Dalam perjalanan kita ingin melancarkan proses pertunangan, kita perlu ingat satu perkara penting iaitu dengan membaca doa ketika di majlis pertunangan.
Di sebalik indahnya hiasan hantaran, busana kedua pasangan dan kemeriahan majlis, ingatkan diri dan orang sekeliling untuk memohon dan bersyukur kepada Allah SWT. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah agar Allah memberkati dan merahmati majlis pertunangan tersebut.
Artikel kali ini, Mama Siti akan lampirkan tiga doa majlis pertunangan dalam rumi dan bahasa arab yang sesuai dibacakan di majlis tersebut.
Kepentingan Membaca Doa Di Dalam Majlis
Membaca doa di majlis pertunangan adalah sebagai lambang ketakwaan seseorang dan kerendahan hati kepada Allah.
Seterusnya, kita memohon agar diberikan petunjuk dan perlindungan sepanjang proses pertunangan. Semasa bertunang, kita mungkin akan melalui ujian yang kadang-kala menggugat hubungan tersebut.
Semoga dengan berdoa, Allah sentiasa memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Akhir sekali, doa ialah penghubung paling kuat antara manusia dan tuhan. Banyakkan berdoa agar hati kita menjadi tenteram sebagaimana yang ada dalam Surah Ra’du ayat 28
Doa-Doa Majlis Pertunangan
Doa Majlis Pertunangan #1
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami,
Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa-Jiwa Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi.
Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi,
Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmat Mu Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu.
Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah
Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Ya Allah, Berkatilah Majlis Pertunangan Ini, Limpahkanlah Barakah
Dan Rahmat Kepada pasangan Ini, Teguhkanlah hati dan keimanan mereka terhadapMu ya Allah.
Peliharalah mereka daripada hasutan dan gangguan syaitan.
Kekalkanlah ikatan pertunangan Mereka sehingga hari perkahwinan.
Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat
Kepada Pasangan ini Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan,
Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua pasangan Ini Seperti Engkau
Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau
Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi
Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua Dalam Kebaikan
Doa Majlis Pertunangan #2
Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkatMu atas ikatan pertunangan ini, dan bimbinglah kedua saudara kami ini dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan memperoleh kebaikanMu yang berlimpah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sumber segala cinta kasih, karena ihsanMu. Kini mereka memohon rahmat Mu memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejatimu Ya Allah.
Kami memuji Engkau ya Allah, kerana dengan pengharapan yang lembut dan mendalam, Engkau menggerakkan hati dan merancangkan pertunangan antara ( .. dengan .. )
Kami mohon, perkuatkanlah hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, sehingga dengan aman sentosa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.
Ya Allah, Jadikan bagi mereka jodoh yang serasi, saling mengasihi saling menyayangi dalam rahmat dan kasih sayangMu.
Jauhkanlah mereka daripada kemaksiatan, kebencian, kemarahan, kecurigaan dari hati masing masing.
Jadikan mereka dalam naungan rahmat dan kasih sayangMu, Lindungilah hubungan mereka dari campur tangan dan gangguan kejahatan syaitan, jin dan manusia yang menimbulkan perpecahan, kemarahan dan kebencian diantara sesama mereka.
Ya Allah limpahkanlah rezeki yang halal lagi banyak kepada kami, sehingga kami dapat menolong agamamu ya Allah, jauhkanlah kami daripada kefakiran dan malapetaka.
Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah , Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa.
