Ia adalah etika profesional untuk memberitahu majikan anda sedang hamil. Ini untuk memudahkan hari akan datang bila anda merancang untuk mengambil cuti bersalin, dan mana-mana cuti tanpa gaji yang anda ingin gunakan. Ini bergantung kepada sebarang polisi syarikat, amalan biasa dalam organisasi atau industri di mana anda bekerja. Jika anda tidak pasti mengenai amalan biasa di tempat kerja anda, semaklah buku panduan pekerja atau periksa dengan Bahagian Sumber Manusia atau wakil kesatuan sekerja.
- Begitu juga jika ada temujanji dengan doktor berhubung dengan kandungan anda, bergantung kepada terma dan syarat perjanjian atau kontrak pekerjaan, majikan anda mungkin akan membenarkan atau tidak anda keluar untuk temu janji pranatal. Jika penyelia anda begitu berkira dengan waktu bekerja, anda mungkin terpaksa berjumpa doktor anda hanya pada hari Sabtu atau semasa waktu rehat tengahari.
- Sesetengah syarikat begitu menyokong para pekerja yang bakal menjadi ibu bapa. Dalam syarikat sebegini, bahagian sumber manusianya akan memastikan anda diberi perkhidmatan yang meringankan tekanan anda semasa hamil dan membantu anda menyesuaikan diri dengan peranan baru anda sebagai ibu selepas bersalin. Bacalah kontrak anda dengan teliti. Anda mungkin mempunyai skim kontrak di tempat kerja yang memberikan anda lebih hak dan manfaat tambahan daripada pakej asas yang diperuntukan oleh undang-undang.
- Tetapi dalam sesetengah syarikat yang lain pula, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai prejudis mengenai wanita hamil di tempat kerja. Ramai wanita yang merasakan bahawa mereka terpaksa membuktikan yang mereka adalah pekerja yang berdaya saing walaupun semasa hamil, dan akhirnya mereka terpaksa bekerja lebih keras daripada sebelum mereka hamil. Sesetengah wanita mendapati ketua mereka berasa kecewa, malah marah, apabila mengetahui mereka hamil. Oleh itu, pastikan anda benar-benar maklum mengenai hak-hak anda, bertenang, dan tangani isu ini sama seperti anda menangani isu-isu profesional yang lain.
Sumber: Internet