Pusat Beli-Belah Quill City Mall KL dengan bangganya mengumumkan acara penutup kepada siri Festival Belon yang telah
berlangsung selama tiga tahun berturut-turut. Tahun ini, Ahoy & Afloat: Pengembaraan Belon Lanun 2025 akan menjadi penutup yang penuh warna-warni dan sarat dengan keceriaan untuk seisi keluarga.
Selepas kejayaan Festival Belon Penjelajah Angkasa 2023 dan Festival Belon Rakan Dino Cilik 2024, festival edisi 2025 ini akan membawa pengunjung menyelusuri lautan luas bersama dunia lanun yang menyeronokkan — sebagai penutup kepada trilogi pengembaraan selama tiga tahun yang telah menyatukan imaginasi, aktiviti fizikal dan pengalaman keluarga.

Tiga Tahun, Tiga Dunia, Satu Misi
Bermula dengan dunia angkasa, kemudian ke zaman dinosaur, kini tibalah masanya kita menjelajah dunia laut dalam. Setiap tahun membawa tema berbeza namun menyampaikan satu mesej yang sama: menghargai alam semula jadi serta menggalakkan kehidupan sihat dan aktif dalam suasana yang menyeronokkan.
Apa Yang Menanti Anda
Dari 23 Mei hingga 8 Jun 2025, pusat beli-belah akan bertukar wajah menjadi dunia lanun yang mengujakan, dihiasi dengan:
- Arca belon bersaiz besar seperti kapal lanun, gurita gergasi, Qutie Sea Monster, Belon Udara Panas.
- Zon permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak bawah 12 tahun secara PERCUMA.
- Semua belon diperbuat daripada bahan mesra alam yang boleh terurai sendiri, menyokong usaha kelestarian alam.Festival ini direka khas untuk menggalakkan pergerakan, permainan aktif dan interaksi keluarga — sejajar dengan misi gaya hidup Sihat & Ceria (Fit & Fun) oleh , Quill City Mall KL.
Aktiviti Percuma Bertemakan Lanun

Empat aktiviti menyeronokkan menanti anda secara percuma:
- Larian & Gelongsor Lanun – Sebuah permainan papan besar bersaiz hidup yang diinspirasikan daripada ‘Snake and Ladders’, di mana peserta akan melangkah dari petak ke petak dengan dadu gergasi dalam pengembaraan penuh aksi ala lanun!
- Cabaran Lempar Gelang Kapten Hook – Lempar gelang Kapten Hook dan uji ketepatan anda.
- Cabaran Bina Kapal Lanun – Bina kapal lanun anda sendiri menggunakan blok permainan dalam masa yang ditetapkan untuk memenangi hadiah.
- Bengkel Membentuk Belon – Pelajari cara membentuk belon, seperti topi lanun, pedang atau makhluk laut dengan bimbingan petugas terlatih SECARA PERCUMA.
Gaya Hidup Sihat & Ceria untuk Semua
Sebagai pusat beli-belah yang mengutamakan gaya hidup aktif dan seimbang, Quill City Mall KL terus memperkenalkan pelbagai program harian yang menarik dan mesra keluarga menjadikannya destinasi ideal untuk bersantai, berhibur, dan mengisi masa berkualiti bersama yang tersayang, termasuk golongan profesional kota.
Tarikan dan Outlet Baru
Untuk melengkapkan pengalaman anda, beberapa outlet baru telah menyertai Quill City Mall KL, selari dengan konsep Sihat & Ceria:
- GAMEON Sports Hub – Taman permainan berasaskan cabaran fizikal dan maya.
- MAZE ESCAPE – Dijangka menjadi yang terbesar di Malaysia, menawarkan cabaran minda dan fizikal.
- QPocket – Pusat barangan gaya hidup, hadiah dan keperluan harian.
- Kakatoo Malaysia – Hidangan asli warisan Baba dan Nyonya yang menggunakan ramuan masakan segar lagi tradisional.
- CO Legacy, M&B & Original Classic – Jenama pakaian moden untuk peminat fesyen terkini.
Lebih Daripada Sekadar Hiburan

Festival ini merupakan manifestasi komitmen sosial Quill City Mall KL dalam menyumbang semula kepada masyarakat. Festival ini bukan sahaja menjanjikan keriangan buat kanak-kanak dan detik indah bersama keluarga, malah turut menjadi platform sokongan bagi memajukan usahawan tempatan Malaysia.
Quill City Mall KL amat menghargai sokongan semua pihak – media, rakan niaga, penyewa dan orang awam – yang sentiasa bersama kami sepanjang acara belon tiga tahun berturut-turut ini.
Jangan lepaskan peluang menyertai pengembaraan terakhir dan paling istimewa dalam siri Festival Belon Quill City Mall KL. Bawa keluarga dan sahabat handai dan cipta kenangan manis yang akan kekal di hati anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari saluran media sosial rasmi atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan Quill City Mall KL.