Mama mengandung perlu tahu! Bukan setakat scan dating dan scan gender bayi je yang Mama kena lakukan. Sebenarnya ada beberapa jenis scan yang lain yang Mama Papa perlu tahu.
Scan ni untuk Mama Papa tahu perkembangan dan kesihatan bayi semasa dalam kandungan Mama. Untuk memudahkan doktor check sekiranya bayi ada masalah kesihatan di awal kandungan.
Scan yang dilakukan selalunya akan mengambil masa sekurangnya 30 minit je. Jom Mama, kita tengok jenis scan apa yang Mama perlu lakukan time mengandung.
Jenis-jenis Scan Semasa Mengandung
1. Scan Dating
Sesuai untuk dilakukan di antara enam hingga lapan minggu semasa Mama mengandung. Scan pertama ni dibuat bila Mama dapati test air kencing mengandung (UPT) positif. Scan ini akan dilakukan oleh doktor atau sonographer.
Tujuan scan dating ni untuk Mama tahu usia kandungan Mama dengan tepat, mengira tarikh dijangka Mama bersalin dan tumbesaran bayi.
Selain tu, dapat check bilangan janin Mama, sama ada sorang atau kembar. Oh ye, scan dating ni dilakukan untuk memastikan kandungan Mama berada di dalam rahim bukan kandungan luar rahim.
2. Nuchal Translucency (NT Scan)
Pemeriksaan Nuchal Translucency (NT Scan) ni salah satu cara untuk mengesan kelainan genetik pada janin. Fungsi utamanya untuk menilai kemungkinan Sindrom Down pada bayi.
NT Scan ni Mama hanya boleh lakukan dalam tempoh 11 minggu hingga 13 minggu dan jugak enam hari kehamilan. Selepas kandungan Mama berusia 15 minggu, cecair ni akan jadikan kulit dan janin yang bermasalah tak boleh nak dibezakan lagi.
Ada tiga jenis kelainan genetik yang dapat detect melalui NT Scan oleh doktor:
- Down Syndrome
- Patau Syndrome
- Edward Syndrome
NT Scan ni akan mengukurkan ketebalan cecair dibelakang leher janin dalam kandungan Mama.
Mama jangan risau hanya sonographer atau doktor yang terlatih dan pengalaman je yang dapat mengukur cecair ni sebab ukuran yang diambil pada sudut tertentu je dan ukurannya pun sangat kecik.
Selepas NT Scan dilakukan dan didapati bayi mengalami keabnormalan, ujian darah pula perlu dilakukan dengan mengambil sampel darah Mama iaitu Triple Test dan Non Invasive Chromosome Check (NICC).
Ketiga scan ni dilakukan screening test dan ia jugak hanya berikan keputusan dalam pengesanan awal. Walaupun ujian ketiga test ni detect keabnormalan, Mama disarankan untuk berbincang dan kemungkinan perlu lakukan ujian amnicocentesis pula.
Detect awal ni penting tau Mama Papa untuk tentukan plan seterusnya. Selain tu, scan ni dapat berikan maklumat penting mengenai tumbesaran bayi.
3. Growth Scan
Hasil growth scan atau perkembangan baby akan dilakukan pada trimester kedua, baby 22 minggu Mama Papa dapat tengok kedudukan kepala, degupan jantung (ukuran degupan jantung baby), kedudukan uri dan jumlah air ketuban.
Selain dari tu, doktor jugak akan buat ukuran perkembangan ukur lilit yang bermula dari kepala baby, bahagian addomen dan ukuran bahagian tulang femur (tulang kaki).
Untuk baby yang 20 minggu hingga 30 minggu doktor akan check sekali dengan jantina baby. Dan daripada ukuran perkembangan, doktor dapat estimate berapa berat baby.
Growth scan ni akan dilakukan pada trimester kedua. Dalam scan ni Mama Papa boleh melihat perkembangan janin sesuai dengan usia kandungan dan mengukur berat bayi. Mama Papa boleh mula buat growth scan ni dari 16 minggu keatas, sebab sudah mula nampak jantina bayi.
Selain tu, growth scan ni boleh melihat pertumbuhan bayi jugak seperti tangan, kaki, kepala dan badan yang akan terbentuk sempurna.
4. Detail Scan
Detail scan atau fetal anomaly scan selalunya dilakukan time trimester kedua. Scan ini dilakukan untuk tahu tumbesaran bayi. Scan ni pun boleh mengesan kecacatan pada organ bayi.
