Bila first day sekolah ni bukan anak-anak je yang excited, Mama Papa pun excited sekali nak hantar anak ke sekolah. Selain tu, tak nak terlepas peluang untuk ambil gambar dan merekod video anak-anak sebagai memori.
Tambah lagi sekarang menjadi trend Mama Papa upload gambar mereka memakai uniform sekolah time hantar anak ke sekolah untuk post gambar mereka di media sosial.
Tapi dalam tak sedar bahaya tau tindakan ni Mama Papa! Boleh je Mama Papa nak upload tapi Mama Papa kena alert beberapa perkara penting untuk menjaga keselamatan dan privasi anak-anak.
Senarai “Dos & Don’ts” Sebelum & Semasa Hantar Anak ke Sekolah
1. Buat Safe Words antara Mama Papa dengan Anak-anak
Untuk keselamatan anak-anak, Mama Papa buatkan satu safe word atau code word untuk anak-anak. Safe word ni pun boleh digunakan bila ada orang lain yang akan ambil anak-anak di sekolah ketika Mama Papa busy.
Jadi, anak-anak tak akan keliru dan mengikut sesiapa yang menjemput mereka sekiranya safe word digunakan kepada mereka dan memahami maksud tersebut.
Ini untuk elakkan penculikan juga, dan anak-anak pun tak akan ikut orang tersebut sekiranya mereka tidak menyebut safe word yang diberikan.
Contoh safe words dalam bahasa English:
- superman
- harry potter
- star wars
- daddy princess
- bestie mummy
Contoh safe words dalam bahasa Melayu:
- “Ikan makan apa”
- “Pelangi ada berapa warna”
- “Nak makan nasi ayam atau pasta”
2. Lock Aplikasi Telefon Mama Papa
Ini pun Mama Papa perlu buat jugak! Mama Siti rasa ini salah satu cara untuk pastikan anak main telefon dan cuba upload yang tak sepatutnya ditunjukkan.
Kadang-kadang anak ni suka sangat bukak telefon tanpa kebenaran Mama Papa jadi untuk elakkan situasi ni berlaku adalah dengan lock skrin dan aplikasi telefon Mama Papa. Nanti bila Mama Papa buat macama ni, anak-anak tak akan main telefon sesuka hati mereka tanpa perlu minta izin dulu.
Selain lock skrin telefon, Mama Papa pun boleh jugak dowload apps yang boleh lock apps jugak tau. Macam Mama Papa nak lock apps WhatsApp dan Facebook untuk elakkan mereka bukanya dan upload yang bukan-bukan.
Oh ye, ada satu apps yang Mama Papa boleh gunakan untuk lock apps yang Mama Papa tak nak anak-anak bukanya.
3. Cara Guna Public Phone dan Nombor Telefon untuk Kecemasan
Mama Papa perlu ajarkan kepada anak-anak untuk menggunakan public phone dan ingat nombor telefon sekiranya ada berlaku kecemasan. Sama ada nombor Mama Papa atau ahli keluarga lain.
Kalau boleh Mama Papa pastikan anak tahu sekiranya nombor telefon Mama Papa tak dapat dihubungi, anak-anak tahu nombor talian kecemasan seperti 999.
Atau Mama Papa boleh letakkan tulis nombor telefon dalam nota kecik untuk anak-anak jadi dapat memudahkan mereka untuk menghubingi sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.
Satu lagi, ajarkan anak-anak berani untuk meminta tolong orang sekeliling sekiranya mereka diancam oleh orang yang mereka tak kenali.
4. Jangan Reveal Nama Sekolah
Kalau anak yang nak masuk taska atau tahun satu lagi lah Mama Papa sangat excited nak kongsi gambar dan maklumat mereka di media sosial.
Tapi Mama Papa tak tahu mungkin ada mata-mata yang sedang memerhati gambar dan maklumat yang Mama Papa kongsikan tu. Kalau Mama Papa hantar private school pun kalau boleh kaburkan sedikit seragam mereka.
- Nama dan maklumat peribadi anak-anak.
- Nama kelas dan maklumat sekolah anak.
- Lokasi sekolah anak-anak.
- Lokasi Mama Papa menunggu anak-anak ketika pulang ke sekolah.
- Gambar seragam sekolah berlengkap lencana.
Boleh je Mama Papa nak ambil gambar lepas tu upload di media sosial tapi sebelum Mama Papa upload make sure kaburkan dulu lencana sekolah dan nama sekolah.
Oh ye, suka untuk Mama Siti ingatkan satu lagi dekat Mama Papa untuk tak gunakan bas dan van sekolah haram. Walaupun ini memudahkan dan menjimatkan kos perbelanjaan Mama Papa tetapi keselamatan anak perlulah Mama Papa utamakan.
Walaupun akaun media sosial Mama Papa private tapi masih lagi bahaya sekiranya akaun tersebut di scam atau seseorang yang berniat buruk terhadap keluarga Mama Papa.
Hati-hati Mama Papa dalam excited nak jadikan memori keselamatan anak perlu diutamakan juga!
Mama Papa sudah boleh mula mendaftar anak Tahun Satu sesi 2025/2026 di SINI.