Pada hari Sabtu, 10 Mei 2025, Mama Siti berpeluang memperkenalkan Sunnah Sips Ginger Cube kepada para peserta dalam Program “Wanita Itu: Siti Khadijah RA” yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC yang dianjurkan oleh Puan Noor Amy Ismail.

Program yang dianjurkan bagi menghargai peranan besar Saidatina Siti Khadijah RA ini telah menghimpunkan ramai wanita dari pelbagai latar belakang untuk meneladani sifat kepimpinan, keusahawanan dan keteguhan iman beliau.
Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini, Mama Siti mengambil inisiatif mengedarkan Sunnah Sips Ginger Cube secara PERCUMA kepada semua pengunjung.
Usaha ini bukan sahaja memperkenalkan produk, tetapi juga memberi peluang kepada para wanita untuk mengenali manfaat minuman berasaskan halia yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sunnah Sips Ginger Cube atau teh halia ini adalah minuman yang diperbuat daripada halia asli yang dipercayai memiliki pelbagai manfaat kesihatan.
Khasiat utama teh halia termasuk membantu melancarkan penghadaman, mengurangkan kembung perut, serta meningkatkan sistem imun tubuh. Ia juga diketahui dapat meningkatkan aliran darah, memberi rasa kehangatan dan keselesaan pada badan.
Mama Siti turut berkongsi bahawa pengambilan teh halia secara konsisten juga mampu memberikan kesan yang positif untuk wanita, terutamanya dalam menjaga kesihatan hormon dan kestabilan emosi.
Oleh itu, pengambilan Ginger Cubes adalah minuman yang Mama Siti sangat sarankan untuk wanita moden yang ingin menjaga kesihatan dengan cara yang mudah dan bahan semula jadi.

Sambutan yang diterima daripada para peserta sangat menggalakkan. Rata-rata mereka excited untuk mencuba Sunnah Sips Ginger Cube.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada Mama Siti untuk memperkenalkan produk tetapi juga menjadi wadah untuk berkongsi kebaikan pemakanan sunnah dalam kalangan wanita, yang amat penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang produk atau sebarang pertanyaan, boleh mengunjungi laman sosial media Mama Siti di Facebook, Instagram, dan TikTok. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dan pelbagai tip kesihatan menarik yang dikongsi secara berkala.
Instagram: mamasitibykelabmama
Facebook: Mama Siti by KelabMama
TikTok: mamasitibykelabmama
Dan bagi yang berminat, Sunnah Sips boleh didapati dengan mudah secara online sahaja. Jimat tenaga dan masa, hanya perlu buat pesanan dari rumah dan Sunnah Sips akan dihantar terus ke rumah.
Website: Mama Siti Official Page
TikTok Shop: TikTok Shop Mama Siti

Dengan kehadiran Mama Siti di dalam program “Wanita Itu: Siti Khadijah RA”, ia bukan sahaja memberi peluang untuk memperkenalkan Sunnah Sips, tetapi untuk mengingatkan wanita betapa pentingnya menjaga kesihatan melalui pemakanan yang sihat dan berasaskan bahan semula jadi.
Terima kasih kepada pihak penganjur Program Siti Khadijah atas ruang dan peluang ini. Dan kepada semua yang hadir dan singgah ke booth Mama Siti jumpa lagi di acara yang akan datang, ya!
Dapatkan lebih banyak ilmu keibubapaan yang Mama Papa perlu tahu di SINI.