Mama Siti faham, bila jadi Mama ni masa tu macam tak cukup 24 jam. Nak masak, nak jaga anak, nak kemas rumah, semua tu kena serentak. Kadang tu baru nak goreng ayam, anak dah panggil minta tolong ajarkan homework.
Tengah siang bawang, dah bau susu tertumpah kat lantai. Serius, dapur kita ni kena pandai kerjasama dengan kita baru hidup Mama tak kalut sangat.
Tapi sejak Mama Siti kenal dengan air fryer ni, hidup terus berubah. Bukan setakat senang nak guna, tapi dia memang betul-betul bantu mudahkan kerja dapur. Bayangkan satu alat boleh tukar jadi dua fungsi nak masak berkuah boleh, nak goreng pun boleh.
Acerpure Chef 2-in-1 Flip Air Fryer ni bukan sekadar air fryer biasa, tapi betul-betul jadi hero dapur Mama. Bukan sebab dia comel je, tapi sebab dia betul-betul memudahkan kerja kita di dapur. Jom Mama Siti cerita sikit.
Satu Bentuk, Dua Gaya dengan Acerpure Air Fryer
1. Kenapa Mama Perlukan Flip dalam Hidup Dapur?

Mama pernah tak, tengah goreng ayam dalam air fryer lepas tu baru teringat nak buat sup sayur sekali? Tapi air fryer hanya boleh goreng je jadi kenalah keluarkan periuk lain. Satu kerja pula nak panaskan api, cuci periuk dan sebagainya.
Dengan Acerpure Chef, Mama boleh tukar fungsi dengan satu flip je!
- Mode air fryer untuk makanan kering, goreng, atau panggang.
- Mode cooking pot untuk makanan berkuah, rebus atau tumis.
Flip je ke atas, dah jadi periuk. Flip ke bawah, boleh goreng semula. Ini bukan sihir, ini rekaan bijak yang menyelamatkan masa dan tenaga Mama setiap hari.
Inilah sebabnya Mama Siti jatuh hati dengan satu alat dapur ni Acerpure Chef 2-in-1 Flip Air Fryer.
2. Goreng Tanpa Minyak? Tak Mustahil Lagi

Biasanya bila Mama nak goreng ayam, memang habis dapur berbau. Lepas tu minyak terpercik, pinggan mangkuk berminyak, dan anak pula main-main dekat dapur risau! Tapi bila guna Acerpure Chef, tak payah guna minyak langsung pun boleh!
Teknologi 360° TurboHeat dia tu bantu alirkan udara panas sekeliling makanan, jadi tekstur luar rangup, isi dalam kekal juicy. Bayangkan ayam goreng crispy, tapi tanpa setitik pun minyak. Siapa tak suka, kan?
Malah tray minyak dia pun direka dengan lubang-lubang kecil untuk toskan lebihan minyak daripada makanan. Jadi automatik makanan yang Mama hidangkan lebih sihat untuk anak-anak dan Papa.
3. Nak Masak Sup, Kari, Goreng Nugget? Semua Boleh!

Inilah bahagian yang paling buat Mama Siti teruja masa mula-mula tengok periuk ni, besar betul! Memang sesuai sangat nak masak untuk satu keluarga.
Periuk dia jenis non-stick dan dalam, jadi tak melekat langsung dan memang mudah nak cuci. Yang paling Mama Siti suka, bekas periuk ni terbuka luas dan lutsinar, jadi kita boleh tengok terus apa yang tengah mendidih tanpa kena buka tutup penutup senang nak kontrol air kuah.
Dan kalau Mama dah lambat nak sediakan sarapan contohnya Mama nak goreng bihun flip je bahagian air fryer tu, terus boleh menumis dalam mode pot. Tak payah susah-susah tukar tempat masak atau panaskan dapur gas lagi. Jimat masa, dapur Mama pun tak berselerak.
Jom Mama Siti kongsikan resipi simple samosa yang Mama boleh cuba guna kedua-dua mode ni.
Senang je kan? Resipi simple macam ni memang sesuai sangat untuk Mama yang baru nak berjinak-jinak dengan air fryer. Tak payah stress, tapi hasil tetap sedap!
4. Panel Sentuh Canggih, Tapi Mesra Mama

Pernah tak Mama rasa serabut tengok peralatan dapur yang ada banyak sangat butang? Sampai rasa nak masak pun jadi malas sebab takut tersalah tekan. Tapi dengan Acerpure Chef ni, hilang terus rasa tu. Panel dia bukan je nampak kemas dan moden, tapi yang penting senang sangat nak guna.
Mula-mula Mama Siti pun ingat kena belajar dulu, tapi rupanya tekan je! Semua ikon kat panel dia jelas dan mesra pengguna, siap ada gambar kecil comel. Tak payah tekan banyak kali pun. Contohnya:
- Mama nak goreng kentang untuk anak balik sekolah? Tekan je butang Fry.
- Tengah craving ikan bakar lepas tengok TikTok? Tekan Seafood, siap sedia bakar tanpa asap!
- Nak buat kek pisang sebab ada pisang lebih? Tekan Bake, tinggal dan tunggu bau semerbak.
- Sayur dalam peti sejuk nak habiskan? Tekan Vegetable, boleh tumis ringan tanpa minyak.
Suhu dan masa pun boleh laras ikut selera Mama pendek kata, kalau Mama tahu masak guna dapur gas, Mama Siti confirm boleh guna Acerpure Chef ni tanpa ragu-ragu. Dan bila masakan dah siap, dia akan bagi isyarat bunyi lembut, macam pembantu dapur cakap, “Mama… makanan dah siap!”
Yang paling Mama Siti suka? Tak perlu baca manual panjang-panjang. Sekali cuba, terus rasa yakin. Rasa macam ada alat canggih yang betul-betul faham keperluan Mama tak merumitkan, tak menakutkan tapi menyenangkan hidup kita di dapur.
5. Cuci? 3 Minit Dah Siap!
Siapa je suka cuci barang dapur banyak-banyak, kan? Sebab tu Mama Siti memang suka air fryer ni. Sama ada bekas air fryer atau cooking pot, semuanya jenis tahan panas, anti-melekat, dan bentuknya terbuka luas. Nak basuh pun senang sangat tak rumit langsung.
Tak ada celah-celah kecil yang susah nak sental. Tak perlu rendam semalaman pun. Lepas masak, tanggalkan bekas, bilas dan cuci dengan span dan siap!
Paling Mama suka, bau masakan pun tak melekat. Lepas masak sup pun, boleh terus sambung menumis tanpa risau bekas masih bau rempah sup.
Dulu, Mama Siti anggap air fryer ni cuma untuk buat fries dan ayam goreng je. Tapi Acerpure Chef ubah cara Mama masak sepenuhnya. Boleh buat lauk kering dan berkuah, boleh jimat masa, tak semak dapur, dan paling penting anak-anak pun makan lebih sihat.
Kalau Mama seorang yang sibuk, tapi nak masak sendiri untuk keluarga Acerpure Chef 2-in-1 Flip Air Fryer ni memang pelaburan dapur yang berbaloi. Satu alat, berpuluh jenis masakan. Setiap hari boleh cuba resepi baru, tanpa rasa serabut.
Nak tahu lebih pasal Acerpure Chef ni? Mama boleh terus layari laman web acerpure.com atau Instagram @acerpure_malaysia, semua info lengkap ada disana!