Stadium Merdeka bergegar dengan sorakan gemuruh hampir 15,000 pengunjung konsert yang membanjiri CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026. Peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”) meraikan ulang tahun ke-12 menerusi sambutan meriah bersama barisan bintang ternama, termasuk Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong, serta Sahabat CSR CUCKOO, 菲道尔 Firdhaus.
Malam itu turut meraikan selebriti kesayangan ramai serta warga cemerlang CUCKOO Malaysia menerusi penyampaian anugerah bagi empat kategori Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 serta Anugerah Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026 (CUCKOOTOPIA Appreciation Awards 2026).

“Dua belas tahun lalu, kami menyemai benih dengan satu impian yang jelas iaitu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia. Buat pelanggan kami, terima kasih kerana menerima kehadiran kami di kediaman anda dengan hati terbuka untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Buat pasukan kami, rakan kongsi dan setiap BFF kami, iaitu Buddies, Friends dan Families, terima kasih kerana membantu impian ini berkembang. Apabila kami melangkah ke hadapan, kami mahu menjangkau lebih banyak kediaman dan membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai berkembang bersama kami. Bersama-sama, kami akan memberi ruang kepada lebih banyak impian untuk berakar dan mekar lebih indah,” kata Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, dalam ucaptamanya.
Hasrat untuk berkembang dengan lebih ramai orang diterjemahkan menerusi Struktur Rakan Jualan Bersekutu (Associate Sales Partner, ASP) CUCKOO Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini pada 1 Oktober 2026. Syarikat telah membuka platformnya kepada lebih banyak perniagaan bebas, di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai pasukan jualan ASP.
Langkah ini memperkukuh rangkaian omni-channel (berbilang saluran) bagi menjangkau lebih banyak kediaman dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia.
Vokal Memukau, Debaran Memuncak dan Bunga Api Mekar di Langit
Sebelum pintu masuk dibuka, suasana di sekitar Stadium Merdeka sudah meriah dengan kehadiran pengunjung konsert yang teruja. Sebaik melangkah masuk, mereka disajikan dengan persembahan pra-konsert yang meriah.
Barisan 50 penari menyerikan pentas dengan persembahan penuh warna dan bertenaga yang menghidupkan rentak serta kepelbagaian budaya Malaysia. Persembahan ini turut mencerminkan peranan CUCKOO Malaysia sebagai rakan strategik rasmi bagi Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Pengacara Fiza Frizzy kemudian mengalu-alukan penonton, sebelum Emily Chua, salah seorang ketua pasukan dalam program Youthopia di 8TV, tampil dengan Beautiful Mess yang membangkitkan semangat.
Umairah pula mengimbangi rentak rancak dengan penghayatan penuh emosi, termasuk menerusi lagunya sendiri, Pugar, manakala ODDA menaikkan tempo dengan persembahan bertenaga yang menampilkan Gelanggang Rasa. Seorang lagi ketua pasukan Youthopia, Janice Yoong, menutup segmen pra-konsert dengan medley tarian yang dinamik.
Debaran semakin memuncak apabila konsert utama membuka tirai dengan penuh gah menerusi persembahan cahaya yang dramatik. Penonton turut mengangkat tangan mengikut rentak rancak Angkat nyanyian MIMIFLY, sementara 3P terus membuatkan peminat bergoyang menerusi lagu鑫 XIN.
Kamal Adli dan Owen Yap kemudian bergandingan dengan Fiza Frizzy sebagai pengacara, memastikan suasana terus meriah antara persembahan. Gabungan pelbagai bahasa dan genre muzik ini mencerminkan semangat CUCKOO Malaysia sebagai jenama untuk semua, merentasi kaum, budaya dan latar belakang.
Peminat turut menyanyi bersama apabila lagu-lagu yang sudah dikenali ramai berkumandang. Antara yang mencuri tumpuan ialah lagu ikonik Standing in the Eyes of the World nyanyian Ratu Rock ELLA serta Gemuruh oleh Faizal Tahir. Hujan terus menghangatkan suasana dengan persembahan rock yang menggegarkan, manakala lontaran vokal padu Jeryl Lee dan Jaclyn Victor membuatkan penonton terpukau.
Trevor Kuo, artis jemputan dari Taiwan, turut menjadi tarikan antarabangsa menerusi persembahan Mandopopnya. Vokal penuh penghayatan dan gaya pentasnya yang bersahaja menyentuh emosi peminat. Bakat-bakat muda program Youthopia di 8TV pula menyuntik tenaga segar menerusi gabungan nyanyian dan tarian, sementara ALPHA terus merancakkan malam dengan rentak pop bertenaga.