Waktu yang paling ideal untuk Mama lakukan detail scan ni antara 18 hingga 24 minggu. Time ni bayi berada dalam saiz yang sesuai untuk meneliti keseluruhan kepala dan badannya.
Details scan ni pemerhatiannya lebih terperinci dengan menggunakan 2D ultrasound:
- Kepala – saiz otak, ruang dalam otak dan tulang tengkorak.
- Muka – bentuk dan tulang muka, hidung dan jugak langit-langit.
- Jantung – kedudukan jantung, saiz “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap dan beberapa salur darah utama.
- Diaphragm – otot diantara bahagian dada dan abdomen.
- Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
- Tulang belakang
- Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
- Jantina bayi
- Tali pusat
- Keadaan serviks Mama
- Kedudukan uri sama ada normal atau uri rendah
- Amaun air ketuban – untuk pastikan ia cukup untuk menampung tumbesaran bayi sepanjang dalam rahim.
5. Scan 3D/4D/5D
Kebiasaan Mama yang lakukan scan 3D/4D/5D ni untuk kepuasaan Mama Papa untuk melihat wajah atau badan bayi dengan lebih jelas. Pada minggu ke 24 minggu hingga 38 minggu sesuai untuk Mama Papa lakukan 3D/4D/5D.
Scan ni dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti maternal habitus (gemuk atau kurus), posisi bayi ketika scan, kandungan air ketuban dan usia kandungan. Selalunya scan 3D/4D/5D ni digunakan oleh doktor pakar fetomaternal yang terlatih je.
- Scan 3D – tak bergerak (gambar), imej warna kekuningan
- Scan 4D – bergerak (video), imej warna kekuningan
- Scan 5D – bergerak (gambar), imej warna pink
Secara umumnya, scan ni hanya untuk perlihatkan bayi Mama dari segi luaran je. Jadi, time scan akan nampak lah gambaran muka bayi Mama Papa yang comel dan jantinanya bayi juga.
Tetapi scan 3D dan 4D ni tak akan nampak organ dalaman bayi, untuk tengok kecacatan seperti cacat otak, jantung berlubang, usus tersumbat dan masalah buah pinggang tak dapat detect.
Jadi, scan ni tak banyak membantu doktor untuk mengesan kecacatan yang bayi alami. Scan ni akan berikan gambar muka bayi dengan jelas untuk Mama Papa simpan dijadikan sebagi kenangan.
Kalau Mama Papa ada bajet yang lebih boleh lah buat scan ni.
6. Scan Jantina Bayi
Masa yang terbaik untuk mama Papa lakukan scan jantina bayi ni antara 18 hingga 20 minggu. Tetapi scan ni bergantung jugak kepada kemahiran doktor yang melakukannya, mesin ultrasound digunakan, dan posisi bayi dalam rahim.
Pada usia 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan mjadi lebih jelas dan mudah untuk dikesan kerana cecair ketuban yang banyak.
Jantina bayi lebih mudah detect bila kedudukan tapak kakinya di tengah kelengkangnya, sebab ia melindungi alat kelamin bayi Mama Papa.
7. Non-Stress Test (NST)
Pemeriksaan Tanpa Tekanan atau lebih dikenali sebagai Non-Stress Test (NST) salah satu daripada ujian atau scan yang dilakukan oleh Mama mengandung. Rutin ni melakukan ultrasound pada kandungan Mama.
NST ni biasanya dilakukan bila tarikh dah hampir dengan due Mama ataupun Mama yang ada komplikasi time mengandung.
Tujuan NST dilakukan untuk berikan maklumat tentang bekalan oksigen bayi dengan kadar denyutan dan bagaimana ia respons dekat pergerakan bayi. NST pun bantu untuk pastikan bayi dalam kandungan Mama sihat dan dapat bekalan oksigen yang cukup.
Jadi Mama Papa tak perlu risau, test ni akan rekod semua aktiviti bayi Mama Papa secara nature dalam kandungan dan nilai kereaktifan degupan jantung bayi.
Jadi, Mama dah tahu kan jenis scan apa yang Mama patut lakukan bila Mama mengandung. Ada scan yang Mama boleh lakukan di klinik kerajaan dan ada yang Mama perlu lakukan di klinik swasta.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama Papa dapatkan lebih banyak infomasi tentang kehamilan di SINI.