Kejayaan terbaru dari keluarga selebriti Erra Fazira memang mencuri tumpuan ramai. Anak tunggal beliau, Engku Aleesya, telah menerbitkan buku kanak-kanak pertamanya yang bertajuk Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra. Kalau difikirkan, baru umur 16 tahun, tapi dah berjaya hasilkan karya sendiri sangat mengagumkan.
Buku ini bukan sekadar hiburan untuk kanak-kanak, tetapi mengandungi mesej moral yang penting. Cerita-cerita dalam buku ini membantu anak-anak memahami nilai seperti kejujuran, empati, dan kepedulian terhadap orang lain.
Dalam usia muda, pendedahan kepada cerita sebegini sangat berguna kerana ia boleh membentuk asas peribadi yang positif dan membina karakter sejak dari kecil.
Sokongan Mama Papa Penting untuk Semangat Anak
Erra Fazira sendiri tak dapat sembunyikan rasa bangganya. Di media sosial, beliau menulis, “I know you will do wonders,” sebagai tanda sokongan dan kasih sayang beliau terhadap bakat Aleesya.
Memang manis sangat bila Mama Papa memberikan dorongan sebegini, kerana sokongan keluarga adalah salah satu faktor utama yang membuat anak-anak berani mencuba dan berkarya.
Inspirasi untuk Mama Papa dan Anak-Anak
Pencapaian anak Erra Fazira ini boleh menjadi inspirasi kepada Mama Papa. Anak-anak tidak perlu tunggu besar untuk mula berkarya. Dari usia muda, kita boleh galakkan mereka menulis cerita pendek, menghasilkan buku bergambar sendiri, atau membaca buku yang penuh dengan nilai positif.

Aktiviti sebegini bukan sahaja membina imaginasi dan kreativiti, tetapi juga mengajar mereka untuk menyusun idea, meningkatkan kemahiran bahasa, dan membina keyakinan diri.
Selain itu, buku ini juga membuka ruang untuk Mama Papa dan anak-anak membaca bersama. Aktiviti membaca bersama bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengeratkan hubungan dan memupuk minat membaca sejak awal.
Kanak-kanak yang dibiasakan dengan aktiviti membaca lebih mudah memahami emosi, nilai-nilai sosial, dan konsep moral. Jadi, buku Aleesya boleh menjadi alat pendidikan yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk mereka.
Macam Mana Nak Dapatkan Buku Ini?
Bagi Mama Papa yang berminat untuk membeli, kini boleh didapati platform online di Tertib Publishing, jadi lebih mudah untuk mendapatkannya. Selain menyokong bakat muda seperti Aleesya, ia juga memberi peluang untuk anak-anak lain menikmati cerita yang mendidik dan penuh inspirasi.

Pencapaian Aleesya, anak Erra Fazira ini menunjukkan usia bukan halangan untuk berkarya. Dengan sokongan keluarga, dorongan yang positif, dan minat yang dibina sejak kecil, anak-anak boleh mencapai kejayaan luar biasa.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada lebih ramai Mama Papa untuk menyokong apa jua minat anak-anak dan membina keyakinan diri mereka sejak awal. Bila kita terus menyokong minat anak, mereka akan lebih bersemangat untuk berkembang, berkarya dan mencapai kejayaan mengikut cara mereka sendiri.
Dunia ini penuh peluang untuk anak-anak kita, dan siapa tahu, mungkin di antara mereka ada calon penulis hebat yang akan muncul tidak lama lagi!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Terokai lebih banyak panduan dan ilmu keibubapaan untuk Mama Papa di SINI.


