Pernahkan anda melihat bayi yang baru lahir sehingga berusia enam bulan mengalami lelehan seperti air susu berwarna putih dimulut terutama selepas meminum susu ibu mahupun susu formula? Semestinya jika keadaan berlaku akan merisaukan ibu tambahan bayi yang masih kecil perlu dipantau selalu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka. Selalunya lelehan tersebut terjadi selepas bayi selesai diberikan susu mahupun berlaku ketika mereka sedang tidur. Lelehan tersebut kebiasaannya menyebabkan susu terkeluar dalam kuantiti yang sedikit dan adakalanya banyak sehingga membasahi baju.
MUAK PERKARA NORMAL
- Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman tersebut, kerisauan pasti bermain di minda sehingga mengeluarkan pelbagai andaian terhadap tahap kesihatan bayi mereka. Keadaan bayi yang mengalami susu keluar dari mulut selepas meminum susu atau ketika sedang tidur adalah perkara biasa yang berlaku kepada bayi.
- Majoriti bayi berumur sebulan sehingga enam bulan akan mengalami situasi ini di mana cecair berwarna putih seakan baki susu akan meleleh keluar dari mulut mereka sama ada dalam kuantiti yang sedikit mahupun banyak. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan bayi tersebut jika kuantiti susu yang keluar dalam mulut masih terkawal.
- Keadaan ini terjadi apabila perut dipenuhi asid. Jika bayi tersebut minum dalam kuantiti yang banyak juga menyebabkan perut tidak dapat menampung jumlah susu yang tersimpan lantas menyebabkan susu tersebut keluar dari dalam mulut.
- Seorang ibu perlu peka dengan perubahan yang berlaku pada bayi mereka. Jika bayi meminum terlalu banyak juga akan menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian penghadaman dan pencernaan.
AWASI JIKA MUAK ATAU MUNTAH TANPA HENTI
- Apabila bayi berasa tidak selesa mereka akan menangis. Menangis adalah bahasa yang digunakan untuk menjelaskan keadaan mereka kepada kita. Sebagai orang dewasa kita perlu mempelajari bahasa tersebut. Terdapat beberapa petanda yang berkaitan dengan ketidakselesaan akibat penghadaman dan pencernaan perut iaitu mereka akan mengalami muntah-muntah dan menangis tanpa henti.
- Jika keadaan tersebut berlarutan akan mengganggu proses tumbesaran bayi kerana bayi tidak mendapat zat yang secukupnya. Terdapat sebahagian ibu bapa yang mengandaikan anak mereka menangis kerana lapar, lantas dengan memberi bayi tersebut susu akan melegakan tangisan mereka namun keadaan bayi tersebut tetap sama.
- Dalam keadaan lain, jika bayi masih kenyang, tetapi akan berterusan meminum kadang-kadang itu bukan petanda mereka lapar, sebaliknya perilaku tersebut sebagai satu cara untuk menenangkan diri.
- Jika bayi tersebut meminum susu formula, ibu perlu mengehadkan jumlah pengambilan susu tersebut setiap hari. Kebiasaannya bayi meminum susu dalam 100 hingga 250 mililiter perkilogram dalam sehari.
- Kuantiti yang sesuai untuk bayi baru lahir pula dalam satu atau tiga auns. Jumlah tersebut perlu ditambah seterusnya mengikut peningkatan usia mereka. Terdapat beberapa kaedah sesuai digunakan untuk mengelakkan bayi dari tersedak susu dan mengurangkan masalah ketidakselesaan akibat pencernaan.
LAKUKAN INI JIKA ANAK MUAK
- Baringkan bayi dalam posisi melentang dengan bantal ditinggikan sedikit pada bahagian kepala selepas mereka selesai minum. Jika mereka masih menangis kerana keadaan perut yang tidak selesa, ibu bapa juga boleh menggunakan ubatan khusus untuk mengurangkan asid dalam perut.
- Selain itu, digalakkan untuk menukar susu kepada jenis susu yang lebih pekat . Susu yang lebih pekat akan membantu mengurangkan lelehan susu tidak hadam keluar dari mulut kerana kandungannya yang lebih padat.
- Sekiranya bayi menghidapi salah satu daripada simptom yang berkaitan, ibu bapa perlu berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Antara simptom tersebut adalah kuantiti muntah yang berlebihan, muntah kuat atau jarak jauh, bayi tidak membesar atau berat badan tidak bertambah mengikut kadar yang berpatutan. Selain itu bayi selalu menangis seperti kesakitan dan tidak berhenti menangis walaupun diberi susu atau didukung.
Sumber: Internet