Menyusu semasa mengandung (Nursing while Pregnant) adalah keputusan ibu dan bayi. Sekiranya ibu gembira dengan apa yang sedang dilakukannya,tahniah dan teruskannya!Anda adalah ibu yang hebat! Menyusu semasa mengandung juga adalah tidak dijangka dimana bayi anda mungkin mahu berpisah susu awal. Terutama apabila merasakan susu ibu berkurang atau berubah rasa. Mungkin bayi akan menyambung menyusu semasa akhir trimester. Bayi kini adalah abang atau kakak yang berkongsi susu dengan adiknya apabila ibu lahir nanti!
Menyusukan semasa mengandung adalah selamat. Benar, terdapat risiko kontraksi yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu. Hormon oksitosin yang sama mempunyai fungsi pengecutan di bahagian uterus. Walaubagaimanapun penerima (reseptor) kontraksi di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk menerima kontraksi yang dihantar. Lalu ianya tidak boleh menyebabkan kelahiran awal. Untuk ibu yang pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor peribadi anda.
Mengandung semasa masih menyusukan adalah tidak mustahil hanya boleh dipercayai jika:
- Bayi berusia kurang 6 bulan
- Bayi tidak makan/minum apa apa selain susu ibu
- Ibu belum datang haid
Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu menyusu perlu tahu:
Kuantiti Susu Ibu
Statement yang ‘cliche’ atau kebiasaannya iaitu mengandung akan menyebabkan produksi susu merudum kadangkala menyebabkan susu ibu merudum SEBAIK sahaja dia tahu dia mengandung. (Emosi mengambil alih peranan disitu). Setiap ibu mengalami proses yang berbeza walaubagaimanapun ada ibu yang tidak mengalami sebarang perubahan produksi susu terutama semasa 3 bulan pertama.
Nutrisi Bayi
Susu ibu bukan lah sumber utama nutrien bayi bagi yang berusia diatas 6 bulan. Anak yang berusia diatas 1 tahun biasanya minum susu perahan sebanyak 7-8 oz sepanjang siang sewaktu ibu bekerja. Makanan boleh diberikan kepada 3 sesi, pagi, petang dan malam. Snacknya seperti roti, biskut dan buah juga ditambah bagi memenuhi keperluan nutriennya. Anak anak memerlukan kalsium dan iron yang tinggi. Selain daripada susu, sumber kalsium yang baik ialah soya, bijan, almond, brokoli, carrot dan orange. Sumber makanan yang tinggi iron pula ialah daging segar, tuna, salmon, tofu, beans, ayam dan turkey.
Kesihatan Ibu
Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat. Ianya bagus bukan? Sekiranya anda mengalami pening kepala atau ‘pusing’, makan sebahagian kecil sebelum anda mengepam atau menyusukan. Pastikan anda ada coklat, biskut, kurma atau buah di atas meja kerja anda untuk dimakan selang 2-3 jam. Minum air masak dengan banyak. Dan dapatkan berat yang bersesuaian pada setiap kali pemeriksaan. Anggaran 10-15 kg tambahan berat ibu bagi setiap kehamilan. Pengambilan kalori seharian untuk ibu menyusu ialah 1900 cal. Kalori yang diperlukan bagi ibu yang menyusu dan mengandung ialah:
Trimester Pertama : Tiada tambahan kalori
Trimester Kedua : Tambahan 340 cal
Trimester Ketiga : Tambahan 450 cal
Amalkan pengambilan kalsium dan pil zat besi yang disyorkan oleh doktor peribadi anda.
Kesihatan Bayi dalam Kandungan
Berat anggaran bayi atau Estimated Fetus Weight (EFW) haruslah berkadaran dengan yang sepatutnya pada setiap kali pemeriksaan lanjutan.
Keadaan Bayi yang Sedang Menyusukan
Setiap titis susu ibu itu sangat berharga kepada anaknya walau berapa tahun usianya.
Penyusuan selepas usia 1 tahun adalah lebih kepada ikatan ibu dan anak. Mungkin ‘ubat’ untuk menyusukan bayi contohnya (Comfort Sucking) atau melepaskan rindu. Ianya bukanlah sebagai sumber nutrisi utama bayi. Setiap kali bayi anda menyusu dari anda, perhatikan samada ada tindakan menelan (swallowing).Perhatikan juga jika bayi kerap bangun untuk menukar ke payudara sebelah lagi.
Perubahan Rasa Susu
Susu ibu mengandungi khasiat yang baik untuk bayi. Semua ibu mengalami proses yang berbeza.
Ada juga ibu yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung. Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan susu berpisah (weaning milk) yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium (rasa masin). Jadi bayi akan lebih minum air kosong selepas minum susu ibu. Mungkin berbeza mengikut bayi. Biasanya, pada trimester ketiga kehamilan badan ibu akan mula menghasilkan susu dalam bentuk kolustrum. Kolustrum bersifat pelawas maka najis bayi anda mungkin akan berubah keadaannya ianya bukan cirit birit.
Ambil perhatian untuk perkara ini:
- Umur bayi yang sedang menyusu dengan anda sekarang
- Usia kehamilan anda
- Keadaan kesihatan ibu samada mengalami pitam, pening kepala, terlalu dahaga dan lain lain.
Fakta Penyusuan Ketika Hamil (Sumber Pa&Ma)
Sumber: Siti Nur Suraya Mohamed ALi, IBCLC atau Pakar Laktas