Menjadi Mama zaman sekarang memang macam marathon tanpa garisan penamat. Burnout boleh datang tanpa kita sedar tiba-tiba rasa letih sampai nak bangun pun rasa berat, emosi pula naik turun macam roller coaster.
Dari pagi sampai malam, urus anak, kerja, rumah, semuanya serba pantas dan tak pernah berhenti. Memang seronok, tapi jujur, penatnya tak boleh dipandang remeh.
Dalam kesibukan itu, ramai yang terlupa untuk berhenti sejenak dan bertanya pada diri sendiri, “Aku okey ke?” Tanpa sedar, Mama terus beri dan beri sampai tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri.
Sebab itulah self-care bukan sekadar trend tapi satu keperluan penting untuk kekal waras dan kuat supaya bukan sahaja boleh survive, malah terus kuat dan bertenaga dalam perjalanan panjang menjadi seorang Mama yang hebat.
6 Cara untuk Atasi Burnout Mama
1. Belajar Minta Tolong

Salah satu punca burnout dalam kalangan Mama kerana rasa “perlu buat semua benda sendiri.” Dari urus anak, rumah, kerja semuanya atas bahu sendiri. Tapi hakikatnya, Mama bukan robot.
Mama juga manusia biasa yang perlukan rehat dan bantuan. Jadi, sangat penting untuk belajar minta tolong tanpa rasa bersalah. Cara untuk Mama minta tolong yang boleh atasi burnout:
- Libatkan pasangan: Bincang dan bahagikan tugas rumah atau penjagaan anak bersama. Contohnya, giliran jaga anak malam atau bantu sidai baju.
- Bantuan ahli keluarga: Jangan segan nak minta bantuan dari mak, mertua atau adik-beradik bila perlu. Kadang-kadang sejam pun cukup untuk Mama tarik nafas semula.
- Ambil bantuan luar: Kalau kewangan mengizinkan, upah bantuan seperti tukang cuci, penghantaran makanan atau babysitter secara berkala.
- Latih anak berdikari (ikut usia): Anak Mama yang sudah besar boleh diajar untuk kemas mainan sendiri, bawa pinggan ke sinki atau tolong ambil barang.
Bila Mama berkongsi tugas, bukan sahaja beban rasa ringan tapi Mama pun beri peluang pada orang tersayang untuk turut sama membantu.
Jangan segan dan jangan rasa bersalah untuk minta tolong. Percayalah, ramai yang faham dan sedia membantu.
2. Me Time untuk Mama

Mama tak perlu tunggu ada masa lapang sejam dua semata-mata nak me time. Kadang 10-15 minit pun dah cukup sangat untuk tarik nafas, tenangkan fikiran dan recharge energy Mama.
Waktu sekejap ni boleh Mama guna untuk buat perkara yang Mama suka seperti minum teh panas tanpa gangguan, baca buku kegemaran, dengar lagu menenangkan, atau sekadar duduk diam dalam suasana sunyi.
Nak cadangan? Ha, Mama Siti paling suka nikmati me time dengan Sunnah Sips Mama Siti. Setiap kali minum, rasa macam segar satu badan, kepala rasa ringan dan hati Mama Siti pun lebih lapang.
Sedap, menenangkan dan bantu beri tenaga juga. Sesuai sangat untuk Mama kekal bertenaga sepanjang hari terutamanya bila badan Mula rasa letih.
Pendek kata, walau sibuk macam mana pun me time tetap perlu. Bila Mama jaga diri, Mama boleh terus beri yang terbaik untuk keluarga tersayang.
3. Tetapkan Had dan Utamakan Diri

Mama Siti faham, kadang-kadang Mama rasa bersalah bila tak dapat bantu semua orang. Tapi percayalah, tetapkan had dan jaga emosi bukan bermakna Mama pentingkan diri sebaliknya, itu tanda Mama sayang dan hargai diri sendiri.
Contohnya, kalau ada kerja rumah yang boleh dibuat esok, jangan paksa buat hari ini. Fokus pada perkara penting sahaja. Belajar kata “tidak” bila ada perkara yang boleh buat Mama tambah stress.
Dengan tetapkan had, mama boleh kurangkan rasa tekanan dan beri ruang untuk diri sendiri bernafas, tenang, dan kembali kuat untuk hadapi cabaran harian.
4. Jaga Kesihatan Fizikal

Penat badan kalau diabaikan boleh buat keadaan Mama lebih teruk. Pastikan Mama cukup tidur walaupun dengan anak yang kadang-kadang susah tidur malam. Cuba amalkan waktu tidur yang konsisten supaya badan dapat rehat cukup.
Makan pula jangan lupa walaupun kadang-kadang susah nak masak makanan sihat dengan jadual yang padat, cuba ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Minum air secukupnya untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
Kalau ada masa buat sedikit senaman ringan seperti regangan atau berjalan keliling rumah. Aktiviti fizikal ini bukan sahaja membantu badan kekal sihat tapi juga boleh bantu hilangkan tekanan.
5. Luangkan Masa dengan Orang Tersayang

Kadang-kadang penat datang bukan sahaja dari kerja fizikal tapi juga dari tekanan emosi. Bila Mama rasa terasing atau penat dengan rutin harian, ia boleh buat Mama lebih stress.
Jadi, Mama boleh luangkan masa berkualiti dengan Papa, anak-anak, atau keluarga. Keluar dengan Papa, hanya dating berdua je. Ini pun salah satu cara untuk menambahkan lagi kasih sayang antara Mama Papa.
Bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga tetapi beri semangat dan rasa bahagia. Bila Mama rasa gembira dan dekat dengan orang tersayang, ia boleh bantu turunkan tekanan dan beri semangat untuk Mama.
6. Jangan Takut untuk Dapatkan Bantuan Profesional

Kalau rasa penat dah melampau sampai Mama susah nak kawal emosi, rasa tertekan berpanjangan atau murung, jangan segan untuk dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor, therapist atau doktor.
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal, dan dengan sokongan yang betul, Mama boleh atasi tekanan serta dapat panduan untuk menjaga diri dengan lebih baik.
Mendapat bantuan profesional adalah langkah penting untuk bantu Mama urus emosi dan tekanan, supaya Mama kekal sihat, tenang, dan terus kuat menjalani peranan sebagai Mama.
Ingat Mama, dalam usaha nak jaga semua orang jangan sampai lupa jaga diri sendiri. Burnout boleh berlaku bila Mama abaikan keperluan diri sendiri terlalu lama. Mama pun manusia biasa juga ada kalanya penat dan dan rasa tertekan sampai rasa macam tak mampu nak teruskan.
Tak salah nak berehat, tak salah nak minta tolong, dan tak salah utamakan diri sendiri. Bila Mama cukup tenang dan bertenaga, barulah Mama boleh terus jadi sumber kekuatan untuk keluarga tersayang.
Kenapa hidung anak Mama berdarah? Jom baca apa puncanya, klik di SINI.