Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diapers diperbuat daripada bahan semulajadi atau organik berasaskan tumbuhan. Bukan sekadar lampin biasa, ia merupakan lampin premium yang telah diperhebatkan dengan penyerapan tambahan dengan rekaan tekstur bebas klorin seperti wangian, losyen dan lateks demi memberi keselesaan dan rawatan terbaik bagi kulit bayi. Lampin rekaan ini sememangnya memiliki ciri-ciri mudah bernafas bagi membenarkan pengaliran udara terbaik di sekitar punggung bayi, sekali gus membantu kesegaran kulit dan sentiasa kering. Pad serta lapisan tambahan pada Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diapers dapat menyerap segala kelembapan sehingga 12 jam. Ia sekali gus memudahkan urusan ibu dalam penjagaan bayi selain lebih menjimatkan.
Seharusnya produk ini dicuba oleh semua ibu bapa kerana ia bebas daripada bahan sensitif sekali gus mengurangkan kesan ruam bayi. Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diapers dilengkapi dengan jalur penunjuk basahan yang akan membantu ibu tahu bila waktu sesuai untuk menukar lampin si manja. Dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti, ibubapa pastinya mahukan yang terbaik untuk keselesaan bayi mereka. Dengan itu Ibubapa perlulah bijak memilih yang terbaik agar si manja mereka boleh bergerak aktif setiap masa tanpa gangguan seperti lampin yang kurang sesuai untuk bayi mereka.
Terdapat dalam dua pilihan:
- Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Tape Diapers
- Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Pull Up Diapers
Mengapa Anda Perlu Memilih Lampin Bebas Klorin?
Untuk mengelak masalah ruam lampin. Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama serta alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang. Sayangi si manja anda dengan berikan yang terbaik untuk mereka dengan penggunaan lampin bebas klorin
Kelebihan Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diapers
- Mempunyai sistempenyerapan yang mampu menyerap air kencing selama 12 jam mengikut jumlah air kencing bayi setiap individu. Dengan kadar penyerapan air kencing selama 12 jam dapat mengelakkan kebocoran ketika bayi sedang tidur mahupun ketika bayi bergerak aktif. Penyerapan selama 12 jam ini juga sentiasa membuatkan si comel berasa kering dan selesa sepanjang hari.
- Mempunyai sistem regangan yang memberikan keselesaan pada bahagian paha dan pinggang bayi tanpa meninggalkan kesan merah ataupun kecederaan pada kulit bayi.
- Memberi ruang pernafasan di setiap helaian untuk memastikan bayi dalam keadaan kering dan menghalang lampin penuh.
- Permukaan selesa selembut kapas.
- Ia sangat selesa dan mengurangkan kerengsangan kulit bayi dan memberi perlindungan penuh pada kebocoran ketika bayi sedang aktif merangkak untuk menjelajah setiap kawasan di dalam rumah.
- Diapers dilengkapi dengan jalur penunjuk basahan.
- Kualiti premium pada harga biasa.
UNTUK PEMBELIAN & MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Applecrumb & Fish
Telefon: +603 61436088
Emel: [email protected]
Website: www.applecrumbyandfish.com
Facebook: Applecrumby & Fish