Salah satu persiapan yang perlu ada dalam meraikan kelahiran anak kita adalah dengan katil baby. Katil si manja yang terbaik mestilah dinilai berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan. Mahu itu dari segi fungsi atau nilai estetik.
Artikel kali ini, Mama Siti tidak sabar ingin berkongsi 11 katil baby terbaik dari yang tradisional hinggalah moden.
Semuanya ada Mama Siti ceritakan dalam perkongsian kali ini tau Mamai. Ayuh lihat lebih lagi apakah ciri-ciri yang ditawarkan.
11 Katil Baby Yang Perlu Mama Pertimbangkan Untuk Si Manja Kesayangan
#1 Sweet Heart Paris Model WCT138
Siapalah yang tidak gembira kalau katil baby boleh dijadikan buaian dengan hanya mengubah posisi rodanya sahaja. Itulah tawaran menarik dari jenama ini yang sesuai digunakan sehingga bayi berusia enam tahun.
Selain itu, bahan binaan katil yang diperbuat daripada kayu pain (pine wood) ini mempunyai ketinggian boleh laras sehingga tiga aras berbeza. Ciri-ciri ini bermanfaat ketika anak Mama sudah mula membesar nanti.
Dapatkannya di SINI.
#2 Sweet Heart Paris Model WCT108
Katil Sweet Heart Parisini sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga berumur 3 tahun. Namun begitu dengan ciri-ciri pengubahsuaian, ianya boleh dijadikan sebagai meja belajar apabila anak masuk ke sekolah rendah nanti.
Tambahan pula, rekaan katil si manja dari jenama ini mementingkan aspek keselamatan bayi kerana tiada satu pun bahagian hujung kayu yang tajam.
#3 Sweet Heart Paris Foldable Baby Bed SCT200
Sesuai dengan namanya, katil baby ini boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana-mana. Setiap pembelian akan didatangkan dengan kelambu agar bayi sentiasa berada dalam keadaan selamat dari gigitan nyamuk.
Di kedua-dua bahagian sisi katil ini terdapat kain mesh (mesh fabric) untuk pengudaraan yang memastikan bayi kekal selesa ketika suhu panas.
#4 Joie Roomie Glide Crib
Mama mesti bimbang apa-apa akan berlaku ketika anak tidur di waktu malam. Seboleh-bolehnya, kita ingin sentiasa dengan dengan bayi walaupun ketika tidur.
Katil baby yang satu ini mempunyai 11 pelarasan ketinggian supaya boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis katil dewasa.
Keempat-empat rodanya mempunyai putaran 360° supaya mudah dikunci dan digerakkan. Lebih lagi, tingkap jejaringnya pula lebih lebar berbanding saiz biasa. Manakala fabrik tilam dan katilnya boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh.
Dapatkannya di SINI.
#5 Royal Kiddy London 3 in 1 Night Angel
Ciri-ciri yang Mama Siti sukakan pada katil ini ialah bahagian rodanya boleh ditukar kepada pelapik anti gelincir dengan beberapa langkah mudah. Dikatakan sebagai katil si manja 3 dalam satu adalah kerana ia berfungsi dalam tiga cara.
- Katil Bayi
- Katil Sisi
- Buaian
Mama tak akan rugi jika mendapatkan satu set katil ini untuk anak kesayangan Mama kerana ketahanannya menjangkau sehingga berat bayi sehingga 20kg.
Saiznya yang kompak memang senang dimasukkan ke dalam beg penyimpanan yang diberikan secara percuma.
#6 Chicco Next2me Forever Crib
Katil dari Chicco ini ialah pelaburan terbaik yang Mama Siti rasakan pada ketika ini disebabkan tempoh penggunaan optimum yang ditawarkan.
Apabila Mama meleraikan komponen kaki katil, sekelip mata ia berubah menjadi playpen buat anak-anak.
Seterusnya, katil Next2me ini juga boleh dicondongkan untuk mengurangkan risiko anak tersedak atau hidung tersumbat.
#7 Luxury Round Ivory White
Sekilas pandang, sudah terserlah nilai kemewahan katil baby ini. Rekaan hujung bujur mengurangkan risiko terhantuk di bucu yang tajam. Pemilihan bahannya pula bukan calang-calang, ia diperbuat dari kayu berkualiti tinggi dengan lapisan cat tanpa bau.
Satu lagi perkara yang menarik hati Mama Siti ialah apabila katil ini boleh dipisahkan kepada 3 bahagian berbeza iaitu 2 kerusi dan satu meja. Ia juga boleh dipakai sehingga usia si manja 2 tahun.
#8 Chicco Close To You
Buaian elektronik yang satu ini dilengkapkan dengan lampu malam dan lagu pengantar tidur (lullaby) dan mod getaran. Tidak cuma itu, ciri-ciri katil ini diteruskan dengan fabrik berzip.
Ini bermakna kain linennya boleh dibuka dan dibasuh untuk menjaga kebersihan bayi.
Satu lagi yang menarik untuk dikongsikan ialah, katil Close To You dari Chicco boleh diubah menjadi meja tukar lampin (changing table). Ia boleh digunakan sehingga berat bayi mencecah 15.9kg.
Dapatkannya di SINI.
#9 Katil Baby Jenis Rotan
Apa yang memikat hati Mama Siti ialah dari sumber bahannya yang diperbuat dari rotan. Tambahan pula, rekaannya cukup klasik. Sama seperti katil baby yang ada dalam filem-filem lama.
Seterusnya, tilam yang disertakan dengan katil ini tidak tidak terlalu lembut atau keras. Ditambah pula dengan lapisan kain kapas di sekeliling katil baby ini, memberikan rasa nyaman terhadap tidur si manja.
#10 FDS Solid Wood DIY Baby Bed Cot
Kredit gambar: Lazada
Katil jenama ini bermanfaat untuk jangka masa panjang. Pertamanya, kekuatan kayu katil ini mampu menampung berat sehingga 100kg.
Ketika bayi masih kecil, katil baby ini boleh disambungkan dengan katil Mama dan apabila anak semakin besar, Mama boleh meletakkannya di bilik asing supaya dapat dijadikan katil peribadi anak.
Mama sangat yakin, Mama mesti mencari sesuatu produk yang selamat untuk anak-anak bukan? Ini ialah pilihan yang terbaik kerana katil ini tidak dilapisi sebarang cat, pelarut dan formaldehid.
#11 Luxury Round Ivory white Natural Baby Wooden Crib Multifunction Baby Cot * Full Set
Bagi mereka yang mempunyai bajet yang mencukupi, bolehlah invest dalam katil si manja jenama ini.
Ia didatangi lengkap dengan set katil, tilam bulat, selimut dan juga kelambu yang cantik melitupi katil si manja. Rekaannya yang minimalis tetapi sangat cantik, menambahkan nilai estetik bilik si manja Mama nanti.
Dapatkannya di SINI.
Misi mencari katil baby terbaik mestilah dimulakan daripada fungsinya dahulu. Diikuti dengan ciri-ciri keselamatan, reka bentuk dan kelebihan setiap satunya.
Apa yang penting, sesuaikan dengan bajet masing-masing. Begitu juga dengan kebolehcapaian (accessibility) sesebuah katil di rumah Mama – adakah ianya mudah untuk digunakan atau tidak.
Lihat keperluan si manja yang lain di SINI.