ILLIYOON, jenama penjagaan kulit Korea yang dipercayai untuk kulit sensitif di bawah Amorepacific Group, kini semakin melebarkan sayapnya di Malaysia dengan memperkenalkan Krim Ceramide Ato Concentrate terlaris mereka. Kali ini dengan formula baharu yang lebih canggih, ia membantu melembapkan kulit dengan lebih mendalam dan menguatkan penjagaan lapisan pelindung kulit.
Dikenali ramai kerana formulanya yang lembut tapi berkesan, Krim Ceramide Ato Concentrate ILLIYOON sudah lama menjadi pilihan utama bagi individu dan keluarga yang mempunyai kulit sensitif.
Formula baharu ini menunjukkan komitmen berterusan ILLIYOON terhadap sains kulit, menggabungkan teknologi ceramide terkini dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal, khas untuk memenuhi keperluan kulit sensitif dan kulit yang perlukan penjagaan extra.
Krim yang diformulasi semula ini mengandungi Soy Ceramides dengan kapasiti melembap 2.3 kali lebih tinggi, berserta Patented Ceramide Skin Complex™ 2.0 yang berfungsi untuk menyokong semula dan menguatkan lapisan pelindung kulit semula jadi.
Gabungan canggih ini membolehkan kelembapan meresap hingga 15 lapisan kulit, membantu mengekalkan hidrasi lebih lama dan meningkatkan daya tahan kulit.

Ujian klinikal terhadap formula baharu ini menunjukkan keputusan yang ketara, termasuk peningkatan segera 62.8% pada penghalang kelembapan kulit, hidrasi berterusan sehingga 120 jam, dan pengurangan kemerahan sebanyak 62%, membantu menenangkan dan melembutkan kulit sensitif atau yang mudah iritasi.
Untuk menambah lagi manfaat menenangkan kulit, Krim Ceramide Ato Concentrate diperkaya dengan 95% Madecassoside tulen, bahan yang terkenal dengan sifat menenangkan kulit.
Teksturnya yang ringan tapi tetap menyuburkan kulit memberikan rasa selesa sekelip mata tanpa rasa berat, sesuai digunakan setiap hari untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif dan mudah kering.
Selari dengan falsafah ILLIYOON tentang penjagaan kulit yang selamat dan minimal, krim yang diformulasi semula ini adalah hipoalergenik, disahkan vegan, bebas wangian, dan tidak menyumbat pori.
Formulanya yang lembut membuatkan ia sesuai untuk seisi keluarga, dari bayi hingga dewasa, sekaligus mengukuhkan reputasi ILLIYOON sebagai penyelesaian penjagaan kulit sensitif yang boleh dipercayai.
“Kulit sensitif perlukan lebih daripada sekadar kelembapan di permukaan — ia perlukan penjagaan yang menguatkan pelindung semula jadi kulit, disokong oleh sains,” kata seorang jurucakap ILLIYOON.
“Dengan Krim Ceramide Ato Concentrate yang ditambah baik ini, kami berhasrat untuk memberikan pengguna di Malaysia penyelesaian yang dipercayai, yang selamat untuk seisi keluarga dengan mengekalkan kelembapan kulit lebih lama sambil menyokong kesihatan kulit secara menyeluruh.”
Di Mana Nak Dapatkan?
Kini Krim Ceramide Ato Concentrate ILLIYOON boleh didapati di Malaysia melalui saluran rasmi berikut:
- Shopee & Lazada Official Stores
- TikTok Shop (Official Store)
- Semua cawangan Watsons & Watsons Online
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