Sahabat CSR CUCKOO, 菲道尔 Firdhaus, mengekalkan bahang konsert dengan rentak padu lagu terbaharunya, 拳王阿里 (ALI). Beliau kemudian berpadu suara dengan Duta CUCKOO dan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, membawakan Be Like Water 像水一样 dalam duet yang menyentuh hati. Lagu ini merupakan lagu tema CSR CUCKOO Malaysia yang dilancarkan tahun ini.
Selepas itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus menguasai pentas dengan kehebatan vokal dan pesona tersendiri, memukau penonton sepanjang persembahan solonya. Jaclyn Victor dan Duta CUCKOO, Phei Yong, kemudian menyertainya untuk membawakan SAMA-SAMA, lagu tema CUCKOO Malaysia. Gabungan tiga bintang ini menyemarakkan suasana dan menghidupkan semangat kebersamaan sempena ulang tahun CUCKOO Malaysia.
Meneruskan kemeriahan acara, Phei Yong membawa pesonanya yang tersendiri ke atas pentas dengan bersahaja menggunakan loghat Kelantan yang fasih sewaktu berinteraksi mesra bersama pengacara. Beliau kemudiannya menceriakan penonton dengan percubaan bersungguh-sungguh menyanyikan lagu hit Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Bukan Cinta Biasa, sekali gus memberikan transisi yang santai dan sukar dilupakan ke segmen seterusnya.

Tenaga di stadium mencapai kemuncaknya dengan gelombang sorakan bergema menyambut bintang antarabangsa dan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho. Melangkah ke atas pentas dengan sut merah manggis yang segak, beliau menggayakannya dengan elegan bersama sapu tangan batik, sebagai satu penghormatan yang bermakna kepada budaya tempatan dan kod pakaian acara iaitu “Batik Bunga”.
Ikon global tersebut kemudiannya menawan hati penonton dengan mudah semasa sesi perkongsian yang meriah serta interaksi ‘fan-cam’ yang mencuit hati. Menerusi skrin gergasi, peminat melengkapkan bentuk hati dan mengikut gerak gaya beliau. Gelagat beliau yang mencuit perasaan itu mengundang sorakan teruja peminat.
Konsert mencapai kemuncaknya dengan acara memotong kek ulang tahun, disusuli bunga api berwarna-warni yang mekar di langit Stadium Merdeka, meraikan 12 tahun perjalanan bersama untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
Malam Gemilang, Bintang Diraikan
Selain persembahan muzik yang menggegarkan, CUCKOOTOPIA turut menjadi pentas tumpuan bagi Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026. Selepas majlis utama pada 18 Oktober, debaran diteruskan di konsert ini menerusi pengumuman pemenang bagi empat kategori selebriti terakhir yang dinanti-nantikan:
- Keluarga Selebriti Terhangat: Keluarga Ain Edruce & Amirul
- Selebriti Fit Terhangat: Alif Satar
- Selebriti Chemistry Terhangat: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
- Selebriti Mandarin Terhangat: Dior Tan
Dalam semangat penghargaan yang sama, CUCKOO Malaysia turut meraikan warga cemerlangnya menerusi Anugerah Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026 (CUCKOOTOPIA Appreciation Awards 2026). Pengiktirafan ini diberikan atas dedikasi dan kepakaran mereka dalam membantu Syarikat memberikan pengalaman lebih baik kepada rakyat Malaysia:
- Anugerah Kecemerlangan Servis CUCKOO+ (CUCKOO+ Service Excellence Award): Chong Set Ling
- Anugerah Kecemerlangan Teknikal CUCKOO+ (CUCKOO+ Technical Excellence Award): Mohd Irman bin Mohd Sabirin
- Anugerah Kecemerlangan Servis Penjagaan Kediaman CUCKOO+ (CUCKOO+ Home Care Excellence Award): Mohd Hanafi bin Peli
- Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kutipan CUCKOO (CUCKOO Collection Excellence Award): Zaza Maihazra bte Zaman
- Anugerah Kecemerlangan Sokongan Operasi CUCKOO (CUCKOO Workplace Support Excellence Award): Azril Effi Bin Mohd Rafie, Leong Pui Wai (Theresa), Ng Jing Xuan (Jone), and Norfauziana Binti Ismail

Sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOOTOPIA yang gilang-gemilang ini membawa satu matlamat tunggal yang tulus, iaitu menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada komuniti CUCKOO. Mengimbau kembali perjalanan Syarikat, Hoe Kian Choon (KC Hoe) menyifatkan segala pencapaian yang dikecapi adalah hasil sokongan padu daripada para pelanggan, barisan pekerja, dan rakan kongsi. “Di sebalik setiap pencapaian, terdapat insan-insan yang merealisasikannya… Terima kasih atas segalanya,” ujar beliau.

Sambutan CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026 telah dijayakan bersama barisan jenama dan rakan kongsi terkemuka, termasuk TV3 dan 8TV selaku Media Rasmi, Montigo sebagai Rakan Rasmi Bekas Minuman (Official Drinkware Partner), STEP8IGHT sebagai Rakan Rasmi Gaya Hidup (Official Lifestyle Partner), TikTok Shop sebagai Rakan Rasmi e-Dagang (Official E-Commerce Partner), GATETIC sebagai Rakan Rasmi Tiket (Official Ticketing Partner), serta GOOJODOQ sebagai Rakan Rasmi Pendinginan Mudah Alih (Official Portable Cooling Partner). Konsert ini turut dianjurkan bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!


