“Bayi daripada tadi menangis tak henti-henti? Cuba check perut dia risau kembung masuk angin.”
Simptom bayi baru lahir dengan masalah kembung perut sememangnya satu perkara yang tak dapat dipisahkan.
Mama Siti percaya jika ditanya para ibu adakah anak mereka pernah mengalami masalah ini, pastinya rata-rata jawapan diberikan adalah ya.
Sejak daripada dulu lagi, bayi yang baru lahir akan meragam kerana lapar, pampers penuh dan sebab perut kembung.
Tapi apa agaknya menyebabkan bayi ni mudah alami kembung perut ya?
Menurut portal MyHealth, dalam kalangan 10 bayi di dunia, seorang hingga lima daripadanya akan mengalami masalah kembung perut.
Bukankah ini purata yang agak besar?
Meskipun masalah bukanlah hal kesihatan yang serius, namun ia boleh dianggap situasi mencabar lantaran Mama dan Papa perlu struggle menenangkan tangisan si kecil.
Bagaimanapun, dalam keadaan perut tak selesa, mana mungkin bayi boleh ditenangkan dengan mudah kan Mama?
Berikut adalah tanda-tanda bayi kembung perut yang perlu Mama awasi berdasarkan perkongsian portal Hello Doktor:
- Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
- Tangisan yang keterlaluan:Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
- Menangis tanpa sebab yang jelas:Menangis yang berkaitan dengan masalah kembung pada perut berlaku tanpa sebab yang jelas.
- Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.
Justeru, adalah penting untuk mengetahui punca baby Mama alami kembung perut serta kaedah merawatnya.
Jika kena pada caranya, masalah kembung perut bayi atau turut disebut sebagai colic ini boleh diatasi melalui kaedah selamat. Macam mana tu? Jom baca perkongsian daripada portal Hello Doktor ni!
Cara Meredakan Bayi Perut Kembung
1. Penyusuan
Nampak mudah, tapi salah posisi boleh mengakibatkan bayi kembung perut tau Mama. Justeru, teknik yang betul adalah perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan Mama daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih.
2. Tukar susu formula
Masalah kembung perut pada baby mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu.
Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
3. Puting yang sesuai
Jika bayi Mama menyusu daripada botol, pastikan Mama menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
4. Menjaga pemakanan
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan baby alami kembung.
Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
5. Sendawakan bayi
Selalu nampak bayi yang baru lahir akan ditepuk belakang tubuh setiap kali selesai menyusukan? Ya, itulah kaedah untuk membuatkan bayi sendawa.
Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.
Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.
6. Alihkan perhatian
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah.
Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
7. Mengurut
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
8. Dodoikan
Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk si kecil.
Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.
9. Dapatkan bantuan
Cuba dapatkan bantuan pasangan untuk meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan Mama.
Pastikan Mama tidak terlalu stress terutama ketika tempoh berpantang. Rehat yang cukup kerana Mama juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
Sekiranya Mama ingin mendapatkan panduan daripada pakar, Mama Siti syorkan Mama untuk menyertai program Motherhood New Mom.
Dengan menyertai program ini, Mama bakal didedahkan dengan pelbagai panduan berguna dan juga berpeluang untuk mendapat ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk pelbagai info dan tips mengenai kesihatan bayi, Mama boleh rujuk di SINI!