Sakit kepala bukan hanya terjadi kepada orang dewasa. Dalam 1 daripada 5 kanak-kanak dan remaja laluinya juga tau! Antara sakit kepala yang sering dilalui oleh kanak-kanak ialah ‘tension headaches’. Kalau Mama nak tahu, seawal 4 tahun pun kanak-kanak ada migrain!
Bagi sakit kepala primari ini, diagnosis dilakukan doktor adalah melalui pengambilan sejarah yang berkaitan; selanjutnya pemeriksaan fizikal akan dijalankan untuk memastikan tiada tanda-tanda fizikal yang membimbangkan. Pada kebiasaanya, pemeriksaan lanjut seperti pengambilan darah atau pemeriksaan CT Brain atau MRI Brain adalah tak diperlukan.
Mama mesti risau jika anak sakit kepala kan? Ada Mama Papa yang ingat anaknya ada tumor di bahagian otak. Jangan risau, selalunya sakit kepala bagi kanak-kanak boleh sembuh. Tapi kita kena kenal pasti apakah punca sakit ini bagi kanak-kanak!
Punca Anak Sakit Kepala
- Demam atau selsema
- Resdung
- Migrain
- Keletihan
- Cahaya yang sangat terang
- Perubahan cuaca
- Stress
- Anxiety
- Kemurungan
- Perubahan waktu tidur
- Makanan yang diambil
- Terlalu aktif dan terdedah kepada matahari yang melampau
- Ketika datang haid
- Rabun
Kebanyakkannya taklah memudaratkan, tetapi jika ianya terlampau sakit dan tak sembuh, Mama perlu bawa anak berjumpa doktor!
Tips Untuk Hilangkan Sakit Kepala Anak-Anak
#1 Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan tidur yang secukupnya, kekal sihat dengan bersenam, makan makanan yang berkhasiat. Elakkan juga makanan yang berminyak untuk anak Mama ok! Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya juga!
#2 Kurangkan stress
Ya, mungkin susah untuk anak-anak untuk kawal tapi Mama boleh bantu! Cuba ceriakan hari mereka dengan membuat aktiviti yang menyeronokkan atau luangkan masa dengan perkara yang anak Mama suka. Aktiviti ini akan kurangkan stress yang anak mama ada. “Budak kecil pun stress ke?” Ya, jangan kita pertikaikan perasaan mereka. Mungkin mereka melalui stress yang kita sendiri pun tak tahu!
#3 Makan Ubat Jika Perlu
Untuk kurangkan sakit, Mama boleh berikan ubat tahan sakit yang diberi oleh doktor seperti Paracetamol. Jika anak Mama susah untuk makan ubat, Mama boleh cuba Panadol yang berperisa supaya mudah untuk ditelan anak-anak!
Kalau anak suka menghadap gajet dalam masa yang lama pun mama kena tengok-tengokkan juga. Itu pun salah satu boleh menyebabkan kepala anak kerap sakit. Walaupun nampak tak serius tapi kita tak boleh biarkan begitu je. Takut lama-lama nanti memudaratkan pula.
Semoga bermanfaat!
Pesan Mama Siti
Akhir sekali, Mama Siti nak pesan supaya beri anak untuk rehat secukupnya jika mereka mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Dengan berehat, sakit itu mungkin akan lega sedikit. Apa-apa masalah yang serius, Mama perlu bawa anak ke klinik atau hospital ya!