Setiap kali masuk musim persekolahan, antara perkara yang paling buat Mama Papa pening kepala adalah perbelanjaan awal tahun. Yuran sekolah, kasut, beg, alat tulis semuanya perlu disediakan serentak.
Jadi berita tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 yang akan diserahkan pada Januari ini sememangnya satu kelegaan, terutamanya untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.
Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan RM150?

Bagi Mama Papa yang first time menerima Bantuan Awal Persekolahan RM150, ia adalah bantuan dalam bentuk wang tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang layak serta pelajar tingkatan 6.
Tujuannya membantu meringankan beban kewangan Mama Papa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak pada awal tahun.
Walaupun jumlahnya nampak kecil, hakikatnya RM150 ini sangat bermakna. Boleh tampung beli kasut sekolah, alat tulis, atau tambah sikit duit yuran dan kelengkapan lain. Untuk Mama Papa, sekurang-kurangnya ada nafas lega selepas sekolah bermula.
Siapa yang Layak Menerima Bantuan Awal Persekolahan?
Secara umum, bantuan ini diberikan kepada:
- Murid warganegara Malaysia
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
- Biasanya melibatkan murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
Mama Papa tak perlu terlalu risau, kerana kebiasaannya pihak sekolah akan menguruskan proses agihan berdasarkan data murid yang sedia ada.
Bagaimana Serahan Dibuat?
Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 lazimnya dibuat:
- Melalui pihak sekolah
- Secara tunai atau kaedah yang ditetapkan oleh sekolah
- Pada awal sesi persekolahan Januari
Mama Papa cuma perlu peka dengan makluman daripada guru kelas atau pihak pentadbiran sekolah anak.
Pesanan Mama Siti untuk Mama Papa

Bila terima bantuan ini nanti, cuba manfaatkan sebaiknya untuk keperluan sekolah anak. Tak perlu banding jumlah dengan orang lain yang penting, anak dapat mula sekolah dengan lengkap dan selesa. Itu pun sudah cukup buat hati Mama Papa rasa tenang.
Semoga Bantuan Awal Persekolahan ini benar-benar membantu dan memberi sedikit sinar buat keluarga kita semua menjelang sesi persekolahan baharu.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