Doa Majlis Pertunangan #3
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده. اللهم يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك. اللهم صل على محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات فى الحياة وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا برحمتك يا أرحم الراحمين. الله إنا نسألك بأنا نشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوًا أحد. اللهم لا إله إلا أنت المنان بديع السموات والأرض ذو الجلال والإكرام. اللهم إنا نسألك دوام البركة لهذا المجلس وأن تجعل المخطوبة والخطيب في حفظك وكنفك إلى يوم الزواج. اللهم بارك لهما فى زواجهما القادم. واجعل جمعهما مفعما بكل خير. وألق المحبة والمودة بينهما, وارزقهما ذرية صالحة طيبة تدخل السعادة إلى قلبيهما وارزقهما برها، إن كل ذلك عليك يسير. اللهم أصلح ذات بينهما، وأصلح بينهما وبين أحبابهما واجعل الحياة زيادة لهما في كل خير يسر لهما سبل الخير لبناء أسرة مباركة برحمتك يا أرحم الراحمين .. اللهم الف بين قلبها وقلبه كما ألفت بين قلوب عبادك الصالحين.. واجمع شملهما ولا تفرق بينهما اللهم يسر لهما جميع الأمور ووفقهما لما تحبه وترضاه.. اللهم اجعلها قرة عين لزوجها واجعله قرة عين لها ووثق اللهم رابطتهما وأدم ودهما واشرح صدريهما بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واملئها بنورك الذي لا يخبو إنك نعم المولى ونعم النصير.
Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkatMu atas lambang cinta ini dan bimbinglah kedua saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan mengalami kebaikanMu yang berlimpah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sumber segala cinta kasih, karena ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmat Mu untuk memasuki masa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang Perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga oleh masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejati.
Ya Allah , kasih setiaMu berlimpah bagi kami. Engkau menganugerahkan Hawa kepada Adam sebagai penghibur dan teman berbagi suka duka kehidupan, sesuai ciri peribadinya, dan setia sepanjang hidup. Perkenanlah memberkati kedua cincin ini, lambang niat suci, hati yang jujur, dan kasih yang murni, agar saudara-saudari kami yang memakainya selama tempoh pertunangan, saling belajar mengenal, dijauhkan dari hawa nafsu tak teratur, membangun persaudaraan yang suci murni, sehingga terlaksanalah pembangunan peribadi yang saling mengisi, saling melengkapi satu sama lain. Apalagi semoga tercapailah cita-cita mereka membangun keluarga yang bahagia, sumber kebahagiaan dan penghiburan.
Kami memuji Engkau, ya Tuhan, sebab dengan pengharapan yang lembut Engkau menggerakkan hati dan menyiapkan puteraMu ….. (nama) dan puteriMu …. (nama) untuk saling mencintai. Kami mohon, sudilah menguatkan hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, dan dalam segala hal berusaha berkenan kepadaMu, sehingga dengan aman sentausa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.
Risiko Tidak Berdoa
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,
“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah Ta‘ala di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Penjelasan dari hadis diatas ialah dikhuatiri majlis yang tidak dibacakan doa dan disebutkan nama Allah dan Rasulullah SAW di dalam akan mendapat keburukan.
Kita bimbang majlis pertunangan yang tidak di dimulakan dan di tutup dengan doa akan mendapat balasan di akhirat seperti dalam hadis dari riwayat Tirmidzi;
“Tidak duduk suatu kaum dalam suatu majlis dalam keadaan mereka tidak mengingati Allah Taala dan tidak juga mengucapkan selawat ke atas nabi mereka di dalam majlis itu, melainkan ke atas mereka kekurangan, jika (Allah) menghendaki (Allah) akan mengazab mereka, dan jika (Allah) menghendaki, (Allah) akan mengampunkan mereka”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Janganlah kita abaikan amalan membaca doa semasa di majlis pertunangan. Sebaiknya, kita bacakan secara berjemaah dengan diketuai oleh seorang yang lancar bacaannya dan baik akhlaknya.
InsyaAllah, jika kita berdoa dengan penuh yakin, Allah akan memudahkan segala kesulitan sepanjang proses pertunangan itu. Seterusnya, semoga pasangan pengantin dipelihara peribadinya agar tidak melakukan perkara yang dilarang syarak.
Mama juga boleh membaca doa ini sebelum majlis dimulakan. Mama Siti doakan agar majlis pertunangan Mama dipermudahkan dan dilancarkan.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.