Sebagai wanita, kita selalu mendahulukan orang lain – anak, pasangan, keluarga dan kerja. Bila tubuh rasa cepat letih, dan mudah pening akibat anemia kekurangan zat besi, kita pujuk diri “tak apa, nanti rehat sikit mesti ok”.
Hakikatnya, tubuh kita sedang memberi isyarat penting.
Zat besi bukan sekadar nutrien tambahan. Ia adalah komponen penting yang menyokong penghasilan sel darah merah, menghantar oksigen ke seluruh tubuh dan menyokong penghasilan tenaga setiap hari.
Bila bekalannya tidak mencukupi, kesannya bukan sahaja dirasai secara fizikal, malah emosi dan kualiti hidup turut terjejas.

Dan di sinilah Iberet® Folic 500 memainkan peranannya. Sebagai suplemen zat besi yang lembut pada perut, ia digunakan untuk pencegahan dan rawatan anemia kekurangan zat besi dalam kalangan wanita mengandung.
Ia bukan sekadar suplemen zat besi, tetapi direka untuk memberikan amaun zat besi yang optimum sambil mengutamakan keselesaan perut, sesuatu yang sangat dihargai oleh Mama, terutamanya sepanjang fasa keibuan.
Jangan Abaikan Simptom Ini, Badan Mama Sedang “Bersuara”
Tubuh Mama sentiasa memberi isyarat, cuma kadangkala Mama terlalu sibuk untuk ‘mendengarnya’. Anemia kekurangan zat besi selalunya bermula dengan simptom yang nampak ringan, tetapi jika dibiarkan, ia boleh memberi kesan yang lebih besar kepada kesihatan.
Antara simptom yang kerap dialami termasuk rasa letih melampau dan tubuh mudah lemah, kulit kelihatan pucat, serta rasa tidak selesa seperti degupan jantung yang laju atau sesak nafas walaupun melakukan aktiviti ringan.
Ada juga yang mengalami sakit kepala, mudah pening, tangan dan kaki sentiasa sejuk.
Anemia kekurangan zat besi yang menyebabkan simptom-simptom ini bukan sekadar tanda kepenatan biasa, tetapi boleh menjadi isyarat bahawa tubuh tidak mendapat bekalan zat besi yang mencukupi.
Keperluan Mencegah dan Merawat Anemia Kekurangan Zat Besi Semasa Kehamilan

Badan kita sentiasa melalui perubahan, dan keperluan nutrisinya juga tidak pernah statik. Zat besi memainkan peranan penting dalam setiap fasa kehidupan wanita, lebih‑lebih lagi sepanjang perjalanan keibuan.
Ketika Mama merancang kehamilan, tubuh perlu mengumpul simpanan zat besi bagi memastikan badan berada dalam keadaan optimum sebelum hamil. Setelah hamil, keperluan zat besi meningkat dengan ketara kerana tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong Mama dan bayi yang sedang membesar.1
Selepas bersalin, badan Mama berada dalam fasa pemulihan. Kehilangan darah semasa melahirkan, ditambah dengan penyusuan dan kurang rehat, menjadikan pengambilan zat besi sesuatu yang tidak boleh ditangguhkan.
Tanpa rawatan anemia kekurangan zat besi, proses pemulihan menjadi lebih perlahan dan keletihan mudah berpanjangan.
Anemia Kekurangan Zat Besi? Iberet® Folic 500 Pilihan Tepat untuk Mama Moden
Iberet® Folic 500* bukan sekadar suplemen zat besi — ia dirumus khas untuk mengutamakan keselesaan perut, memberikan amaun zat besi yang optimum dan nutrisi lengkap bagi membantu wanita yang mengalami kekurangan zat besi (anemia).

Salah satu cabaran utama dalam pengambilan zat besi adalah ketidakselesaan gastrik seperti loya, sakit perut, atau sembelit.
Iberet® Folic 500* direka untuk mengurangkan isu ini melalui Gradumet® Technology, yang membolehkan zat besi dirembeskan secara berperingkat dalam tubuh.2
Dengan cara ini, zat besi boleh dilepaskan sambil mengurangkan ketidakselesaan pada perut, memastikan Mama dapat menikmati manfaatnya dengan selesa.
Selain zat besi, Iberet® Folic 500* turut diperkaya dengan Vitamin C, yang membantu menyokong penyerapan zat besi, Vitamin B-Kompleks, yang menyokong metabolisme tenaga, serta Asid Folik, yang penting untuk pembentukan sel darah merah.
Gabungan nutrien ini memastikan tubuh mendapat sokongan lengkap untuk merawat anemia kekurangan zat besi, sama ada di rumah, di tempat kerja, atau semasa tempoh kehamilan dan selepas bersalin.
Dengan hanya 1 tablet Iberet® Folic 500* bukan sekadar menambah zat besi, ia mengutamakan keselesaan perut, penyerapan baik dan nutrisi lengkap untuk membantu Mama moden.
Dapatkan Iberet® Folic 500* di farmasi berhampiran atau rujuk ahli farmasi untuk panduan penggunaan.
*Iberet® Folic 500 — Untuk rawatan anemia kekurangan zat besi dan pencegahan kekurangan asid folik, semasa kehamilan. Sentiasa baca label. Gunakan mengikut arahan. Jika simptom berterusan, sila dapatkan nasihat daripada professional penjagaan kesihatan. Sila berunding dengan professional penjagaan kesihatan sebelum menggunakan produk ini.
Rujukan
- Bothwell TH. Am J Clin Nutr. 2000 Jul;72(1 Suppl):257S-264S. doi: 10.1093/ajcn/72.1.257S.
- Iberet® Folic 500 Malaysia PI, Oct 2022.
KKLIU: 1329 / EXP 31.12.2028
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Apa lagi yang menarik dan trending di KelabMama untuk Mama Papa? Klik di SINI.
