikuti acara lain seperti menukar lampin atau baca doa tidur.
Ini lebih dapat pastikan anak tak akhirnya lelap dengan puting dada ibu didalam mulut. Letak anak yang telah disiapkan untuk tidur ke katil atau tempat tidurnya.
Keluar bilik tinggalkan anak dan datang bantu tenangkan hanya jika anak mula menangis dengan cara membuat bunyi shhh, mengusap atau menepuk anak sekitar minimum 25 saat secara total.
Jika anak masih menangis sepanjang tempoh minimum 25 saat Mama cuba bantu, boleh angkat dan tenangkan anak dengan mendodoi atau berjalan keliling bilik. Mama boleh ulang letak anak yang telah tenang untuk dilatih lagi, jika mahu,.
Atau, jika Mama mahu hentikan latihan pada sesi itu, boleh tidurkan anak secara mengempeng seperti biasa, iaitu setelah anak berjaya tenang, setelah diangkat Mama.
Ulang latihan pada setiap sesi tidur, sepanjang hari. Pastikan tetap bantu anak tenang dengan membuat bunyi shhh, mengusap atau menepuk anak sekitar minimum 25 saat secara total, terlebih dulu, sebelum memberi anak mengempeng bila anak terjaga di tengah malam.
10. Apa nasihat Puan untuk Mama Papa yang baru pertama kali cuba sleeping training dan menghadapi kesukaran untuk melatihnya?
Dapatkan ilmu lengkap teknik yang dipertimbangkan untuk dibuat dan pastikan telah faham sepenuhnya termasuk dapatkan jawapan tentang apa juga kegusaran atau hal yang ganggu fikiran Mama Papa .
Percayalah, bila hati dan fikiran jelas, lebih mudah Mama Papa yakin melaksanakan latihan. Hanya tinggal nak cabar diri sendiri untuk bermula dan selesaikan latihan sahaja.
Mama Papa juga boleh mengikuti beliau di Instagram dan TikTok untuk mendapatkan lebih banyak tips dan nasihat berguna mengenai penjagaan bayi dan mengatasi masalah tidur.
Seperti yang Puan Uswatun nasihatkan, mengatasi masalah tidur bayi mungkin memerlukan sedikit masa dan kesabaran, tetapi dengan pendekatan yang betul, ia boleh dicapai, sekaligus memberi Mama Papa peluang untuk berehat dengan lebih baik.
Selamat Mencuba Mama Papa!
Mama Papa nak tahu apa lagi perkembangan tentang bayi? Klik di SINI.