Wanita sering menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka untuk menjaga keluarga, membina kerjaya, menyokong insan tersayang serta memikul pelbagai tanggungjawab. Namun, di sebalik semua peranan tersebut, kesihatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri sering kali menjadi keutamaan terakhir.
Menyedari hakikat ini, Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy melancarkan “She Deserves It”, satu kempen kesejahteraan wanita yang menggalakkan wanita untuk mengutamakan diri sendiri dengan mengamalkan penjagaan diri, penjagaan kesihatan secara pencegahan kesihatan pencegahan serta gaya hidup yang lebih sihat.
Walaupun penjagaan diri sering dikaitkan dengan berehat atau memanjakan diri, penjagaan diri yang sebenar bermula dengan menjaga kesihatan fizikal dan emosi.

Melalui “She Deserves It”, Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy berharap dapat menggalakkan wanita melihat penjagaan diri daripada perspektif yang lebih menyeluruh, bukan sekadar dari aspek kecantikan, tetapi juga dengan mengutamakan kesihatan hormon, kesejahteraan emosi, pengurusan stres, penuaan yang sihat serta penjagaan kesihatan secara pencegahan. Kempen ini turut menegaskan bahawa menjaga diri sendiri bukanlah satu kemewahan, sebaliknya satu keperluan.
Sejak tahun 1989, Herbs of Gold komited dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan melalui formulasi nutrisi dan herba premium yang berasaskan sains.
Dengan pengalaman lebih sedekad memenuhi keperluan pengguna di Asia Tenggara, jenama ini telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan kesihatan wanita yang sentiasa berkembang menerusi maklum balas berterusan daripada wanita serta profesional penjagaan kesihatan.
Pemahaman ini menjadi asas kepada kempen “She Deserves It”, sekali gus memperkukuhkan komitmen Herbs of Gold untuk memperkasa wanita dengan maklumat kesihatan yang dipercayai, pendidikan kesejahteraan serta penyelesaian kesihatan berasaskan sains.
“Ramai wanita menghabiskan sebahagian besar hidup mereka untuk menjaga orang lain sehingga kesihatan diri sendiri sering terabai,” kata Dr Koay Suat Ling, Pengurus Besar Kanan – Produk, Kawal Selia & Operasi, Vita Life Sciences (Malaysia & Singapura).
“Melalui ‘She Deserves It’, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada wanita untuk menjadikan Kesihatan mereka sebagai keutamaan serta menyedari bahawa pelaburan dalam kesejahteraan diri merupakan salah satu bentuk penjagaan diri yang paling bermakna. Apabila wanita menjaga diri mereka, mereka akan lebih bersedia untuk berkembang maju dalam setiap aspek kehidupan.”

Sebagai jenama suplemen kesihatan Australia yang dipercayai, Herbs of Gold menyediakan kualiti premium, yang berasaskan sains bagi menyokong wanita pada setiap peringkat kehidupan.
Daripada keseimbangan hormon dan kesihatan intim kepada penuaan yang sihat, tenaga serta kecergasan menyeluruh, jenama ini menggabungkan nutrisi berasaskan bukti dengan bahan terpilih seperti inositol, Pueraria mirifica, magnesium, kranberi dan NMN bagi membantu wanita membuat pilihan kesihatan yang lebih bermaklumat serta mengambil langkah proaktif terhadap kesejahteraan diri mereka.
“Kerjasama kami bersama Herbs of Gold mencerminkan komitmen CARiNG Pharmacy untuk memperkasakan wanita dengan penyelesaian kesejahteraan yang mudah diakses, dipercayai dan berasaskan bukti sains. Melalui kempen ‘She Deserves It’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan wanita dan menggalakkan wanita mengambil langkah yang bermakna ke arah kesejahteraan yang lebih baik, dengan sokongan profesional daripada ahli farmasi dan produk kesihatan yang berkualiti,” kata Puan Tay Li Yen, Pengarah Unit Perniagaan – Kesihatan & Pemulihan, BIG CARiNG Group.
Bersama-sama, Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy berhasrat untuk menjadikan penjagaan kesihatan wanita lebih mudah diakses dengan menyediakan maklumat kesihatan yang dipercayai, pendidikan kesejahteraan serta sokongan praktikal yang memperkasakan wanita membuat keputusan yang lebih bermaklumat mengenai kesihatan mereka.

Bagi meraikan pelancaran kempen ini, Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy telah menganjurkan “She Deserves It: Yoga in Nature” yang menghimpunkan lebih daripada 100 wanita untuk menikmati pagi yang menyegarkan dalam suasana alam semula jadi.
Acara pelancaran ini mencerminkan matlamat kempen untuk menggalakkan wanita untuk berhenti seketika, kembali menyambung hubungan dengan diri sendiri, serta mengutamakan kesejahteraan diri.
Dikelilingi kehijauan alam, para peserta turut menyertai sesi yoga berasaskan kesedaran, di samping sesi perkongsian kesejahteraan serta perbincangan bermakna yang berfokus kepada kesihatan wanita.
Lebih daripada sekadar acara kesejahteraan, perhimpunan ini memperkukuhkan mesej utama kempen bahawa apabila wanita mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri, mereka lebih bersedia untuk menjaga insan yang paling penting dalam hidup mereka.
Melalui aktiviti pergerakan, hubungan yang terjalin serta pengalaman yang dikongsi bersama, para peserta diingatkan bahawa penjagaan diri bukanlah sesuatu yang mementingkan diri, sebaliknya merupakan satu pelaburan penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
“She Deserves It” menandakan permulaan kepada komitmen berterusan oleh Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy dalam memperjuangkan kesejahteraan wanita melalui maklumat kesihatan yang dipercayai, pendidikan kesejahteraan serta sokongan yang mudah diakses.
Bersama-sama, kedua-dua organisasi berharap dapat memperkasakan lebih ramai wanita untuk mengutamakan kesihatan, mengamalkan penjagaan kesihatan pencegahan dan membina tabiat hidup yang lebih sihat kerana setiap wanita berhak untuk rasa yang terbaik dari segi dalaman dan luaran.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending untuk Mama Papa DI SINI!
