Kadang-kadang, bila dah masuk waktu makan, berdiri depan dapur pun rasa buntu. Stok dalam peti sejuk masih ada, sardin Ayam Brand pun tersusun elok dalam kabinet tapi idea pula entah ke mana. Lagi-lagi kalau badan dah penat, anak-anak pula asyik tanya, “Mama, menu apa hari ni?”.
Situasi macam ni dah jadi biasa sangat bagi Mama. Sebab tu ramai antara kita suka simpan bahan ‘penyelamat’ yang senang, tahan lama dan dengan hanya satu tin, macam-macam boleh jadi.
Tumis sikit, tambah bahan segar, terus jadi lauk yang menyelerakan. Yang best-nya, Sardin Ayam Brand ni memang mudah digandingkan dengan pelbagai bahan tak kisah nak buat menu tradisional ke, fusion ke, semua boleh!
Dan kali ni, Mama Siti nak kongsi dengan Mama semua, 6 resipi kreatif dari dapur Mama-mama hebat yang pandai olah sardin dan mackerel Ayam Brand jadi hidangan yang bukan saja sedap, tapi penuh kasih sayang.
Mana tahu, lepas baca ni Mama terus terinspirasi nak cuba satu untuk makan malam nanti?
6 Menu Out of The Box Guna Sardin & Mackerel Ayam Brand
1. Asam Pedas Mackerel – dapurtiyah
2. Kerabu Sardin – sincerelyshe2210
3. Creamy Asam Pedas Mackerel Pedas – nabilahmazalan
4. Sardine Kimchi Puff – raratannnn_
5. Rendang Mackarel Pot Pie – nurul_razali
6. Lempeng Kelapa & Sambal Sardin – ummisyahirah__
Bukan Sekadar Sardin Biasa, Ini Kehebatan Hanya dalam Satu Tin Ayam Brand
Kalau Mama fikir sardin dan mackerel tu cuma lauk last minute…tunggu dulu! Dalam satu tin kecil Sardin Ayam Brand, penuh dengan kebaikan untuk keluarga Mama.
Tahukah Mama, sardin Ayam Brand mengandungi 7 kali ganda lebih Omega-3 berbanding ikan biasa? Dan yang menariknya, ikan ni datang dari laut dalam yang sejuk tempat terbaik untuk ikan sihat dan berkualiti tinggi.
Omega-3 ni bukan biasa-biasa, Mama. Ia bantu kuatkan jantung, kurangkan keradangan dalam badan, dan yang paling penting, ia bantu perkembangan otak anak-anak. Anak makin fokus, makin cepat tangkap pelajaran!
Dan kalau Mama pilih mackerel Ayam Brand pula, Mama akan dapat manfaat protein tinggi dan juga Omega-3. Gabungan dua ni memang padu untuk bantu anak membesar sihat dan bertenaga. Suami pun boleh tumpang sihat sama!
Dan jangan lupa, sos tomato dalam setiap tin tu pun penuh manfaat. Kaya dengan lycopene, sejenis antioksidan yang bantu lawan radikal bebas dalam badan.
Jadi bila Mama masak dengan Sardin Ayam Brand, Mama bukan sekadar sediakan lauk. Mama sebenarnya tengah beri penjagaan kesihatan secara tak langsung tanpa perlu susah payah.
Senang. Cepat. Penuh kasih. Itulah resipi sebenar dari dapur Mama.
Selamat Mencuba!