Malaysia sedang mengalami lonjakan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang membimbangkan, dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 99,601 kes setakat Minggu ke-17.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 266% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pakar Pediatrik Am
Dengan kanak-kanak kecil paling terdedah, ibu bapa di seluruh negara sedang mencari langkah praktikal untuk melindungi keluarga daripada penyakit yang sangat mudah berjangkit ini.
Kenapa Kes HFMD Meningkat?
Dr. Ch’ng Tong Wei, Pakar Pediatrik Am di Pusat Perubatan Sunway, berkongsi beberapa faktor peningkatan.
“HFMD cenderung memuncak selepas musim panas Mac–April dan awal musim hujan monsun barat daya,” jelas beliau. “Cuaca panas dan lembap membolehkan virus bertahan lebih lama pada tangan, mainan dan permukaan.”
Keadaan sesak di taska dan tadika turut menyumbang kepada penularan, terutamanya kerana kanak-kanak kecil sering memasukkan tangan dan mainan ke dalam mulut.
Dr. Ch’ng turut menambah, “Penjarakan sosial semasa era Covid menyebabkan kanak-kanak kurang terdedah kepada virus. Bila kehidupan kembali normal, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada jangkitan.”
Siapa Paling Berisiko?

Kanak-kanak bawah enam tahun merangkumi sekitar 80% kes HFMD di Malaysia, dan mereka yang berumur satu hingga tiga tahun paling berisiko kerana sistem imun yang masih lemah serta tabiat memasukkan tangan ke mulut.
Kebanyakan simptom HFMD adalah ringan – demam, ulser mulut dan lepuh – dan sembuh dalam 3 hingga 7 hari. Namun komplikasi seperti dehidrasi atau, dalam kes jarang, meningitis virus boleh berlaku. Dr. Ch’ng menasihatkan, “Jika anak anda mengalami demam tinggi, sawan, leher kaku atau sukar bernafas, segera dapatkan rawatan kecemasan.”
Bagaimana HFMD Berjangkit di Rumah dan Sekolah

HFMD merebak melalui air liur, hingus, cecair lepuh, najis, dan permukaan yang tercemar. Dalam persekitaran panas dan lembap, virus boleh hidup selama beberapa hari, menjadikan kawasan sentuhan tinggi di rumah dan pusat jagaan sangat berisiko.
Kawasan risiko di rumah termasuk:
- Mainan plastik dan patung lembut
- Meja makan dan kerusi tinggi
- Pemegang tandas dan singki bilik air
- Peranti elektronik seperti skrin tablet
Di pusat jagaan kanak-kanak::
- Alatan seni dan buku yang dikongsi
- Tikar permainan dan pancuran air
Pencegahan Bermula di Rumah: Tip untuk Ibu Bapa

Lindungi anak anda dengan amalan mudah tetapi konsisten. Dr. Ch’ng mencadangkan asas-asas berikut:
- Cuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun selepas menukar lampin, ke tandas dan sebelum makan.
- Sistem giliran mainan: asingkan antara mainan bersih dan telah digunakan; nyahkuman sebelum digunakan semula.
- Bersihkan permukaan sentuhan tinggi seperti tombol pintu setiap hari.
- Pastikan rumah berventilasi baik untuk kurangkan beban virus.
- Asingkan anak yang sakit dan elakkan perjumpaan atau bermain dengan adik-beradik lain.
Ibu bapa juga digalakkan mengamalkan kebersihan berterusan seperti memotong kuku anak dan mengelakkan tabiat menggigit kuku atau menghisap jari.
Membina Rumah yang Lebih Selamat

Walaupun rumah dibersih dengan kerap, tidak semua permukaan dapat dibersihkan sepenuhnya. Oleh itu, ramai ibu bapa kini memilih penyelesaian jangka panjang.
Cat dalaman Nippon Paint VirusGuard dan siri Spot-Less Plus direka untuk membantu mengurangkan penyebaran virus. Siri Spot-Less Plus menggunakan Teknologi Ion Perak untuk menghalang virus dan bakteria, Teknologi AirGuard untuk menyerap formaldehid, Teknologi Colour Care untuk warna tahan lama, dan Teknologi Anti-Noda yang mudah dicuci.
Sementara itu, VirusGuard adalah cat rendah VOC yang memberikan perlindungan anti-virus. Ia 99.9% berkesan terhadap SARS-CoV-2, H1N1, HFMD, dan Coxsackievirus A16 serta tahan bakteria dan kulat dengan kebolehbasuhan yang tinggi.
Ibu Bapa Proaktif, Anak Lebih Terlindung
Walaupun lonjakan kes membimbangkan, langkah pencegahan awal sangat berkesan. Seperti kata Dr. Ch’ng, “Kebanyakan kes HFMD adalah ringan, tetapi pencegahan awal sangat penting.”
Dengan amalan kebersihan yang baik serta pilihan cat yang bijak, ibu bapa boleh mencipta persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk anak.
Musim ini, mari warnai rumah dengan kasih sayang dan perlindungan. Untuk maklumat lanjut tentang VirusGuard dan Spot-Less Plus, layari: https://www.nipponpaint.com.my/
Ketahui lebih banyak info berguna dan inspirasi untuk Mama di KelabMama. Klik di SINI.